Part 39

7.3K 200 5
                                    

Kira-kira jam 10.00 malam, Redza memimpin tangan Widya dengan erat masuk ke pub kegemarannya. 'THE ONE NIGHT STAND – Livehouse & Lounge' malam ini agak sesak dari biasa. Oh! Baru Redza tersedar yang esok hari Sabtu dan kebanyakan orang tidak bekerja.

Redza ditegur oleh beberapa orang lelaki yang berpapasan dengannya dan masing-masing ber'Hi-5'.
Mata Redza melingas ke sana-sini Kebanyakan meja sudah penuh.

"Redzzzz, here!" terdengar seseorang memanggil dalam alunan muzik live yang sedang rancak.

Redza berpaling kepada yang melaungakan namanya. Bibirnya mengorak kegirangan. Rupa-rupanya Raymond dan Joyce ada di bar.

Segera Redza tarik lengan Widya ke sana.

"Bro!!!" tapak tangan mereka bertuab ber 'hi-5" tinggi.

"Hi Widya!" Joyce hulurkan tangan mahu memeluk Widya dan segera Widya menyambutnya dan berlaga pipi.

"Nice to see you here. Dah lama kita tak jumpa kan?"

"Haah! Dah lama. Redza.... dia busy sangat with his...... " opps! Hampir Widya meneruskan kata-katanya tapi sempat akalnya menolak untuk menambah perkataan lagi.

"I know.... I faham apa yang you rasa." Joyce mengerling pada kedua-dua lelaki pasangan meeka yang sedang berbual rancak sambil memegang gelas masing-masing. Mujurlah Redza dan Ray tak pedulikan apa yang dia dan Widya sedang perbualkan.

"Nevermind, I'm okey with that. Don't worry, kita datang sini untuk enjoy kan? Buat apa nak sedih-sedih, betul tak?"

"Yeah! That's true enough. I kenal Redza. I rasa, inilah kali pertama I betul-betul nampak dia serious dengan seorang perempuan,"

"Really?"

"Yes. You are the most luckiest girl in the world."
Widya senyum lebar. Tangan kirinya, dia angkat dan menggerakkan jari jemarinya di depan wajah Joyce.

"Widya... seriously?" sama ketika Redza memperlihatkan cincin itu,, Joyce juga terbeliak matanya.

Widya angguk lalu ketawa kecil.

"Ray.... look here!" Joyce menepuk bahu teman lelakinya.

"What?" Raymond berpaling dan memaksa Redza juga mengikut putaran kepala Raymond.

"Redz.... you enggaged to her?" Raymond juga tak percaya. Macamana pula Redza boleh bertunang dengan si cantik ini kalau tinggal beberapa minggu saja lagi majlis pernikahannya bakal berlangsung?

"I am!"

"Congrats dear," Joyce memeluk Redza lalu pipi Redza dicium sekilas.

Sedikit pun Widya tidak cemburu dengan kemesraan yang Joyce pamerkan. Kucupan itu hanyalah semata-mata sebagai ucapan tahniah.

Redza meminta izin ke tandas sebentar dan menyuruh Widya menunggu bersama pasangan Joyce dan Raymond.

Seketika kemudian, Joyce membisik di telinga Widya yang dia mahu ke lantai tari bersama teman lelakinya.

" You dan Ray pegilah. I'll be fine here. Sekejap lagi, Redza datang semula."

"Thanks Widya!"
Widya ditinggalkan berseorangan di kerusi tinggi. Dia mencapai gelas panjang berisi coca-cola dan menyedut straw beberapa teguk sehingga hilang hausnya. Hampir suku lagi lagu yang sedang didendangkan tamat, dia turun dari stool tinggi dan menghampiri pentas kecil.

Elok saja penonton bertepuk tangan, dia menegur penyanyi yang baru selesai membuat persembahan. Dengan berani dia meminta sesuatu dari penyanyi itu dan Louisa Rafael mengangguk dua-tiga kali. Lalu dia ke belakang membisik kepada ahli kugirannya.

@@@@@

"Where is she?" Redza terkejut kerana sekembalinya ke bar, Widya tiada di tempat duduknya. Terus sahaja dia menyoal Joyce. Widya sudah lari balik ke?

"Relax darling! Look on the stage." Jari telunjuk Joyce tearah ke pentas.

"Hah?" Anak mata Redza terus ke tempat di mana Widya sedang berdiri. Widya buat apa di situ?

"Ladies and gentleman, we have one lovely girl like to entertain us tonight. Here is, miss Widya Willis with her song, 'Tak Kan Ada Cinta Yang Lain' originally by Titi Dj."

Suara penyanyi utama mempersilakan Widya dan beberapa bunyi tepukan perlahan kedengaran. Redza terkejut. Widya mahu menyanyi?"

Widya membetulkan skirtnya bagi melegakan hatinya yang sedikit gemnetar. Kali pertama dia buat kerja gila seperti ini.

"Good evening everybody. This song, I dedicate to you, Mister Redza Naufal," Widya berpaling ke belakang sebentar dan mengangguk memberi isyarat yang dia sudah bersedia.

Muzik intro dimainkan. Alunan irama jazz kedengaran. Widya mendekati stand mikrofon lalu mengenggam menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Bara... ba! ba ! bara... ba! ba! ba........

Bubling permulaan, dilontarkan Widya.

Redza mula resah. Widya ni..... betul-betul ke boleh menyanyi? Jika ke laut, harus dia yang dapat malu nanti. Sudahlah namanya disebut Widya di awalannya.

Tepukan gemuruh kedengaran. Widya tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya. Sambil itu, bahunya bergoyang kiri kanan mengikut groove yang sedikit rancak.
Redza pula terlopong! Suara merdu dan manis sungguh sedap kedengaran di telinganya. Apatah lagi di telinga pengunjung pub yang lain.

Kedua-dua tapak tangan Widya menyentuh dada sebentar dan kemudian sebelah tangannya dihalakan kepada Redza yang pegun di bar. Mata mereka bertentangan dan Redza merenungnya tajam. Dalam hati Widya cubaa menafsir, apa perasaan Redza ketika ini.

Bara... ba! ba ! bara... ba! ba! ba........

Nampaknya semua pengunjung terus terhibur dengan persembahan Widya sehinggalah muzik berhenti.
Widya menunduk seiring dengan siulan dan tepukkan. Louisa Rafael tadi mendekati Widya lalu membisik sesuatu.

"Nice one. You did a great job!"

"Thank you." Mereka berlaga pipi dan Louisa membuat pengumuman yang band akan berehat sebentar.
Perlahan-lahan Widya bergerak ke bar semula. Dia perasan banyak mata sedang merenung langkahnya mendapatkan Redza.

Senyum Redza melebar sampai ke teliga apabila Widya terus masuk ke dalam rangkulannya. Tubuh langsing Widya dia peluk erat.
"What a beautiful voice you have."

"You like it?" Widya gembira Redza memujinya.

"Of course I like it, honey. I never know that you can sing too." Kerana terlalu teruja Widya menujukan sebuah lagu untuknya, tidak sedar bibirnya menjamah bibir Widya dalam keriuhan orang ramai. Tak pedulilah para pengunjung yang menyaksikan adengan kurang sopan mereka. Rata-rata sudah tahu, Redza Naufal dan Widya Willis pasangan yang sedang hangat bercinta.

"What the hell are you doing?" satu suara parau yang sedang betul-betul marah kedengaran.

Serentak itu, bahu Redza ditolak kasar senhingga terlepas tautan bibirnya di bibir Widya. Bersambung pula dengan satu layangan penumbuk hinggap di tepi hidung mancungnya. Terpaling Redza ke tepi.

"Aaaaa.... Redza!!!" Jeritan nyaring Widya kedengaran. Terus saja hingar-bingar tadi terhenti dengan sendirinya. Semua mata terarah ke bar.
Widya menoleh kepada lelaki yang tiba-tiba saja datang menyerang tanpa usul-periksa.

Ternganga mulutnya. Matanya juga terbuka besar.
"Oh my god!" bibirnya menutur perlahan. Lemah segala sendinya.

ESCORTWhere stories live. Discover now