3 hari sebelum majlis pernikahan Redza, Widya menyibukkan diri di Kiwi Arts Studio bersama Maslina. Kerja-kerja ubahsuai di lot hujung sudah dimulakan dan nampak gayanya dalam masa seminggu dua lagi, studio ini akan berpindah ke tempat baru.
Loceng pintu berbunyi dan Maslina segera membukanya. Tersembul wajah Fiqri dan Maslina menjemputnnya masuk.
"Hai Wid!" sapa Fiqri sambil tersenyum bila terpandangkan wajah Widya. Dia turut duduk di sisi Widya yang bersila di atas jubin lantai.
"Hi, kau sihat? Tak pergi galeri ke hari ni?"
Fiqri senyum sambil mengeleng.
"Aku dah berhenti,""Kau dah tak kerja dekat sana? Habis tu, kau buat apa sekarang? Ooo.... Aku tahu, tak lama lagi kau kerja dengan ayah kau eh?"
"Tak juga," Fiqri mendongak ke kanan. Memandang wajah Kak Maslina meminta pembantu senior itu tolong memberikan jawapan.
"Macam ni Wid, Fiq sekarang dah kerja dengan kita. Kak Mas yang offer dia jadi pengajar kelas intermediate level. Wid okey, kan dengan apa yang kak Mas buat ni?"
Widya senyum lebar.
"Apa pulak tak okey nya Kak Mas? Memang Redza suruh kita gajikan pekerja kan? At least lima atau enam orang.""Kau jangan bimbanglah Wid. Aku kerja kat sini, kau..... dekat Setia Mall sana. Aku tak akan ganggu kau. Aku tahu, mesti Tengku Redza tak suka aku dekat dengan kau selalu. Kau kan...., kesayangan dia?"
Widya senyum sumbing. Fiq ni, sungguh-sungguh atau memperli?
"Kau nih!!! Tak adalah sampai aku tak boleh bekerja dengan kau? Redza okey je bila aku cerita pasal kau." Widya teringat akan kata-kata Redza. Pastinya Fiqri tak akan berminat untuk meraih cintanya lagi setelah mengetahui dia sudah ternoda."Apa yang kau cerita?" Fiqri mahu tahu juga apa yang dicanangkan perihal dirinya? Mungkin Widya sudahpun memberitahu kekasihnya yang dia pernah mengemis cinta Widya.
"Tak ada apa-apa lah. Semua yang baik-baik je," Widya meneruskan kerja yang tertangguh. Minggu ini adalah minggu terakhir art class di studio ini dan seterusnya para pelajar akan direhatkan selama dua minggu sementara menunggu studio baru yang lebih besar dan selesa siap diubahsuai. Yuran untuk bulan akan datang juga hanya dikenakan separuh sahaja.
♡♡♡♡♡♡♡♡
Nombor yang tertera di skrin handphonenya, Widya teliti lama sekali. Nombor siapa kah ini? Nama tidak tertera bermakna tak pernah lagi si pemanggil menghubunginya.
"Hello,"
"Hello. Widya is it?"
"Yes.... Who am I speaking to?" suara garau itu seakan pernah menyapa gegendang telinganya. Ternyata otaknya payah untuk bertindak-balas.
"I'm Harraz. Hope my name wasn't pop out from your head," Harraz ketawa kecil dengan lucuan sendiri.
"Oh Harraz. Hi..... patutlah macam pernah dengar suara you. What's up dear?" Widya beramah. Harraz sepupu Redza, apa salahnya dia menunjukkan mesra? Lagipun, Harraz sudah tahu sejauh mana hubungannya dengan Redza.
"I tahu you mesti tengah biosan sekarang ni, kan? Jom keluar?"
"Keluar? Tapi Harraz, I tak rasa yang Redza akan....."
"You jangan bimbang lah! Redza yang minta I entertain you."
"Seriously?" Widya tercengang-cengang. Betul ke Redza suruh buat begitu walhal sebelum ini pernah sekali Redza beri amaran supaya dia jangan rapan dengan lelaki kacak itu.
"Kalau you tak percaya, I boleh forward apa yang Redza texted in my whatsapp."
"Okey.... Okey. I trust you. Actually, kita nak keluar ke mana hari ni?"
"You siap dulu. I'll fetch you at Trefoil in twenty minutes time ."
"Widya terkesima. Harraz tahu di mana dia tinggal? Sahlah Redza yang memberi keizinan Harraz membawa dia keluar .
"Okey.... Call me bila you sudah sampai bawah apartment. Tak perlu you jemput I sampai depan pintu."
"Fine with me." Harraz senyum. Gembira bukan kepalang Widya sudi menerima pelawaannya. Dia akan pastikan si cantik itu akan merasa gembira sepanjang hari bersamanya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...