Setelah Fiqri memberi kata-kata semangat dan menyuruh dia berehat, Widya kembali menyisip Iphonenya ke bawah bantal.
Widya sembamkan mukanya ke tilam semula. Dia menangis lagi, dan lagi.
Tiba-tiba saja dia terdengar pintu bilik dibuka. Berkeriuk bunyinya. Anak mata Widya merayap ke jarum jam di dinding. Oh! Sudah tengahari. Reene sudah datang membawa makanan agaknya.
Tekaannya terpesong sama sekali. Apa yang dia nampak di muka pintu buat dia tergamam. Tak percaya!
Redza melangkah masuk dengan wajah penuh tanda-tanya.
Widya tidak berganjak dari tilam, masih terpaku dalam posisi yang sama.
Redza hampiri katil lalu duduk di sebelah pinggang Widya. Tangan Widya dia capai.
"What's wrong? You sakit ke?"
"Kenapa you datang sini?" hidungnya tersumbat akibat terlalu banyak menangis dan di mata Redza, pastinya dia nampak teruk dengan rambut yang tidak terurus dan kelopak mata yang bengkak atas bawah.
"I'm here because I've missed you, I need you and I love you," dalam satu nafas, Redza ucapkan Terang dan jelas sekali. Widya tak nampak kah itu?
Widya seolah tak percaya dengan kata-kata Redza.
"Oh please! Don't play around with me. You said -,"
"I know what I said," Redza cepat-cepat memintas. "I tahu I tak patut biarkan you pergi. I realised five second after you left my door,"
"Macamana dengan semua pakaian baru dalam closet dekat rumah you?. You dah ada mistress baru,"
"I tak ada mistress baru since I broke up with you. Semua pakaian tu, untuk you. I mengharap sangat you datang ke Casa Suria, luangkan masa dengan I dan anak-anak kita. Bukan datang untuk cari gaduh dengan I,"
Widya terasa mahu menangis semula. Selimut yang sudah basah dengan air matanya, Widya capai lalu mengesat air matanya yang luruh.
I tak boleh tengok you macam ni, Widya. Please... say something,"
"I love you, Redza. I love you so much!" Widya angkat sikit tubuhnya lalu merangkul leher Redza. Dia benamkan kepala ke dada bidang lelaki yang sangat dicintainya.
"I love you too, sayang!" Redza menyauk dagu Widya, memaksa Widya mendongak ke wajahnya. Bibir pucat Widya mahu dijamah tetapi Widya larikan kepalanya.
Widya jarakkan tubuh apabila dia teringatkan sesuatu. Kalau dibiarkan Redza teruskan niatnya, tentu akan berlarutan kepada adengan selanjutnya yang bakal merangsangkan naluri. Dia kini berada dalam zon 'larangan'. Paling tidak, untuk seminggu lagi.
"Why?" pelik Redza bila Widya menolak kucupannya. Selama ini, Widya akan menerima sentuhan bibirnya dengan penuh kerelaan.
Belakang tapak tangan Redza, Widya tekup ke perutnya.
"Are you serious, Widya?" Redza faham apa yang ingin Widya sampaikan. Widya mengandungkan anaknya?
Widya tarik nafas sebak.
"Six weeks in my womb and I lost it three days ago. The baby was gone. Our baby....."
"Oh my....." Redza kembali merangkul Widya ke dalam pelukannya. Rambut panjang Widya, Redza lurut hingga ke hujung. Benarlah firasatnya apabila Widya banyak kali muntah dan pening kepala ketika menuruni Bukit Fraser tempohari. Widya sedang mengandungkan zuriat dari benihnya.
"Sebab ini ke, Reene beritahu you berkurung di dalam rumah?"
Widya mendongak semula. Hanya riak sedih dia tayangkan.
"Kalau I tak datang hari ni, you tak akan beritahu I langsung?" tanya Redza lagi.
"Untuk apa? You yang buang I dari hidup you."
"I tak pernah buang you, sayang. Tak pernah! Betapa kecewanya I bila dapat tahu you tidur dengan Harraz. I tak tahu nak gambarkan macam mana. You tahu kenapa Harraz diarahkan ke UK menyelia projek di sana? Sebab I tak mahu dia jumpa you lagi."
Widya teresak-esak semula.
%%%%%%%%%
Mengintai jam dinding dari sebalik bahu Redza, barulah dia tersedar yang dia belum lagi makan apa-apa sejak sarapan tadi.
"Redza.... I need to eat something. Kak Mas beritahu, I tak boleh biarkan perut kosong waktu dalam keadaan I macam ni."
Redza senyum dan mengangguk. Faham dengan nasihat Maslina yang begitu prihatin. Rangkulannya dirungkaikan dan mengekori Widya ke dapur.
Bubur nasi dan sup daging yang dibekalkan Reene malam tadi, masih berbaki di dalam peti ais. Apa yang perlu dibuat, hanyalah memanaskannya dalam ketuhar sebentar. Mulai hari ini dia harus belajar untuk melakukan kerja sendiri, tak perlu lagi bantuan Reene ataupun Kak Maslina.
"Makan?" Widya sekadar mempelawa. Takkanlah Redza sudi menjawamah bubur nasi yang kurang 'rasa' bagi perempuan dalam pantang.
"Go ahead. I had mine," Ridza menopang dagu ke meja. Hanya memerhatikan Widya yang menyuap bubur sesudu demi sesudu ke mulutnya. Lama dia merenung ke wajah sembab itu.
Wajah Widya kelihatan pucat dan cengkung. Kemungkinan kerana kurang rehat atau terlalu menjaga makan selepas keguguran.
"Widya...."
"Yes?" bubur pun sudah habis semangkuk. Barulah perutnya rasa selesa kini.
"To make easier, why not I bawa you balik ke Casa Suria sekarang? My cook boleh jaga makan minum you dan I akan dapatkan you seorang teraphist untuk kembalikan tenaga you."
"Maksud you, tukang urut?"
"Haah! My ex-wife dulu, my aunty hired 'bidan kampung' untuk jaga dia sampai habis pantang."
Widya diam sebentar. Memanglah dia tiada pengalaman langsung dalam tempoh berpantang ini. Dan dia tiada siapa-siapa untuk menolong. Harapkan Kak Maslina yang menelefon setiap hari dan memberi arahan itu ini. Juga, Reene yang setiap hari menghantar makanan.
Mangkuk bubur dan muk berisi air suam yang sudah tinggal separuh, Widya bawa ke singki dan mencucinya.
"And.... what''s next?" Widya dapat mengagak yang Redza sedang merancangkan sesuatu.
"I nak you pindah terus ke rumah I. Let's make a family. You, me and our twins,"
"Are you proposing to me again, Mister Redza Naufal?"
"Yes I am. This time, I will never let you go. You akan jadi milik I untuk selamanya."
Widya senyum lalu mengangguk dan anak mata Redza terus bercahaya. Gembira tak terkata. Redza mendekati Widya lalu meyauk dagu Widya sekali lagi. Bibirnya dibenamkan ke bibir Widya.
"Redza.... you jangan lebih-lebih! I'm not availabe...." tegah Widya setelah berjaya melarikan bibirnya.
"I know the limits, don't worry about that,"
Widya kembali ke bilik dan mengemaskan beberapa barangan peribadinya. Juga, masuk ke kamar mandi bagi membersihkan muka dan merapikan rambut yang tidak terurus.
Terasa sungguh sayang hendak tinggalkan unit apartmen kecil ini. Walaupun tidak semewah Casa Suria milik Redza, tapi selama 2 tahun dia mengukir pelbagai kenangan menempuh hidup keseorangan setelah Redza memilih untuk pergi jauh dari hidupnya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...