Part 20

11K 272 0
                                    

Entah pukul berapa mereka terlelap. Sedar-sedar hari sudah terang di luar. Widya yang dulu terjaga dan mendapati dia berada di dalam rangkulan kemas Redza, berkongsi selimut tebal.

Redza benar-benar menunaikan janjinya. Pakaian ditubuh Redza masih lengkap. Tiada satu pun yang tertanggal hingga ke pagi.

Berhati-hati Widya alihkan tangan Redza, bimbang Redza terjaga. Otaknya ligat berfikir. Hari ini, hari apa?
Oh! Khamis! Mujurlah dia tak perlu tergesa-gesa ke Galeri hari ini. Hari Jumaat barulah gilirannya bertugas.

Kembali ke bilik tetamu, Widya mandi dan bersiap untuk keluar. Cukuplah dua malam saja dia tidur di rumah besar ini. Rumahnya di Setia Impian sedang menunggu. Kanvas lukisannya juga sedang menunggunya. Dia sudah rindu akan bau cat acrilic.

Sebelum pergi, dia ke bilik TV semula. Redza masih berdengkur halus.
"Redza....." Widya menunduk. Bibirnya dilabuhkan ke bibir Redza. Mengucupnya sekilas.

Bau wangi haruman lavender shower gel yang terbias dari tubuh Widya, membangunkan Redza. Kelopak matanya terangkat.

"Smell good," senyum Redza. Apa tak senyumnya. Pagi-pagi lagi sudah dapat ciuman. Widya sudah pandai menyesuaikan diri ketika berada di sampingnya. Hanya 2 malam, sudah mampu menghilangkan sifat malu Widya.

"Morning! Er... I just stop by to say bye-bye,"

"What? Are you leaving now?"

"Yeah. And you...... tak perlu ke pejabat ke?"

"Don't worry about me. But do you really have to? At least, stay for breakfast?"

"No thanks. I miss my paintings."

"Widya...." Redza menahan. Dia turut bangun dari katil. Berat sungguh hatinya mahu melepaskan gadis cantik ini.

"Come back to me, will you?" pipi Widya, Redza sentuh.

"Oh, regarding your contract deal. Bagi I masa untuk fikir. One week, I hope you tak ganggu I dalam masa seminggu ini. I need to settle down few things before I make any decision."

"One week, good enough for me."

"Bye Tengku Redza Naufal. Take care." Jari-jemari Widya cuba mengalihkan tapak tangan Redza di pipinya.

Redza gelengkan kepalanya.
"Can I have one good bye kiss before you leave?"

"No you can't. You belum gosok gigi!" larang Widya dan cepat-cepat dia berundur. Bergegas keluar dari bilik TV.

"Widya!!!!" jerit Redza lantang.

Widya galak ketawa dan tubuhnya sudahpun berada di separuh anak tangga menuju ke aras bawah.

ESCORTWhere stories live. Discover now