Part 79

3.5K 85 11
                                    


Dummmm!!

"Harraz?" terbangun terus Widya dari tidur nyenyaknya akibat terperanjat.

Bulat mata Widya serta-merta. Ternyata, nama yang keluar dari bibirnya, bercanggah sama sekali dengan pemilik nama yang sedang berdiri di hadapan pintu yang baru dihempas.

"What's the hell is going on?" jerit Redza dengan amarah yang membuak-buak.

Widya menoleh ke sebelah. Harraz tiada di katil. Sedikit lega walaupun dalam hati tetap risau dengan amukkan Redza.

"Mana Harraz? Sejak bila you dengan Harraz bercinta?"

"Redza.... I dengan Harraz tak pernah......"

"Shut up! Ini apa?" bila Redza tak nampak Harraz di mana-mana, dia bergegas ke bilik air. Harraz tiada juga di situ.

T-shirt dan pijama satin yang dihumbankan ke mukanya, Widya sentuh. Mengertilah dia, segala-galanya sudah terungkai. Redza sudah tahu yang Harraz menidurinya malam tadi. Namun, dia harus bersyukur yang Harraz sudah keluar. Dia tak tahu apa yang bakal terjadi jika dua lelaki itu bertembung.

"Dah berapa kali you tidur dengan Harraz? I dah cakap dengan you, I tak suka berkongsi perempuan yang I sayang dengan lelaki lain. You tahu tak?" Redza melepaskan geramnya. Rambutnya dia raup ke belakang.

"I tak pernah tidur dengan Harraz before. Last night...." Widya cuba bangun dengan membalut tubuh telanjangnya dengan robe hitam yang dicampakkan Redza sebentar tadi.

"Malam tadi, I texted you minta you datang. You balas yang you akan datang tapi Harraz yang muncul depan pintu rumah I. Dia kata you yang suruh temankan I."

"I didn't replied and I tak sempat baca pun your text sampailah pagi ni." Redza pejam mata.

Damn it!

Ini mesti kerja Harraz!

Salah dia sendiri tak mengendahkan pesanan Widya di Vertunya malam tadi.

"Harraz pujuk I yang tengah sedih. Apa yang berlaku di luar sedar. I dengan Harraz...." Widya menangis. Salah dia kah kalau Redza yang menghantar lelaki lain kepadanya?

"I tak boleh terima alasan you. Macamana pun Harraz goda you, kalau you cintakan I, you always can say 'No' to him." Redza membalas penuh kesal.

"Berbulan-bulan you tak datang sini. I texted you banyak kali tapi you tak reply. Do you care about my needs?" Widya membalas kejian Redza. Redza tak fikir ke yang sesakali dia perlukan peneman tidur?

"You the one asking for some space, remember?" elok sangatlah, mereka saling menyalahkan antara satu sama lain.

Tangisan Widya mulai menyurut kerana mereka asyik bertelagah.

"I know but not for too long! Follow me," Widya tarik tangan Redza ke pintu bilik dan membawa lelaki itu ke dapur. Peti sejuk dia buka lalu meletakkan kek aiskrim yang hanya terpotong sedikit malam tadi.

"You see what I'm wishing for last night?" ayat 'BE MINE!' masih terukir cantik di atas kek tanpa sebarang cela.

"I dah janji dengan you kan? On my twenty first birthday, I sedia nak peluk Islam dan jadi isteri you." Widya menangis semula. Air matanya semakin meluruh. Biarlah dia menangis sepuas-puasnya sebelum Redza buat keputusan untuk menyisihkan dirinya dari hidup lelaki itu.

Redza hela nafas berat. "You boleh tinggal di sini selagi yang you mahu. Kiwi Art Gallery juga akan jadi milik you sepenuhnya. Nanti I akan minta Syafiq uruskan pertukaran nama.

"Take care! I akan pergi jauh dan tak akan ganggu hidup you. Buatlah apa yang you suka "

Key card, Redza campakkan ke atas meja. Walau berat hatinya mahu meninggalkan satu-satunya perempuan yang dia cinta, tapi apa yang Widya telah lakukan benar-benar mencabar egonya.

Melepasi pintu depan, Redza menapak laju-laju ke lif. Apa yang harus dia buat sekarang, yang paling utamanya mahu pergi mendapatkan sepupunya, Tengku Harraz Arrian.

Harraz patut mendapat habuan penumbuk atas apa yang sudah dia lakukan terhadap Widya.

ESCORTWhere stories live. Discover now