Part 81

3.8K 104 14
                                    


HRV merah miliknya, Widya parkir di tempat yang dikhaskan tercatat nombor kediaman Trefoil Service apartment ini. Studio unit milik Redza yang sudah lebih 3 tahun menjadi kediaman rasminya dan banglo peninggalan daddy di Setia Impian masih lagi ada penyewa dek permintaan tinggi di kawasan itu.

Widya harus bersyukur lif terletak bersebelahan sahaja dengan petak parkir ini.

Selepas menekan butang silver yang menunjukkan arah naik, dia teringat akan perbualan dengan Reene di pejabat kecilnya sebentar tadi.

Terbayang wajah kacak Alex dihiasi sepasang mata berwarna coklat kehijauan itu. 6 bulan yang lepas, Alexander Mirza Pratama meluahkan perasaannya dan secara drastik lelaki itu melutut melamarnya di hadapan Kiwi Art Gallery disaksikan orang ramai yang lalu lalang. Hinggakan Widya rasa dimalukan sungguh!

Pintu lif terbuka dan Widya melangkah masuk sambil otaknya masih memikirkan tentang Alex. Kali pertama dia menolak lamaran Alex, pemuda tampan itu mengandaikan dia perlukan masa. Sebab itu mereka masih lagi berkawan sehingga kini.

Dia adalah cinta pertama Alex tapi Alex bukan cinta pertamanya. Dia akui, Alex seorang lelaki yang sangat baik. Puas dia menerangkan yang dia bukan lagi 'perawan' seperti yang diharapkan semua lelaki, tapi Alex tak pernah mengungkit soal siapa Widya di masa lalu.

Namun, jika Alex melamarnya sekali lagi di masa akan datang, bagaimana caranya dia harus menolak?

Lif berhenti selepas melepasi 2 tingkat. Pintunya terbuka dan anak mata Widya terus terpaku ke wajah Redza.

"Cara you pandang I, macam you nampak hantu," komen Redza seiring kakinya melangkah masuk. Pintu tertutup semula mengepung hanya mereka berdua di dalamnya.

Seminit dua, mata Widya hanya merenung wajah Redza tanpa suara. Mimpi-mimpi yang sering muncul sejak kebelakangngan ini, adakah petanda untuk sebuah pertemuan?

Redza kelihatan lebih matang seiring masa. Berapa umur sekarang? 33 lebih kurang.

Widya mencongak-congak-congak. Ya! Beza umur Tengku Redza 10 tahun berbanding usia Widya.

"What.... are.... you... doing.... here?" sepatah-sepatah, Widya menuturkannya. Tidak yakin samada soalan itu patut dilantunkan ataupun sebaliknya?

Rasa sendat dada Widya. Setelah sekian lama Redza menghilang.......

"Kenapa you tak terkejut bila berdepan dengan I? Atau... you memang sudah biasa datang area sini?"

"I own this building," Redza membalas seadanya seolah-seolah dia baru memberitahu yang dia hanya punya sebuah motosikal.

"Aaaaaaa!' Wisya terjerit takala lif berhenti dan lampu terpadam secara tiba-tiba. Ruang sempit itu gelap-segelapnya.

"Syhhhh! I'm here!" Redza meraih Widya rapat ke dada lalu memeluknya dengan erat.

Bagaikan terkena kejutan elektrik, Widya terdiam dalam rangkulan kemas Redza. Betapa dia merindu momen-momen sebegini.

Seketika kemudian, ruang lif kembali terang dengan bantuan lampu kecemasan sedangkan lif masih dalam masalah teknikal tidak bergerak-gerak. Segera Widya menolak tubuh Redza menjauh. Butang loceng kecemasan ditekan dan terdengar suara di speaker.

Lalu, Redza menerangkan masalah yang mereka hadapi sekarang.

"Beri kami masa sepuluh minit, " balas operator bantuan itu.

"Widya," Redza semakin mara medekati Widya, memaksa Widya melangkah setapak ke belakang sehinggalah kepalanya tersentuh dinding lif. Menghalang dia menapak lebih jauh.

"A... apa yang you nak buat?" Widya berdoa di dalam hati agar sepuluh minit cepatlah berlalu dan dia mahu segera keluar dari ruang sempit ini.

Redza sentuh pipi Widya mengelus dengan belakang tapak tangannya. Sambil itu, dia tarik nafas dalam-dalam.

"I have a boyfriend," Widya mengumam perlahan berharap Redza dapat mendengar.

'Tolonglah beritahu yang sekarang aku berada dalam mimpi sekali lagi?'

"Don't make me laugh,"

"You tak ada hak nak komen apa-apa," mendapat sedikit kekuatan, Widya tepis tangan Redza menjauhi pipinya.

"Is Alex really the best you could do?" wajah Redza penuh dengan ejekan.

"Macamana you tahu nama dia?"

"Setia Alam ni tak sebesar mana, Widya."

"Siapa pun dia, bukan masalah you,"

"He is not your type,"

"And what is my type? You?"

"Yes, I'm the only man you need." Bibir Widya dipagut tanpa amaran. Menggelupur Widya seketika dan tanpa sedar, dia juga membalas.

Lif berhenti di lantai letaknya unit apartmen Widya. Entah bila masanya lif bergerak semula, mereka sama-sama tidak rasainya.

Widya melangkah keluar selepas Redza berhenti dari kerakusan menguasai bibirnya. Sekali-kali tidak mahu berpaling ke belakang lagi.

"You will never get over me, Widya Aruna Willis!"

Widya pekakkan telinga walaupun suara kuat Redza menerjah sebelum pintu lif tertutup.

'Apa yang sudah aku buat?' 

ESCORTWhere stories live. Discover now