SUDAH bersarapan nasi lemak pagi tadi, Widya ambil keputusan melangkah masuk ke Starbuck Cofee setelah letih menjelajah Setia City Mall seorang diri. Cukuplah dia memesan snack dan mocha blended saja tengahari ini.
Barang-barang keperluan yang disenaraikan oleh Redza untuk berangkat ke Krabi hampir kesemuanya sudah dibeli.
Widya memilih meja paling hujung dan agak tersorok di sebalik tiang. LLeka dia menunduk ke skrin telefon meneliti sekali lagi list panjang berjela yang Redza hantar. Widya mencongak di kepala. Macam lama saja mereka akan berada di Thailand?
"Hello Miss. May I sit here?" meja lain sudah penuh, terpaksalah dia berkongsi meja 4 kerusi yang diduduki oleh hanya seorang pelanggan.
Widya tersentak. Cepat-cepat mendongak.
"Sure!" Widya membalas sambil tersenyum.
"Widya? Is it you?" Harraz meneka. Tapi rasanya dia tak silap orang. Dia masih ingat lagi wajah cantik Widya walau sekarang ini Widya tidak mengenakan sebaran solekan kecuali lipstik samar di bibirnya.
"Yes.. I'm Widya. Sorry, have we met before?" Pemuda itu senyum manis hingga Widya terpaku. Kacaknya! Memang dia tergoda habis!
Harraz duduk dan merenung wajah cantik di depannya.
"What a small world! Tak sangka dapat jumpa you di sini. I'm Harraz. You tak ingat I? Redza's birthday party. Kita menari tepi pool,"Widya tutup mulut. Aaa... baru dia ingat!
"Ha.... yes! Harraz. Nice to see you here. Sorang saja?" Widya mengintai ke serata tempat kot-kot Harraz bawa teman."I sorang je. You pun sorang? Redza tak temankan you ke?"
"Nope. I lebih suka shopping alone. Sambil-sambil cuci mata. You know, ladies...." Widya ketawa lembut.
Harraz tahan dada. Lunaknya ketawa Widya meresap ke jantungnya. Manja sungguh! Memang padanlah Redza memberitahu yang Widya hanya berumur 19 tahun.
Pelayan membawa booklet menu untuk Harraz lalu dia memaesan set beef steak dan minuman soda.
"You makan tu je? Boleh kenyang ke?" Harraz mengusik. Alah.. tubuh Widya yang langsing, tentulah dia sentiasa menjaga badan.
"Cukup..... sebab pagi tadi I dah makan nasi lemak. So Harraz, berapa lama you dah berkawan dengan Redza?" Widya mengajak lelaki itu berbual. Mana tahu, sedikit sebanyak dia boleh mengorek cerita tentang Redza.
"My whole life. Actually, Redza is my cousin.""I see. You mean... you ada 'Tengku' jugak?"
Harraz mengangguk.
"Can we start over again in proper way?" tangannya dihulurkan dan Widya senang hati menyambutnya."I'm Tengku Harraz Arrian. Twenty eight years old. Project Manager at Alampuri Bina Berhad. Single and still looking for life partner." Panjang lebar dia menerangkan mengundang ketawa kecil dari bibir Widya.
"Widya Aruna Willis. I'm nineteen, an art teacher and owned a small art studio nearby."
"Very impressive!" puji Harraz. Maknanya gadis muda ini berbakat besar.
Set lunch Harraz tiba di meja mereka. Nampak sedap hingga Widya turut sama menelan liur. Isyhh!! Kenapa tiba-tiba dia rasa lapar pulak? Disebabkan aura lelaki kacak di depannya ini ke?
"Makan?" Haraz mempelawa setelah bibirnya terkumat-kamit membaca Bismillah.
"Ya.. silakan." Widya merenung rahang Harraz yang bergerak-gerak. Tak berkelip matanya. Kenapa sekarang ini dia rasakan yang Harraz lebih kacak dari Redza?
"Nak rasa?" soal Harraz lalu hujung garpu yang ada sedikit daging disuakan dekat ke bibir Widya.
"No thanks," Widya buat-buat menolak tapi dalam hati membuak-buak mahu menyicipnya. Nampak sedap sangat daging itu, Harraz makan.
"Tak baik tau, tolak rezeki."
Widya mengalah juga. Tangan besar Harraz, Widya sentuh dan dia menunduk lalu membuka mulut, mengetip daging bakar yang enak itu.
"Nice!" Widya sebut sambil mengunyah.Lain pula yang dilakukan Harraz. Garfu ditarik dengan tangan kiri dan tapak tangannya pula mencekup jari-jemari Widya. Mengelus dan meramasnya dengan lembut.
Widya cuba tarik tangannya tapi Harraz kemaskan lagi genggamannya.
"Harraz.... kita kat tempat public sekarang ni."
"Okey... kalau you rasa tak selesa, kita pergi tempat lain."
"No!" tangannya,Widya tarik selepas Harraz melonggarkan genggamannya.
"Macamana you kenal Redza? Tisha ke yang jadi ejen you?"
Widya mengeleng. Dia sudah jangka yang Harraz akan menanyakan soalan itu.
"Actually ceritanya begini. My paintings ada dipamerkan di Galeri Shah Alam. Pameran sulung I, tak banyak pun karya I tergantung dekat sana. Hanya tiga buah lukisan. Redza bought one of them. Kebetulan, masa kami buat deal pasal jual-beli tu, dia jemput ke party dia." Berjela-jela Widya bercerita."No wonder you nampak kekok je malam tu."
Widya senyum segarit. Memanglah dia kekok kerana itulah kali pertama dalam hidupnya dia hadiri party sosial begitu.
"Let me guess. After party, you tidur dengan Redza?"Darah naik ke wajah Widya. Kebas terasa pipinya. Dia tersipu-sipu.
"Er.. Harraz, I rasa I nak balik dah ni. Nice talking to you." Widya cuba menghentikan perbualan mereka.Harraz senyum melihat pipi Widyabyang merah.
"I hantar you balik?""Thanks but no thanks. I drive sendiri."
"At least, I hantar you sampai ke kereta". Harraz memanggil waiter lalu meminta bil.
Selesai urusan pembayaran, Harraz mengutip beg-beg kertas di sisi kerusi Widya.
"Banyaknya beli barang? You nak travel ke?" waktu dia meraih tali beg kertas tadi, sempat dia mengintai isi dalamnya.Mereka dalam perjalanan ke parking lot di tingkat 5.
"Lusa Redza nak bawa I ke Krabi.""Hurm.... how long?"
"I don't know. You tanyalah Redza sendiri."
"You don't know? Who is Redza to you? Your boyfriend?"
"I'm a paid escort. I ikut apa saja Redza arahkan."
"Seriously? Dah berapa lama you jadi escort girl?"
"Never before," Widya teruskan langkah ke keretanya.
"Widya...." lengan Widya, Harraz rentap. Terdorong Widya ke arahnya.
"Apa ni, Harraz? Lepaslah! You nak I jerit ke?" Widya paling pantang bila dikasari.
"You lost your virgin to him?" Harraz dapat menangkap maksud 'never before' yang diucapkan Widya sebentar tadi.
Widya tunduk ke lantai.
"I nak balik. Tolong lepaskan tangan I?" dia merayu dengan lembut."Jawab soalan I dulu." Harraz memaksa.
"Yes!" sepatah perkataan keluar dari bibirnya. Tak perlu lagi dia berahsia.
Harraz lepaskan cengkaman tangannya. "You tahu tak, Redza dah ada tunang? Lagi dua bulan, dia akan menikah dengan salah seorang sepupu kami."
"So what? Tak ada kena mengena dengan I." Widya buat-buat tak peduli padahal hatinya bergolak. Benarlah kata Fiqri semalam. Satu masa nanti, dia akan dibuang begitu saja."
"Get rid of him, Widya. You akan menyesal nanti."
"Nantilah I fikirkan." Hambar suaranya membalas. Pintu kereta, Widya buka luas selepas dia menekan remote. Barang-barang di tangan Harraz, Widya ambil lalu dia sumbatkan ke tempat duduk belakang.
"Nah! Ini kad I. If you need someone to talk to, give me a call."
Widya renung lama kad yang disuakan kepadanya. Akhirnya dia capai juga.
"Thanks."
"See you around, Widya. Take care."
Widya angguk lalu menghidupkan enjin dan sebentar kemudian dia keluar dari petak parkir.
Harraz tegak di situ sehinggalah Viva Widya tidak kelihatan lagi. Nafas dia hela dengan berat.
Redza... Redza!
Bilalah kau hendak berubah?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...