Part 11

10.7K 298 11
                                    

Sepanjang hari dia habiskan masa di studio bagi mengelakkan terlalu memikirkan apa yang bakal terjadi di rumah Redza malam nanti.
Widya menyibukkan diri membantu hanya satu-satunya pekerja tetap di situ. Kak Maslina yang sudah menerajui Kiwi Arts Studio dari awal penubuhan studio kecil ini.

"Kak Mas tengok Widya muram je hari ni? Ada masalah ke? Painting dah terpamer dekat galeri, takkan nak bersedih lagi?" giat Maslina. Wajah mendung anak kawan baiknya dulu, dia renung. Dalam hati penuh kesian akan nasib Widya. Widya tak seperti gadis muda lain yang sedang bergembira menjalani alam remaja mereka. Widya ini, sanggup bekerja keras untuk menjalani hidup bersendirian.

"Saya biasa ajelah Kak Mas. Penat sikit kot? Semalam, banyak kerja dekat galeri lepas tu pergi ambil kereta dekat workshop,"

"Kenapa dengan kereta Widya? Rosak lagi?"

"Hurm... macam biasalah."

"Kalau laku lukisan Widya tu, bolehlah beri kereta baru. Viva tu, kalau asyik repair je, teruk juga." Maslina memberi nasihat.

"Tengoklah macam mana Kak Mas. Belum nampak pun hasilnya. Sekarang, pembeli ramai yang selektif."
"InsyaAllah, ada rezeki Widya nanti." Maslina senyum sambil menyentuh bahu Widya.

Serentak itu juga loceng pintu Kiwi Arts Studio kedengaran.
"Sapa pulak yang datang? Budak courier ke?" dalam merungut itu, Maslina ke pintu juga.

Di depannya seorang lelaki yang tidak dikenali Maslina. Ada sebuah kotak besar beriben dalam pegangannya.

"Ini tempat kerja Cik Widya Willis ke?"

"Ya.... betul. Sekejap ya?" Maslina halakan kepalanya ke meja tempat Widya duduk.

"Widya, ni ada orang hantar parcel,"
"Parcel? Saya tak ada order apa-apa barang pun?" berlapis dahi Widya. Duit pun, tinggal sipi-sipi. Mana dia mampu membeli barangan online?

"Manalah Kak Mas tahu. Marilah cepat!" gesa Maslina. Ishh.... dah barang yang dihantar milik Widya. Takkanlah dia yang mahu menerimanya?

"Untuk saya?" tanya Widya seolah tak percaya dengan apa yang diserahkan kepadanya.
"Siapa yang hantar?"

"Maaf Cik, saya hanya pekerja delivery. Siapa yang hantar, saya tak tahu."

"Tak apalah, terima kasih." Kertas panjang dan nipis yang sudah Widya tandatangani, dia serahkan kembali kepada pemuda itu.

Sesudah menutup pintu, Widya membawa kotak panjang beriben itu kembali ke mejanya.

"Siapa yang hantar hadiah?" Maslina menyibuk mahu ambil tahu. Wah! Sejak nama dan gambar terpapar di akhbar, Widya sudah ada peminat.

"Tak tahulah kak Mas. Entah-entah salah orang kot." Sambil menidakkan, tangan Widya tetap juga menarik riben besar berwarna emas itu.

Hampir terbeliak matanya melihat akan isi di dalam kotak. Patutlah ringan saja walaupun kotaknya boleh tahan besar. Sehelain gaun malam berwarna merah hati berlipat dua dengan taburan manik di bahagian dada.
Telan liur Widya seketika. Gaun yang nampak mahal sungguh lembut apabila dia menyentuh dengan jari-jemarinya.

"Wow.... cantiknya! Mesti mahal. Eh, ada kad dekat situ. Tengoklah siapa yang hantar?" suruh Maslina. Dia pun tertanya-tanya, putera manakah yang telah dapat membeli hati Widya?

Widya senyum kelat. Hati kecilnya sudah dapat menggagak siapa si pemberi. Pandai Redza menyisipkan kad di dalam kotak, tidak seperti kebiasaan yang mana kad di tampal di bahagian luar.

Sampul surat berwarna krim itu, Widya buka dan mengeluarkan kad berlipat dua.
Di dalamnya tertulis:

'Need you to wear this tonight. See you @ 8.00'

ESCORTWhere stories live. Discover now