Seperti biasa, Redza menghilang tanpa jejak selepas kejadian memalukan di pagi hening itu. Muncul tanpa diundang, pergi pun tidak dihalau. Sesuka hati sahaja Redza menjadikan dia objek pemuas nafsu.
Bukan juga Widya yang meminta 'bayaran' apabila setiap kali Redza berjaya mengheretnya ke katil, dia menerima e-mail dari bank memaklumkan RM2,000 sudah dikreditkan ke dalam akaunnya.
Hurmm.... bertambah banyak 'habuan' yang Widya terima.
Alex? Langsung tak munculkan diri di depannya. Berpuluh-puluh text memohon seribu maaf Widya hantar melalui 'WhatsApp' tapi tiada balasan apa-apa.
Nama Widya sudah kena 'block' dari senarai penting Alex agaknya.
"Fiq! Kau tengok apa?"
Fiqri yang dia perasan dari tadi asyik merenungnya, Widya sergah dengan menepuk meja berhampiran tangannya.
"Hurmm..... kau dengan Alex, dah putus ke?"
"Kenapa kau tanya macam tu?" Widya bertanya kembali.
"Reene.... aku terserempak Alex dengan Reene dekat TGV malam tadi. Dorang berdua nampak, ermmm.... intim."
Widya ketawa perlahan. "Kalau intim pun, apa masalahnya? Kau pun tahu aku dengan Alex hanya berkawan."
"Wid..... sampai bila kau nak layan Tengku Redza yang tak reti nak hargai kau?"
"Kau cakap apa, ni? Mana ada Redza?" pura-pura Widya buat tidak tahu menahu.
"Kau jangan cuba nak tipu aku lah, Wid. Kalau kau dah tak pedulikan Alex, maknanya kau dah balik dengan Tengku Redza. Aku tahu jantan bedebah tu, dah balik ke sini. Redza dah bercerai, Wid. Sebab tu dia cari kau."
"Hah? Betul ke Fiq? Aku..... aku tak tahu apa-apa. Sumpah!" bersungguh-sungguh Widya membalas sehingga dia mengangkat tapak tangannya separas bahu.
Redza sendiri tak pernah beritahu yang mereka suami isteri sudah tiada ikatan lagi.
Ah! Dari dulu lagi setiap rahsia peribadi Redza, pastinya Widya dengan dari mulut orang lain. Kenapa harus begitu?
"Rancaknya, cerita pasa apa tadi?" datang Amira menatang pinggan dari kiosk Sate Hj. Samuri lalu duduk di sebelah tunangnya.
"Cerita biasa-biasa je. Persiapan untuk majlis korang, dah siap sepenuhnya ke? Bila I nak dapat kad jemputan?" sengaja Widya lencongkan perihal lain untuk mengaburi Amira.
"Insya-ALLAH! Sikit je lagi yang tinggal. Dalam minggu depan, kami dah boleh edar kad. Betul tak, sayang?' Amira melirik manja tunang di sebelahnya. Sedikit pun dia tak cemburu Fiq berbual panjang dengan bos mereka ini. Dia tahu, taste Widya bukan lelaki macam Fiqri. Maklumlah, Widya sudah punya perniagaan yang bagus dan sekarang, dia adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat milik arwah daddynya.
"You dah beritahu Widya ke?"
"Beritahu apa?" Fiqri terpinga-pinga sebentar.
Bibirnya, dekatkan ke cuping telinga Fiqri.
"Pasal Tengku Redza dengan wife dia la...." Amira membisik perlahan.
"Oooo..."
"Apa yang korang bisik-bisik tu?" Widya memandang pelik pada kedua-dua merpati 2 sejoli di depannya.
"Bos? You tahu tak yang Tengku Redza dah bercerai?" Amira membuka mulut.
"Mestilah dah tahu. Tunang you baru je cerita tadi."
"Oh ya ke?" Amira menoleh ke kanan, menentang anak maya Fiqri sebentar dan kemudiannya berkalih ke wajah Widya pula. "Dah tu, you tak rasa apa-apa ke?'
"Rasa apa pulak? Hal peribadi Redza, tak ada kena mengena dengan I. Dah lama kami putus." Tak perlu berselindung. Dia pasti Amira dan staf-staf Kiwi Art yang lain pernah tahu hubungan gelap dia dan Redza yang sudah berakhir 2 tahun yang lalu.
"Ermm.... bukannya apa. You ada terasa nak kembali pada Tengku Redza ke?"
Hujung bibir Widya terjungkit. "I don't think Redza mahu I kembali dengan apa yang I dah buat." Kesalahan dia meniduri Harraz sudah tersebar hingga ke cawangan Kiwi Art di Setia Impian.
"Tak juga, bos! I rasa, kan? Sebab utama dia becerai dengan wife dia adalah...... dia masih cintakan you. Kalau tak cinta, dia tak akan tanya Kak Mas pasal you setiap minggu."
"Setiap minggu?" berkerut dahi Widya. Ini kejutan ke-dua yang dia terima hari ini. Dua-dua dari orang yang berlainan.
Dalam dia tertanya-tanya itu, Iphone miliknya berbunyi. Widya menelitinya nama di skrin.
Hasya?
Dia angkat muka kepada pasangan di depannya.
"Sorry, I kena jawab panggilan ni,"
Anggukan Amira dan Fiqri, Widya tolak kerusi ke belakang dan keluar dari restoran lalu swipe ikon gagang berwarna hijau.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...