Keletihan menemani isteri di bilik pembedahan yang memakan masa hampir 4 jam malam tadi, Redza tertidur lena sehinggakan dia kesiangan. Mujurlah bonda Nelly yang menawarkan diri untuk menemani anaknya di wad dan Redza disuruh pulang ke rumah.
Keluar dari kamar mandi, barulah dia teringatkan Vertunya. Lebih-lebih lagi akan kata-kata Harraz sebelum dia memasuki bilik bedah malam tadi.
Widya ada hantar pesanan di 'Whatsapp?'
Telefon dia gagau dari poket seluar dan mendapati ianya sudah terpadam terus. Segera dicari soket dan mengecasnya.
Siap berpakaian untuk ke hospital semula, dia menyentuh skrin yang sudah menyala dan membaca berderet-deret notifikasi ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.
Text dari Widya sudah jauh ke bawah. Dan apabila dia membaca pesanan ringkas itu, hatinya terus dijentik penyesalan.
Kenapa dia boleh lupa semalam adalah hari jadi Widya yang ke-21? Dia yang inginkan zuriatnya dilahirkan sama tarikh dengan hari jadi Widya.
Tiba-tiba dia teringatkan Harraz dan perbualan singkat dia dan sepupunya itu malam tadi. Dia ada menyuruh Harraz membalas pesanan Widya dan lakukan sesuatu untuk Widya.
Berderau darahnya apabila firasat tak baik bertandang. Jangan-jangan Harraz ke rumah Widya dan mereka.....
Ah! Tolonglah jangan fikir negatif, Redza!
Redza batalkan niat mahu ke hospital sebaliknya dia singgah ke sebuah kedai bunga. Harap-harap Widya belum lagi keluar ke tempat kerjanya.
Debaran semakin memukul di dada Redza ketika dia menghampiri pintu rumah Widya. Tadi, dia sudah menjengah ke tempat parkir. Kereta comel Widya ada di tempatnya. Maknanya, Widya masih berada di dalam sana.
Tapi... kenapa dia tetap juga merasa tak sedap hati?
Perlahan-lahan daun pintu, Redza tolak ke dalam setelah mesin pengimbas key card berbunyi beep 2 kali. Kononnya mahu membuat kejutan walau dia tahu, Widya pastinya merajuk kerana sudah terlewat sehari.
Sunyi sepi di ruang tamu. Pintu bilik juga tertutup rapat. Mata Redza melingas ke serata ruamg tamu dan dapur kecil di sebelahnya. Ada 2 piring dan sudu berserta sisa kek yang masih belum dicuci di atas meja.
Redza hairan, selalunya Widya cukup teliti dengan kebersihan rumah. Tak akan sesekali Widya biarkan dapur tak berkemas.
Redza melangkah ke dapur. Dia terpijak pijama tidur satin berwarna hitam di lantai. Lalu dikutipnya penuh tanda tanya. Widya kena culik ke?
Rasa tak enak semakin berleluasa. Gemuruh dadanya membayangkan jikalau sesuatu yang buruk terjadi ke atas Widya.
Langkah dipanjangkan ke bilik tapi terhenti apabila tiba di depan pintu bilik. Sehelai Tshirt lelaki di lantai menggamit paandangan matanya. Redza tunduk dan mencapainya. Dibelek-belek seketika dan mencium haruman yang masih melekap di kain cotton berwarna putih itu.
Macam pernah dia hidu baunya. Redza buka besar Tshirt itu dan meneliti gambar yang tertera.
Sah! Tak lain tak bukan, baju ini yang dipakai oleh Harraz malam tadi. Jadi, Harraz dan Widya....
Arghhhh!!!!
Amarahnya naik mendadak. Harraz? Sejak bila sepupunya dan Widya bercinta? Tak sangka sungguh Widya curang di belakangnya.
Tombol pintu bilik, Redza pulas dengan kasar.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...