Entah berapa lama dia pitam, Widya sendiri tidak pasti. Sedar-sedar saja, dia sudah terbaring di dalam bilik kecil tempat dia berehat selepas makan tengahari tadi.
Masih dapat dia mengimbas kembali apa yang Redza khabarkan sebelum dia pengsan. Rara dan Raiqal adalah anaknya? Anak dia dan Redza?
Permainan apa yang Redza ciptakan? Anak-anak kembar Redza lahir dari rahim bekas isterinya, Nelly Zehra. Walau dengan prosedur IVF sekali pun, mana mungkin mereka berdua anak-anaknya?"
"You dah bangun, baguslah!" tegur Redza seraya melangkah masuk. Gelas air putih di tangannya, dia suakan kepada Widya berserta dua biji actifast.
"Makan pil ni. I tahu, pening you belum hilang sepenuhnya."
"Pukul berapa sekarang?" soal Widya setelah pil-pil tadi selamat melalui kerongkongnya.
"Hampir jam lapan,"
Dah malam? lama juga dia tak sedarkan diri tadi?
Widya selak selimut lalu menuruni katil.
"You nak pergi mana?"
"I nak balik. Everything happens today doesn't make any sense,"
"You kena percaya Rara dan Raiqal anak you. Yes, Nelly yang pregnant. Apa yang Nelly tak tahu, doktor senyawakan benih you dan I ke dalam rahim Nelly."
Berkali-kali Widya telan liur. Kepalanya juga digelengkan beberapa kali.
"But how?"
"Come!" Redza tarik tangan Widya ke sofa lalu mereka sama-sama duduk.
"You ingat lagi tak, you pernah pitam lepas I temankan you buat medical check-up?"
Widya angguk.
"Bila you sedar, you kata we made love in the hotel,"
"Oh!" sedikit demi sedikit dia mula faham. Bermakna, doktor menyuntik ubat agar dia pening-pening lalat. Supaya dia tak sedar apa yang sedang berlaku dan dan mereka mengambl benihnya melalui cara itu?
"Maaf! I tetap nak balik sekarang. Bagi I masa untuk terima semua ni. Terima kasih sebab you berterus-terang dengan I. And thanks god I tak dengar tentang anak-anak you dari mulut orang lain.
"I hantar you balik."
"Tak perlu. Siang tadi I pandu sendiri,"
"Biar I yang drive. Hari dah malam, jalan turun Bukit Farser ni, boleh tahan gelap. Kereta I, Najmi atau Naim boleh hantar ke rumah I. Mereka kena pulangkan anak-anak kita juga esok."
Anak-anak kita? Widya pejam mata. Tak boleh dia bayangkan dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia sudah pun mempunyai sepasang kembar?
%%%%%%%%%%%%
Tubuh Widya semakin lesu ketika HRV merah yang dipandu Redza memasuki Shah Alam. Ketika menuruni lereng bukit Fraser, dua kali dia memaksa Redza berhentikan kereta di pinggir jalan kerana dia muntah teruk. Semakin menjadi-jadi pening kepalanya.
"You tak sihat, I bawak you ke klinik dulu, o.k.?"
"Tak payahlah! I nak rehat je dekat bilik. Lepas makan paracetamol, nanti hilanglah pening I."
"You muntah banyak tadi. Petang tadi you dah telan 2 biji pil tapi pening you datang balik. You kena jumpa doktor juga. I bimbang you ada penyakit lain."
"I tak ada sakit apa-apa. Maybe lately I tak cukup rehat," Widya berkeras.
"Or......" Redza menoleh ke sebelah sebentar. Dia sudah pun masuk ke petak parkir di depan Klinik Setia Alam.
"Or.... what?" berkerut dahi Widya. Apa yang Redza sedang fikirkan?
"Are you pregnant? I'm pretty sure you not on birth control and I'm not using any protection."
"What? Hell no! I'm not pregnant. In fact, I got my period few days ago."
"Fine but anyhow, you kena juga jumpa doktor." Enjin dimatikan dan Redza segera ke pintu kiri mendapatkan Widya. Kalau tidak dipaksa, pastinya Widya tak mahu turun dari kereta.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...