Part 57

6.9K 202 6
                                    

  Enjoy the sexy music video. Cheers!

Oleh kerana hujan lebat diluar, maka aktiviti di laut terpaksa dibatalkan. Redza dan Widya hanyabermalasan di katil. Sarapan pun, Redza pesan dari The Captain Galley Restaurant. Baki masa yang sebelum Redza menghantarnya ke airport petang nanti, Widya mahu gunakan sepenuhnya. Dia tak berenggang walau seinci dari Redza.

Bersandar di dada bidang Redza dan lengan Redza merangkul tubuhnya dengan erat sambil menikmati lagu-lagu dari Music Video yang ditayangkan di saluran MTV Hits.

"Redza....."

"Hurm......" dalam dingin aircond mata Redza hampir tertutup, namun bibirnya tetap bertindak-balas bila Widya menyeru namanya.

"Rasa sekejap sangat masa berlalu. You sampai tengah malam tadi dan dalam beberapa jam lagi, kita nak berpisah dah. Tak tahu bila lagi boleh macam ni,"

"Sabarlah sayang, your 20th birthday will coming next week, right? Lets celebrate with a small party at my place."

"Where at?"

"Mestilah Casa Suria. Only close friends will be invited,"

"Tak payahlah! For years, I dah tak celebrate my birthday. I prefer only two of us, in private. Macam sekarang?"

"Are you sure you don't want a birthday party?"

"No I don't want," Widya mendongak, merenung wajah kacak Redza.

"Okey, just the two of us." Tangannya menyusup masuk di bawah T-shirt besar Widya. Ah! Enaknya lengannya menghimpit kulit gebu dan licin Widya.

Rengekan kecil terletus dari bibir Widya. Berombak tubuh Widya bila sebelah tangan Redza mula menakal merayap di sana sini.

Serentak itu intro muzik kedengaran.
"I know that song," beritahu Redza sambil matanya dihalakan ke tv.

Widya turut sama memandang TV. Lagu Chris Isaak yang berlatarkan sebuah pantai memaparkan seorang gadis cantik 'half nude' sedang bercanda di gigi air.
"Wow! That girl very sexy," komen Widya.

"You also can be like her," pantas Redza menyingkap T-shirt Widya melepasi kepala. Sejak awal tadi Redza sudahpun membuka kancing coli Widya.
Sekarang hanya tinggal kain segitiga nipis di bawah pinggang Widya.

"Redza......" Widya semakin tak keruan kerana Redza mula menaikkan nafsunya sekali lagi. Sempat ke mahu mengejar masa untuk bersiap ke airport sekejap lagi? Sudahlah beg pakaiannya belum berkemas.

"Yes, sayang....." Redza menunduk dan bibirnya mengelus leher Widya. Naik hingga ke bawah telinga.

I'd never dreamed that I'd meet somebody like you
And I'd never dreamed that I'd lose somebody like you

No, I don't want to fall in love
With you

What a wicked game you played to make me feel this way
What a wicked thing to do to let me dream of you
What a wicked thing to say you never felt this way
What a wicked thing to do to make me dream of you  

And I.....
Don't want to fall in love
with you........  

Bibir Redza mengikuti bait-bait lirik lagu yang sedang berkumandang.

Alunan muzik lembut membuai perasaan Widya, meruntun nalurinya untuk meminta lebih jauh. Dia sendiri merangkul leher Redza dan kepala mereka sama-sama rebah ke tilam.

Tak peduli jikalau bakal ketinggalan kapal terbang sekalipun!

♡♡♡♡♡♡♡

Widya pegang kemas pasport miliknya. Sebelah tangannya lagi tetap berada dalam genggaman Redza. Air matanya mula menitis padahal dia dan Redza bakal berpisah hanya untuk pulang ke KL.

"Sayang.... kenapa sedih? I promise, next week kita jumpa lagi." Jari-jemarinya mengusap air jernih di pipi Widya. Menyauk leher Widya lalu kucupan singgah di hujung dahi perempuan yang dicintainya.

Widya geleng kepalanya 2-3 kali.
"Entahlah!" Nafas, Widya tarik dengan berat. Selepas ini dia harus belajar menerima akan kesibukan Redza dengan kerjaya dan keluarga barunya. Itupun, dia takut hendak berharap Redza akan tepati janji untuk menyambut hari jadinya minggu depan.

"Apa yang ada dalam fikiran you sekarang?"

"I think..... we need a space," beritahu Widya secara jujur.

"Space for what?"

"Our love....."

"Kenapa? I tak faham...." apa yang sebenarnya Widya mahukan? Bukankah dia sudah berjanji yang Widya tetap akan jadi keutamaan dalam hidupnya.

"I felt little guilty being a relationship with someone's husband. If Nelly......"

Panggilan masuk penerbangan AK 861 ke Kuala Lumpur kedengaran. Widya dan Redza saling berpandangan.

"We will discuss about it next week. Take care, sayang." Redza kucup dahi Widya sekali lagi kemudian singgah sebentar di hujung dan mendarat di bibir Widya dengan ciuman tipis.
Redza senyum buat kali terakhir lalu dia menolak bahu Widya supaya pergi dengan segera.

"I love you!" Redza melaung kalimah keramat itu ketika kaki Widya sudahpun beberapa langkah ke depan.

Widya tak sanggup menoleh. Bimbang air matanya luruh lagi.

ESCORTWhere stories live. Discover now