Part 59

6.6K 200 5
                                    

Jam 11.15 pagi, Widya tiba di Kiwi Arts Studio. Redza juga baru sampai bersama-sama dengan pembantunya, Syafik.

"Hai," mereka bertembung di pintu masuk. Redza terlebih dulu menyapa Widya.

"Awalnya sampai? Meeting at eleven thirty, right?" Widya senyum sambil mengerling manja. Ikutkan hati, mahu saja dia peluk tubuh Redza, atau merangkul leher lelaki itu. Rindunya menggunung walaupun tak sampai seminggu berpisah.

"Saja datang awal. Just for quick meeting than we will going for lunch. Lepas lunch kita pergi tengok progres renovation dekat Setia Mall pulak."

"Okey," dan mereka masuk ke pejabat Maslina yang terletak di sebelah art studio.

"Morning!"

"Morning Widya. Oh! Tengku Redza dah sampai juga? Datang sekali dengan Widya ke?"

"Eh taklah! Wid drive sendiri. Redza datang dengan encik Syafik."

"Sila duduk. Nak minum dulu ke?" Maslina baru hendak bangun, Tengku Redza goyangkan tapak tangannya.

"No thanks. Kami baru je lepas tea-break tadi. Kita terus pada meeting lah!" usul Redza. Syafiq di sebelahnya pun mengangguk tanda setuju.

Beberapa perkara berbangkit dicatatkan Syafiq dan dia tekun mendengar penerangan Maslina tentang program-program dan arts class yang bakal diadakan sehingga hujung tahun depan.

Sejam berada di pejabat Maslina, mereka berempat bergerak ke ruang studio. Fiqri sedang menyiapkan lukisan mural di dinding salah satu dari dua buah studio yang ada.

"Fiq...." Amira yang turut membantu Fiqri menoleh sama.

Fiqri letakkan semula berus lukisannya di lantai lalu bergerak ke hadapan Redza dan Syafiq lalu bersalaman.

"Hai! Nice art work," puji Redza. Memang dia tahu anak muda berbakat besar ini punya kreaviti yang tinggi. Dinding studio kelihatan menyerlah sekali. Boleh naikkan mood para pelajar.

"Thank you," Fiqri senyum. Terselit rasa bangga bila Tengku Redza menghargai hasil kerjanya. Sudahlah gaji yang ditawarkan kepadanya boleh tahan banyaknya. Tak perlu lagi dia bekerja di syarikat ayahnya. Dia tak suka terperuk di dalam pejabat selama 8 jam sehari.

"Amira, macamana kerja kat sini? Okey tak?" Syafiq halakan pertanyaan kepada gadis manis di belakang Fiqri."

"Alhamdulillah, saya suka." Ujar Amira malu-malu. Lebih dia suka apabila mendapati betapa kacaknya lelaki bernama Tengku Redza. Patutlah kakaknya selalu memuji.

"Baguslah kalau awak suka. Saya harap awak kekal lama kat sini,"

Amira angguk sambil memerhatikan gelagat Tengku Redza dan Widya yang sedang mendengar dengan tekun penerangan dari Maslina.

"Sayang..... it's time to go," Redza menilik jam tangannya seketika lalu menunggu jawapan dari Widya.

"Hurmm...okey!"

"Syafiq, I naik kereta Widya. You terus lunch and balik office lah lepas tu. Galeri dekat Setia Mall, biar I yang handle."

Syafiq tautkan ibu jari dan jari telunjuknya memberi isyarat 'okey'.

"Oh ya! Apa kata you bawak Maslina and the rest pergi lunch dekat pizza ke, KFC ke? My treat today." Redza tarik keluar dua keping not ungu dan hulurkannya kepada Syafiq.

"Thank you, boss!" ucap Maslina bersama senyuman lebar.

"You're welcome. Mari sayang," panggil Redza meminta tangan Widya. Segera jari jemari Widya bertaut kemas dengan miliknya.

"See you guys!" senang hati Widya melambai dan dia dekatkan kepalany ke bahu Redza.

Mungkin orang lain tidak terasa apa-apa tapi bagi Amira, dia amat cemburu akan kemesraan Tengku Redza bersama Widya. Sahlah mereka berdua sedang dilamun cinta!

Menuju ke keretanya, Widya mengerling manja lelaki di sisinya.
"Pandai you kan? Pilih staf untuk Kiwi Arrs Studio yanh cantik-cantik je."

"Bukan I yang interview staf baru. Syafik did."

"Oh yeah? Jadi, you tak pernah kenal siapa Amira?"

"Memanglah tak kenal, jumpa pun tak pernah. Kenapa banyak sangat tanya ni? Jelous?"

"Adalah sikit! Cara Amira tenung you, macam dia nak rampas you dari I."

"Ha ha! You must be joking. I lebih suka Amira rapat dengan Fiqri. Supaya Fiqri tak lagi simpan perasaan pada you."

Hah? Dia pulak yang terkena? Pandai sungguh Redza belitkan ayatnya.

"I dengan Fiq, kawan je lah!" Widya lepaskan genggaman tangan Redza lalu menekan remote keretanya.

"You drive," kunci dihulurkan dan Redza menyambutnya.

"Nak makan apa?" sebelum berlalu ke pintu sebelah, sempat Widya bertanya.

"Kita balik Casa Suria sekejap. Sebab, I terasa nak makan you!" Redza hidupkan enjin kereta dan tersengih miang ke sebelah.

"Hah? You ni kan......" Widya gigit bibir. Nak membantah, Redza yang sedang menggenggam stereng keretanya sekarang.

"My cook dah masak special for our lunch. Kita balik berehat sekejap. Petang sikit nanti, kita ke Setia Mall."

Widya mengumam di dalam hati. Dapat dia bayangkan apa maksud frasa 'berehat' yang Redza rencanakan.

"Your wife tinggal mana?" hendak juga dia tahu, di mana Redza kurung isterinya. Jangan di Casa Suria, sudahlah!

"Her parent's house. Takut ke kalau-kalau I nak ajak you threesome?"

"What? Eeeee... tak senonoh otak you!" lengan Redza yang berlapikkan kemeja longsleeve, Widya ketip dengan geram.
Mengada-ngada betul!

Redza ketawa besar. Tapak tangan Widya dia raih lalu dibawa ke bibirnya.
Dia hanya bergurau. Gila nak bawa Nelly bertemu empat mata dengan Widya?
Bakal meletus ribut taufan segala.

ESCORTWhere stories live. Discover now