Part 99

3.8K 116 6
                                    



Tersadai kemengahan, Widya mengiring ke sisi. Kepalanya dilabuhkan ke dada Redza.

"Can we talk now?"

Dengan tangan yang berbalut, Redza mengusap rambut hitam lagi lebat yang menyapa dagunya.

"I was beginning to enjoy the silent."

Widya diam. Lama selepas itu, dia terdengar dengkuran lembut di atas kepalanya. Redza sudah tertidur.

Perlahan-lahan Widya angkat kepala dari dada Redza, tak mahu mengejutkan dia.

Tak apalah kalau dia harus tangguhkan dulu soal niat dan tujuan dia ke sini. Pasti ada esok ataupun lusa untuk dia memberi kata putus.

Pakaian yang berteraburan di lantai, Widya kutip kesemuanya. Dia menuruni tangga dengan menyarungkan bathrobe yang dia ambil dari kamar mandi bilik Redza tadi.

Bilik tetamu yang pernah dia gunakan dulu dia masuki. Di dalam wardrobe masih terdapat pakaian wanita. Tetapi, ianya nampak seperti baru dibeli. Adakah Redza sudah punya mistress baru untuk menggantikan dirinya?

Marahnya tiba-tiba datang. Segera dia menapak ke bilik air, cepat-cepat membersihkan diri lalu menyarungkan kembali pakaian yang sama sama dia bawa dari bilik Redza. Tak sudi dia mahu memakai pakaian yang dikhaskan untuk perempuan simpanan terbaru Redza.

Pintu bilik dia buka dan batang tubuh Redza tercengat di hadapannya.

"Are you leaving?"

"Yes I am."

"You said you want to talk," Redza bergerak masuk, memaksa Widya menapak ke belakang beberapa langkah.

"Talking can wait. I nak balik. Lagipun, dah hampir lewat malam. Esok, I nak kerja." Dia pulangkan semula ayat yang Redza ucap sebelum mereka.....

Ah! Widya tak mahu mengingatinya. Hatinya sakit kerana dia rasa diperbodohkan sekali lagi. Redza sudah ada mistress baru, kenapa dia masih terhegeh-hegeh mahukan Redza?

"Kenapa you susah sangat nak terima I walaupun berkali-kali I pujuk you. Come back to me, Widya."

"Come back for what? Oh! I know that. You just wanted sex."

"I can have sex with any woman I want."

Hujung bibir Widya terjungkit. Sinis sekali.

"Yeah! You're right. No wonder ada banyak baju baru dalam closet. You mana boleh hidup tanpa mistress. Am I right, Mister Tengku Redza Naufal?"

Redza terpana. Bukan itu yang cuba dia sampaikan. Widya sudah salah faham!

"Widya.... I -"

"You tak akan pernah berubah, Redza. I je yang buta hati mengharapkan cinta you lagi. I tahu, sampai sekarang you masih tak dapat maafkan kesilapan I bersama Harraz dua tahun lalu."

"Widya.... listen here!" kedua-dua Widya, Redza pegang.

Widya mendongak bersama linangan air mata.

"I dah himpun banyak amarah dalam masa dua tahun. I hampir bunuh Harraz sebab I terlalu cintakan you. How can I forgive someone who has deeply hurt me?"

Widya tak terkata apa lagi. Mata saling bertatapan agak lama.

"I ada bawa paintings 'Princess 65'. Mungkin Yazid dah bawa masuk ke ruang tamu."

"Berapa harganya? I bayar sekarang,"

Gelengan kepala Widya, menandakan dia tak mahukan bayaran untuk lukisan kesayangannya itu.

"I dah cakap, duit you tak laku untuk semua lukisan I." Widya berlucu. "Please take a good care of it."

"I will,"

"Lepaskan tangan I?"

Permintaan Widya, Redza penuhi. Hanya keluhan berat diluahkan dari bibirnya.

"You can see yourself out," Redza tak mahu membantah lagi jika Widya mahu pulang juga ke rumahnya.

Widya tak bergerak terus. Dia menarik sekeping cek bertulis nama Redza dan menghulurkan kepada lelaki yang sudah pun menghalau dia pergi.

"I'm not your 'escort girl' anymore. I nak pulangkan imbuhan yang I dapat selepas dua kali kita -........" tak tahu dia mahu menafsirkannya bagaimana. "Kereta yang pernah you hadiahkan dulu, my uncle yang guna. Kalau you mahu I pulangkan semula, I'm o.k. with that,"

"I dont't need this and I don't need that car neither." Redza tarik tangan Widya dan meletakkan semula cebisan cek yang sudah dia koyak hingga terbelah dua.

"I love you, Redza. I will love you till the day after forever." Tulus dia mengucapkannya. Dia tak berhasrat mencari cinta baru selepas ini. Widya lebih rela bersendirian hingga ke akhir usia. Hidung Widya menarik nafas sebak.

"Widya?"

Kaki yang sedang melangkah keluar dari pintu terhenti. Widya berpaling ke belakang semula. Mengharapkan Redza datang memeluknya dan membalas kata cinta yang baru dia lafazkan tadi.

"Yes?" sedaya upaya Widya mengawal suara bagi menutupi segala harapannya.

"Thanks, for this." Tangan yang berbalut hasil kreativiti Widya tadi, Redza angkat.

Widya ketap bibir. Dia cepat-cepat melangkah pergi sebelum dia ambil tindakan untuk mencederakan sebelah lagi tangan Redza.

ESCORTWhere stories live. Discover now