Part 23

10.2K 237 4
                                    

Khamis – 8.00mlm.

Enjin Viva dimatikan setelah memasuki halaman banglo Casa Suria milik Redza. Pintu utama yang tiba-tiba terbuka mengejutkan Widya yang baru saja menutup pintu keretanya.

Redza tergesa-gesa mendapatkan Widya lalu meraih lengan gadis itu.
"Come, ikut I keluar."

"Where to?" hairan Widya dibuatnya. Takkanlah hanya berpakaian yang ringkas begini, Redza ajak menemaninya ke majlis? Ish... tak perlu tukar baju dulu ke?

Bila dia perhatikan Redza yang bergaya santai dengan khakis dan T-shirt tanpa kolar, barulah Widya dapat memahaminya. Redza mahu ajak dia melepak ke kelab jazz lagi, agaknya.

"Ikut je, tak payah tanya banyak. I'm your boss, right?" Widya terus diheret ke keretanya.

Widya mendegus perlahan.
'Tak habis-habis nak berlagak!' kutuk Widya di dalam hati. Itupun, tak berani dia meluahkan kata-katanya bila terkenangkan akan watsapp yang Redza dua puluh minit tadi. Widya sudahpun menerima seribu ringgit untuk malam ini.
Jika Widya tidak muncul dalam.masa yang ditetapkan, kesemua jumlah wang yang masih berbaki di dalam akaun akan ditarik balik. Mentang-mentanglah debit card yang berada dalam tangan Widya kepunyaan Redza. Segala transaksi dengan mudah Redza boleh lakukan dengan hujung jari.

"You ada bawa passport macam yang I suruh?"

"Ada."

"Give it to me."

"Sebelum tu, you nak bawa I ke mana kali ni?"

"Kan I dah cakap, jangan tanya banyak, boleh tak?"

"Ooo... bila jadi escort girl, passport I pun you kena pegang? Takut I lari?"

"Widya....." marah Redza. Tapak tangannya yang dia tadah, masih belum menerima buku merah milik Widya.

"What?"

"Your passport. I nak tempah flight untuk Isnin. Later, I akan pulangkan semula, puas hati?" susah sungguh mahu berurusan dengan gadis yang banyak songeh ini.

Widya ketap bibir. Redza hendak bawanya ke luar negara? Jangan aku dijual sudahlah!

Redza geram. Passport yang berada dalam genggaman longgar Widya, dia rampas begitu saja.
"Kenapa dengan you? Regret sebab terpaksa kerja dengan I? Okey.. I beri you lima minit. You boleh balik sekarang kalau you rasa nak ubah fikiran." Redza senyum sendiri. Kononnya tak memaksa, tapi apa yang dia buat sebelum ini ke atas Widya, rata-ratanya berdasarkan paksaan halus.

Widya tunduk membeku. Kalau ikutkan, memang payah untuk dia berpatah balik. Dia sudahpun memberi notis berhenti dari kerja sambilan di Galeri Shah Alam. Nak cari kerja yang sesuai bukan mudah memandangkan keputusan SPM pun, hanya sekadar cukup makan sahaja.
Mahu jadi jurujual di pasaraya? Aduh! Tak sanggup dia.

"Tinggal satu minit. Have you make up your mind?" suara garau Redza memecah kesunyian tak lama kemudian.

Widya telan liur. Bibir diketip kuat.

"I assumed, diam you bermakna you setuju kerja dengan I." Redza mengundurkan kereta keluar dari garaj. Hatinya bergolak puas. Jeratnya sudah pun mengena sasaran. Tunggu untuk dilapah dan diratah bila tiba masa yang sesuai.

@@@@@@

Lagi sekali Widya hairan bila Redza memberhentikan keretanya di depan sebuah klinik swasta.

"Kita jumpa doktor dulu sebelum dinner."

"You sakit ke?" Widya bertanya. Nampak Redza biasa-biasa aje?

"Bukan I. It is for you."

"Me?" berkerut dahi Widya. Lama-kelamaan barulah dia dapat menangkap. Oh! Seperti plot dalam novel Fifty Shades of Mr. Grey lagi.
'Mr. Grey Redza Naufal!' jerit hati Widya.

Kad pengenalan, Widya hulurkan juga di meja pendaftaran klinik. Wajah ketat, Widya tayangkan. Satu perkara yang anti sangat dia lakukan ialah berjumpa doktor. Setakat pening atau demam biasa, dia lebih rela menelan dua butir Panadol.

"First of all, you kena buat HIV test." Bisik Redza di sisi telinga Widya.

"What?" terjerit kecil Widya.

"Syhhhh!!!" Redza letak jari ke bibirnya sendiri memberi isyarat supaya Widya menurunkan volume suaranya. Ada dua tiga orang pesakit yang sedang menunggu giliran acapkali memandang ke arah mereka.

"Selain HIV test, I kena jumpa doktor untuk apa?"

"Contraceptive injection setiap tiga bulan. Itu yang paling penting dan satu kemestian. Besides, you kena consult dengan dietician and nutrition frequently. Sebab, I tak nak you gemuk selepas ambil suntikan."

Penerangan Redza memanglah buat Widya ternganga. Inikah hasil pengalaman Redza dengan perempuan-perempuan simpanannya sebelum ini? Eh! Bukan perempuan simpanan lah! 'Escort girl'.

"Okey, nombor you dah naik. Jom, masuk." Jari-jemari Widya, Redza raih dan menolak pintu bilik konsultansi.

@@@@@

Sesudah makan malam, Redza memandu keluar dari Shah Alam tanpa tujuan. Memasuki lebuhraya Guthrie dan terus menuju ke utara melalui lebuhraya PLUS.

Widya merenung ke luar. Gelap gelita suasana sepanjang lebuhraya. Ke mana pula Redza mahu bawanya kali ini?
Kepalanya berpaling ke kanan. Mahu membuka mulut, pasti Redza akan menyuruhnya diam.

"Kalau you nak tanya I nak bawa you ke mana sekarang, I belum ada jawapannya." Bagai mengerti isi hati Widya yang hanya berdiam diri dari tadi, tiba-tiba saja berpaling.

"Esok, you tak perlu pergi opis?"

Redza mengeleng perlahan.
"I can always run a business from my phone."

Tiada apa yang mahu dibualkan lagi. Redza pula hanya memandu dengan tenang sambil bersiul kecil mengikuti irama jazz dari CD player. Huh! Membosankan! Widya mengintai jam do dashboard. Lebih kurang 11 malam sudah. Hurmm... lebih baik dia tidur. Letih mengajar siang tadi masih terasa kerana hari ini dia menggantikan Madam Lim untuk 2 sesi memandangkan guru itu cuti sakit.

Widya merendahkan sedikit kepalanya lalu berpeluk tubuh. Kelopak mata dirapatkan dan sekejapan sahaja dia sudah terlena.

"Widya.... wake up!" pipi Widya, Redza tepuk perlahan. Hampir 4 jam memandu berseorangan, dia pun sudah kepenatan dan mengantuk.

"Ermmm...." Widya masih mamai lalu kedua-dua belah matanya, dia gosok berulang-kali.
"Kita dah sampai rumah ke?" persekitaran luar kereta terang berderang. Ini bukan kawasan banglo Casa Suria milik Redza. Dia sedang bermimpikah?

"Rumah?" Redza ketawa kecil dengan telatah Widya.
"Let's go out. Sejuk sangat ni...." sweater di seat belakang, Redza capai lalu menutup tubuh Widya yang hanya memakai t-shirt lengan pendek.

Sejuk? Di mana dia berada sekarang?
Keluar dari kereta, barulah otaknya dapat mencerna. Papan tanda hotel tersergam disinari cahaya lampu, Widya pandang.
Avillion Cameron Highlands? Jauhnya Redza memandu?

Luggage kecil Redza keluarkan dari bonet kereta. Berkali-kali Widya cuba mempercayai yang dia bukannya berada dalam mimpi.

"You memang dah rancang dari awal untuk bawa I jauh dari Shah Alam?"

Redza senyum. Tak perlulah dia menjawabnya kalau Widya sudah faham.
"Jom... katil bilik kita sudah menunggu."

Lambat-lambat Widya letakkan jari-jemarinya di atas tapak tangan Redza. Libang-libu hatinya. Apakah ini detiknya dia harus menyerahkan 'mahkota' yang dijaganya selama ini?

ESCORTWhere stories live. Discover now