Bila rindu menggamit, mulalah hati rasa tak keruan. Acapkali Widya merenung skrin android di tangan. Mudah-mudahan ada call masuk. Setidaknya pun, notifikasi Whatsapp berdenting.
'Salah kau juga Widya! Kau yang halau dia pergi. Bila Redza sudah berbulan tak datang menjenguk, kau yang naik sasau!'
Sehinggakan, percutian ke Phuket hujung minggu yang dirancangkan Redza, terus sunyi sepi. Mujurlah Widya tidak berapa teruja untuk belayar di lautan kerana sudah kerap menemani Redza ke Thailand.
Jadi, dia hanya bergelumang dengan cat akrilik dan kanvas lukisannya sepanjang minggu.
'Ahhh! ke mana Redza pergi?' puas dia menghantar text di Whatsapp tapi hanya dua bluetick terpapar. Tanpa balasan apa-apa.
Merajuk sungguh kah Redza?
Jarinya digagahkan untuk menyentuh nama yang paling atas dalam 'contact list'.
Hanya sekejap nada dail kedengaran, kemudian ianya mati sendiri. Widya mengeluh. Dicubanya sekali lagi. Setelah menunggu seketika, hanya mesin automatik menjawab :-
"We are not getting any respoonse.... bla... bla... bla..."
Widya semakin hampa. Tinggal seminggu sahaja tarikh lahirnya akan tiba. Tidak kah Redza teruja mahu menunggu jawapan darinya? Atau.... Redza ke Krabi lagi kah?
Akhiri harapannya, dia menguis sekali lagi skrin telefon untuk mencari nama Harraz dan ketika itu jugalah panggilan dari Harraz menerjah masuk.
Huh! Kata pepatah orang Melayu – 'Panjang umur!' Betulkah begitu?
"Hello,"
"Hai dear..... jom keluar?" bagai tahu-tahu Widya sedang kebosanan di rumah, dia mempelawa si cantik untuk meluangkan masa bersamanya.
"Harraz! You ni kan? Macam ada instinct yang I nak bercakap dengan you. I baru nak call, tiba-tiba you yang call I."
"I boleh tukar kerja jadi ahli nujum tak?"Harraz ketawa kembut. Menyenangkan halwa telinga Widya yang mendengar.
"Nujum Pak Belalang ke?" Widya ketawa halus dengan lucuan sendiri.
"You pun biasa tengok cerita P.Ramlee ke?"
"Mestilah tengok! Tak kira bangsa apa pun, I tetap anak Malaysia." Bangga Widya dengan dirinya yang dilahirkan di negara ini.
"Glad to hear that. O.k., you pergi siap dulu, lagi dua puluh minit, I sampai."
"Ai-ai, Sir!" Widya tabik di dahi sendiri walaupun Harraz tak boleh nampak akan aksinya.
Harraz tergelak di hujumg perbualan. Cuba membayangkan apa yang si comel Widya sedang lakukan. Widya masih muda, sesekali sifat keanakkannyya terserlah juga. Itu yang Harraz suka tentang Widya.
Namun apakan daya, Widya tetap juga mahu menunggu Redza. Entah apalah yang Widya pandang pada sepupunya yang tak reti nak menghargai perempuan sesempurna Widya?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...