Bukan kerana Iqbal Hazwan yang membuat dia bagaikan hilang nafas. Tapi.... lelaki di sebelah bekas abang tirinya yang seiras benar dengan wajah daddy. Tak mungkin daddy masih hidup? Selama ini, di mana daddy bersembunyi?
"What's wrong with you?" Widya mendapat kekuatan semula lalu mengherdik Iqbal yang sedang mengibas-ngibas tangannya di udara.
Widya mendekati Redza. Mendongak cuba menyentuh bibir Redza yang sudah membengkak.
"Ikut abang balik!" pergelangan Widya, Iqbal capai sehingga tubuhnya terenggang jaraknya dari Redza.
"Apa ni? I tak nak!! Lepas!!" berinci-inci tebal wajahnya kerana rata-rata yang berada di dalam pub ini seakan terhibur dengan drama sebabak ini.
"You shouldn't be at this kind of place," marah Iqbal lagi cuba mengheret Widya keluar.
"Lepassss! Who are you nak paksa-paksa I?" Widya tarik tangannya dari dicekup kejap oleh tapak tangan Iqbal yang berganda besarnya.
"Hey.... Jangan nak berkasar dengan perempuan!" datang Redza dengan laju lalu merempuh tubuh Iqbal hingga kedua-duanya rebah ke lantai dan mula bergumpal.
"Stop!! Anybody.... Please??" jeritan nyaring Widya bergema barulah Raymond dan seorang lagi lelaki menarik Redza dari atas badan Iqbal. Nampak gayanya teruk juga Iqbal dibelasah Redza.
Redza menggelupur mahu menerkam Iqbal yang masih cuba bangun dibantu lelaki berumur dalam lingkungan 40-an. Mujurlah Raymond menahan.
Yang Iqbal pun sama. Masih tak puas hati dengan serangan balas Redza tadi.
"Enough, Iqbal. Before bouncers kick your ass out of here."
Iqbal mengesat hujung bibirnya yamg berdarah juga.
"But uncle, Widya...."
"Never mind. We'll find her someday. Let's go,"
Dan sebelum Wildan aturkan langkah, dia berdepan dengan Widya.
"Do you remember me, girl?"Widya kerutkan dahinya. Kepala dia geleng perlahan.
"No I don't," betul-betul dia tak kenal lelaki ini. Suaranya pun tak sama langsung dengan suara daddy.
Wildan senyum kecil memandang Widya yang seakan keliru. Tak mengapalah! Suatu hari nanti pasti mereka bertemu kembali dan dia akan menerangkan apa hubung-kait dirinya dengan mendiang daddy Widya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...