Menstrual pain bulan ini amatlah teruk Widya alami. Segala sakit di ari-arinya menyengat hingga ke pinggang.
"Widya, kau kenapa? Kau sakit ke? Muka kau pucat sangat," Reene yang menyedari Widya sedang membongkok dan cuba berpaut pada meja amatlah mencemaskan hatinya.
"I don't know. Period aku kali ni banyak sangat. Sakit semua sendi-sendi dan urat perut aku."
"Babe, kau mana pernah pun sakit teruk setiap kali datang bulan? Tak boleh jadi ni, Widya. Aku bawak kau pergi klinik sekarang,"
Widya hanya mengangguk lemah. Matanya mengekori langkah Reene ke belakang meja dan mencapai handbag Widya di kabinet rendah.
"Boleh jalan tak ni? Nak aku panggil ambulan ke?"
"Isyhh! Boleh lagi la... jangan nak havoc sangat sampai kena panggil ambulan!" dalam berkerut dahi, sempat lagi Widya memarahi Reene.
Gila sampai nak telefon ambulan? Pasti kecoh seluruh Setia City Mall ini.
Reene hidupkan enjin Honda Jazz miliknya dan dia terus memandu dengan laju ke Klinik Setia Alam di Jalan Setia Indah. Buru-buru dia meminta staf klinik mendapatkan sebuah kerusi roda untuk Widya yang sedang menahan sakit.
Setelah diberikan suntikan ubat penahan sakit, pemeriksaan lanjut diteruskan.
Renee dengan sabar menunggu di depan meja doktor. Beberapa minit berlalu, pembantu klinik menyelak langsir di sisi katil pemeriksaan.
"Cik ni, ahli keluarga Cik Widya ke?"
"Saya Reene. Kawan baiknya dan juga rakan sekerja."
Dr. Chong menggangguk.
"Ada berita tak berapa baik yang ingin I sampaikan,"
"Apa dia, doktor?" Widya mencelah, masih lagi terbongkok-bongkok mendapatkan kerusi untuk duduk di sebelah Reene.
"You keguguran, Cik Widya. About six weeks pregnancy and I'm sorry you lost the baby,"
Widya tunduk. Dia sendiri tak pernah sedar yang dia mengandung.
"Apa yang perlu I buat, doc?"
"For now, I advise you to do D&C."
"What is that?"
Dr. Chong senyum. Nyatalah gadis ini baru pertama kali berdepan dengan masalah berkaitan kehamilan.
"D&C is a procedure to remove tissue from inside your uterus. To clear uterine lining after miscarriage or abortion." Panjang lebar Dr. Chong menerangkan.
"Sakit tak doktor procedure tu, doktor? Berapa lama ambil masa?" Reene pula mencelah. Ngeri juga apabila mendengar huraian berjela-jela Dr. Chong sebentar tadi.
"Prosedur D&C mungkin ambil masa selama dua hingga empat jam. Sebelum itu, Cik Widya kena berpuasa selama enam jam. Jadi, I cadangkan you mula berpuasa bselepas tengah malam ini dan esok pagi-pagi you datang ke klinik. For sure, you akan disuntik bius untuk memudahkan pembedahan."
Dan segala persedian untuk prosedur D&C esok pagi, Dr. Chong terangkan dengan lebih terperinci. Juga, selepas pembedahan dilakukan Widya tak dibenarkan memandu. Maka, perlu ada seseorang yang boleh membawa Widya pulang ke rumahnya.
%%%%%%%%%%%
Maslina dan Reene sama-sama membantu Widya yang kelihatan agak lemah selepas beberapa jam selesai menjalani rawatan D&C.
"Thanks!" ucapan terima kasih yang tak terhingga diberikan buat mereka berdua. Dengan berhati-hati, Widya baringkan tubuhnya di atas tilam empuk. Tilam yang menjadi saksi, terbentuknya 1 nyawa di dalam rahim Widya. Dan kini, ianya sudah hilang.
"No worries! Kau dah aku anggap macam famili aku sendiri Wid. Bila kau susah, tak kan aku nak biarkan begitu saja?"
"Kak Mas rasa, Wid patut beritahu Redza pasal-,"
"Tak payahlah, Kak Mas. Wid pun tak tahu ke mana Redza pergi. Sampai sekarang, Redza masih tak boleh maafkan Wid." Segera dia memintas usul Kak Maslina. Untuk apa dia memberitahu Redza. Penting ke kandungan ini buat lelaki itu?
"What? Aku tak percaya. Kalau dia masih benci kau, kenapa dia boleh tidur dengan kau dan kau mengandungkan anak dia?" Reene berang. Jadi, sejak Redza kembali ke Setia Alam, Widya hanya dijadikan objek pemuas nafsu?
"I don't know," Widya menangis.
"Syhhhh! Jangan menangis banyak sangat, Wid. Kami orang Melayu berpegang pada pantang larang. Jika keguguran sekalipun, orang perempuan tak boleh langgar pantang. Banyak menangis, emosi Wid tak stabil dan Wid bakal dapat sakit meroyan. Silap-silap Wid boleh jadi gila." Tegur Maslina.
"Betul tu babe. Aku pun pernah dengar cerita macam tu. Kau rehatlah! Malam nanti aku datang bawak bubur."
"Kau simpan key card rumah aku. Senang untuk kau keluar masuk," Widya kesat air mata sendiri. Dia tak pasti untuk apa dia menangis? Kecewa kerana kehilangan kandungannya atau kerana lelaki yang dia cinta hanya mahukan tubuhnya?
Setelah Kak Mas membantu menyelimutkan Widya, Reene melaraskan lampu siling dan menyuruh Widya tidur.
Kemudian, kedua-duanya keluar dari rumah Widya menuju haluan masing-masing.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...