Widya telan liur. Di depan Uncle Wildan berserta bakal isterinya inikah, dia patut meluahkan apa jua perasaannya terhadap Alex selama mereka menjalinkan hubungan?
Bersama gelisah di dada sehingga lututnya bergetar, Widya kembali alihkan perhatian kepada lelaki di sebelah. Lelaki yang setia menantikan jawapannya dengan penuh kesabaran.
"Alex... I rasa sangat bersalah sebab menipu you. So... I have to tell you what happened few days ago."
"What is it, sweetheart?" Alex senyum kerana Widya sanggup berterus-terang dengannya Dia mengharapkan Widya memberi jawapan yang positif untuk masa depan mereka.
Widya tarik nafas. "I.... bumped into Tengku Redza Naufal in the elevator,"
"And?" itu saja kah pengakuan Widya? Shah Alam bukanlah sebesar mana. Kalau setakat bertembung dengan ex-boyfriend di dalam lif, bukanlah masalah yang besar? Fikir Alex.
"And we'd kissed."
Alex terngadah. Tangan yang baru saja meramas lembut jari-jemari Widya terus saja dilepaskan.
Wildan dan Eva saling berpandangan. Sesuatu yang tidak diingini bakal berlaku dengan pengakuan berani mati Widya.
"You slept with him too, that day?"
Widya telan liur. Anak matanya dia alihkan ke arah lain.
"Widya....." Wildan cuba mencelah. Tapi... dia sendiri tak tahu apa yang mahu dia katakan. Lidahnya terasa kelu. Widya terlalu taksub dengan cinta Redza walaupun lelaki berketurunan 'Tengku' itu sudah mengecewakan Widya 2 tahun lalu.
"I'm so sorry," Widya memohon sebuah kemaafan. Dia tahu, Alex pastinya terluka dengan apa yang sudah berlaku.
"I'll fix this, honey. Don't worry." ujar Alex lalu dia tolak kerusi ke belakang.
Fix it? Betul ke apa yang dia dengar? Bagaimana Alex mahu memperbetulkannya?
Eh! Alex mahu ke mana? Mahu pergi mencari Redza kah?
"Alex, wait!" Widya tarik napkin di peha dan meletakkannya di atas meja. Dia hendak mengejar Alex. Lagipun dia datang ke restoran mewah ini bersama Alex. Takkan dia mahu pulang menaiki teksi?
Lengannya, segera Wildan paut sewaktu Widya mahu melepasi kerusi pakciknya. Kepala, Wildan gelengkan ke kiri dan kanan beberapa kali.
"Let him go. Alex perlukan masa untuk bertenang. Uncle dan Eva akan hantar Wid pulang."
Tak jadi Widya teruskan niatnya. Dia duduk kembali di kerusi.
"So... tell us what actually happened to you and Tengku Redza," tanpa berlengah, Wildan memaksa Widya berterus-terang. Dia harus tahu setakat mana anak saudaranya ini berhubungan semula dengan lelaki tak guna seperti Tengku Redza Naufal.
"Wid tak rasa Alex masih mahukan Wid lagi, uncle. Alex tak pernah mahu percaya yang Wid belum bersedia mahu serius dalam bercinta sehinggalah hari ini."
"But he said he will fix your mistake,"
"How? How to fix it when all I want is for Redza to do it again? Again.... and again!"
Wildan urut dada yang terasa sesak.
Eva megusap bahu Wildan, cuba menenangkan perasaan bakal suaminya. Dia sendiri tak menyangka sama sekali Widya akan membalas sebegitu. Kuasa cinta, ternyata mengatasi segalanya.
Widya meraba tisu di dalam beg tangan lalu menyapu genangan air di tubir mata. Sungguh memilukan melihat kesedihan di wajah Uncle Widya yang mengharap sangat dia dan Alex berkahwin.
Semakin pilu apabila mengenangkan yang hanya Redza yang dia dambakan untuk memenuhi tuntutan batinnya. Sedangkan setiap kali keluar bersama Alex, percikan nalurinya tidak pernah terbias walaupun sedikit.
"Uncle hantar Wid pulang sekarang," Wildan memanggil seorang waiter dan meminta bil.
"Maafkan Wid, Uncle."
"There's nothing to sorry about. You're big girl now and you should think about the consequence of what you have done. Come, let's go home."
Sepanjang perjalanan ke Trefoil Shah Alam, masing-masing berdiam melayan perasaan sendiri. Widya teringat akan Alex yang meluru meninggalkan meja makan tadi. Ke mana dia pergi? Merajuk panjang kah Alex selepas tahu yang dia telah kembali ke dalam pelukan Redza?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...