Part 36

8.7K 218 6
                                    

REDZA mengiring mahu memeluk tubuh Widya tapi lengannya hanya mencecah ke tilam. Tapak tangannya meraba-raba tempat tidur Widya yang sudah kosong.

Terbuka terus kelopak matanya. Widya sudah pergi ke? Dia mencapai jam tangan Tag Heuer di meja sisi katil. Baru jam 8.00 pagi. Takkan secepat ini Widya mahu meninggalkan rumahnya.

Seketika kemudian, Widya muncul dengan hanya memakai bathrobe putih dan rambutnya berbungkus dengan tuala.

"Morning!" ucap Widya lalu labuhkan punggungnya ke birai katil di sisi pinggang Redza.

"Morning, love! Awalnya mandi? Ada art class ke pagi ni?"

"Tak adalah, my class selalunya sebelah petang atau malam. Tapi sekarang, Madam Lim took over almost all classes."

"Why not you cari new teacher. Tak payah you terkejar-kejar tiap kali you kena overnite dekat sini."

" I rasa tak perlu lagi buat masa ni. I risau tak mampu nak bayar gaji new staff. You tahulah, bukan ramai sangat pun budak-budak sekarang minat arts. You know, mereka lebih suka pada gadget canggih,"

"Sebab you tak buat enough marketing. People tak tahu tentang Kiwi Arts Studio. I rasa, you kena lebihkan usaha untuk majukan studio you,"

Widya senyum hambar. Dia tahu, orang seperti Redza memang pandai dalam hal-hal bisnes dan promosi. Dia, manalah nak ambil tahu sangat? Semuanya dia serahkan pada Kak Maslina bulat-bulat.

"Nantilah, I fikirkan. Hari ni, I kena keluar awal. I nak kena pergi bank. Semalam, my car kena tarik. I tak tahu dekat mana silapnya my monthly S.I. ada problem. Alih-alih orang tu kata dah tiga bulan lebih ansuran tertunggak. Geram sungguh I," Bersungguh-sungguh Widya tayang muka geram campur tak puas hati.

Redza ketawa dengan mimik wajah Widya.

"You ni.... I tengah marah, you boleh gelak-gelak pulak! Sampai hati," Widya tarik muka, merajuk.

"Tak payahlah fikirkan sangat pasal kereta lama you tu. I kan, dah gantikan dengan kereta baru?" Redza meraih pinggang Widya. Leher Widya yang terdedah disentuh dengan bibirnya dari sisi bahu naik ke cuping telinga.

"Redza......." Widya merengek perlahan sambil tubuhnya menggeliat kegelian. Selepas rambutnya kering, dia mahu ke bank dengan segera tapi kalau Redza mula menggoda, payahlah dia.
Tapi.... Eh! Tiba-tiba saja otaknya dapat menangkap sesuatu.
Redza kata dia dah gantikan Vivanya dengan yang baru?
Maknanya, Redza tahu dari awal lah yang keretanya sudah kena tarik?
Jangan-jangan.....
Widya berdiri lalu bercekak pinggang berhadapan dengan Redza. Bibir, Widya ketap kuat.

"Sayang..... kenapa ni? Tiba-tiba je tunjuk garang dekat I?" hairan dengan mood Widya yang tiba-tiba berubah. Tadi elok saja merengek manja apabila dia mula menggoda berahinya.

"You punya kerja suruh orang tarik kereta I, kan?" hambur Widya dengan marah yang membuak-buak.

"Tak baik tau, tuduh I macam tu!" Redza sengeh, cuba menafikan.

Widya mendengus perlahan. Langsir balkoni, dia tolak dan tarik kunci sliding door. Dia ke tepi palang beranda dan menjenguk ke bawah. Tepat kepada BMW hatchback hitam yang baru dia terima semalam.

Sah! Redza yang rancang semua ini.
Dia kembali ke katil di mana Redza sudah pun berdiri. Lalu di menerkam tubuh Redza dan cuba menumbuk dada Redza sekuat tenaga tetapi tangan Redza lebih pantas mencekup lengannya.

"You memang jahat! Tu....nombor plat kereta. V.D.Y. 4, memang you dah tempah awal kereta hitam tu untuk I?"

"I did that because I love you so much," Redza peluk tubuh Widya dengan erat menarik kepala Widya ke dadanya

ESCORTWhere stories live. Discover now