Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you, Hasya....
Happy Birthday to you....Semua bertepuk tangan ketika Hasya selesai meniup lilin di atas kek yag berhias cantik. Satu kucupan hinggap di pipi gebunya. Tentulah dari suami tersayang, Tengku Budriz.
Senyum panjang Widya menyaksikan adengan romantis pasangan itu. Alangkah bertuahnya hidup Hasya dikelilingi keluarga tersayang. Mungkinkah ada peluang untuk dia merasai detik-detik sebegitu dengan lelaki bergelar 'suami' di masa akan datang?
Nak harapkan Redza? Entahlah, kebelakangan ini dia terasa hubungan dia dan Redza sudah jauh.
Semakin jauhhhh......"Widya!"
"hah?"
"You okey ke tak ni, sayang?"
'Sayang' lagi? Isyh! Harraz ni pun. Kalau nak berlakon tu, berpada-pada lah sikit. Jangan dia pulak yang ditimpa perasaan!
"I okey je. Why?"
"I tengok you mengelamun panjang. Come, semua orang dah ready untuk makan."
Bau wangi ayam, daging dan jagung bakar memenuhi teres di tepi rumah. Walaupun suhu diluar semakin dingin, tapi masing-masing sudah siap menyarungkan sweater tebal bagi menebat haba.
Harraz hulurkan satu piring pakai buang.
"What would you like? Chicken or lamb?""Chicken... and that sweet corn. Bau.... sangat wangi!"
Harraz gelak perlahan lalu menyepit ayam panggang bermadu ke piring yang dipegang Widya.
"carefull," pesan Harraz macamlah Widya budak baru masuk tadika.Widya menunggu Harraz mengisi makanannya lalu sama-sama bergerak ke kerusi kayu yang agak jauh dari tempat pembakar.
"Hasya... tengok your along and Widya tu? Sweet couple betul, kan?" dua pasang anak mata turut memandang Harraz dan Widya bila Effa memuncungkan bibirnya. Kalau dah berkumpul sesama perempuan, pastilah seronok membawang.
Budriz, suami Hasya sedang berbual dengan daddy mertua dan kedua-dua sepupu Hasya.
Bonda dan bonda saudaranya pula menemani Nenda makan di dalam rumah. Tak tahan sejuk, kata Nenda Laila.
"Haah lah! Dari siang tadi I perasan, cara Along pandang Widya.... lain macam. Mentang-mentanglah Widya tu muda dan cantik!" Hasya turut setuju dengan pendapat Effa."Kalau betul Harraz serius dan dapat bimbing Widya, Alhamdulillah! Bertambah ummat Islam seorang lagi." Komen Wardah pula. Dia memang terkejut kerana Harraz berminat dengan gadis berlainan agama. Dulu, pernahlah dia cuba menyelami hati abang sulung Hasya itu, tapi rasanya Harraz tak dapat memahami isyarat yang dia berikan. Dan bila Harraz memperkenalkan dia kepada Najmi, ada keserasian di antara mereka berdua. Sudahnya, dia dan Najmi berjodoh.
"Tak tentu jugak, Wardah! You tahulah perangai Along I? Mana pernah dia betul-betul serius dengan cinta? I pun macam tak percaya dia cakap dah kenal Widya setahun lebih. First time kot lama macam tu? Sebelum ni, baru je berkawan dua-tiga bulan dah putus." Bebel Hasya dengan perangai tak tetap hati abang sulungnya. Susah sungguh nak setia. Rupa-rupanya menunggu gadis berlainan bangsa dan agama.
"You rasa, family you boleh terima Widya ke, Hasya? Lepas Harraz beritahu yang Widya non muslim, Nenda tadi macam acuh-tak-acuh je layan Widya," Effa memberi pendapat sekali gus mempamirkan riak yang dia pun kurang setuju dengan pilihan Harraz. Tapi.... siapa dia untuk menghalang? Harraz bukan abangnya.
"Entahlah, susah I nak cakap. Nampak gayanya, Harraz kena kerja keras sikit untuk pujuk Nenda. Sayangnya Widya nampak pendiam. Susahlah sikit dia nak mesra dengan kita, kan?" Hasya masih lagi merenung alongnya dan Widya yang sedang berbual sambil tergelak-gelak. Walau umur kedua-duanya jauh berbeza, tapi keserasian mereka jelas nyata. Dia dapat rasa, abang sulungnya benar-benar sedang dilamun cinta.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...