"Wanna test your baby on the road?"
"I baru je balik dari Tesco. Bagi I masuk rumah dulu simpan barang-barang yang I beli ni?" plastik di lantai simen, Widya pungut kembali. Hampir terlupa dia lepaskan barangan yang dijinjing ke lantai akibat teruja mahu memeluk Redza tadi.
"You tak nak masuk dulu?" pelawa Widya. Takkanlah mahu suruh Redza menunggu diluar dalam remang petang yang masih membahang.
"Boleh juga." Redza mencapai plastik di tangan Widya lalu mengikuti belakang gadis itu memasuki rumah.
Fiqri yang masih merenung tingkah-laku kedua-duanya akhirnya menghidupkan enjin kereta semula setelah pintu rumah Widya ditutup rapat. Dadanya diserang sebu.
Kau dah terlajak jauh, Wid! Aku dah tak boleh selamatkan kau lagi. Maafkan aku, Wid!
Lalu, dia meninggalkan rumah Widya dengan dada penuh rasa terkilan.
@@@@@@Bersiar-siar sekitar Bandaraya Shah Alam dengan kereta barunya, susah Widya hendak gambarkan perasaannya sekarang. Happy, rasa dihargai dan yang paling utama rasa cintanya terhadap Redza bertambah kuat. Walaupun hanya dua bulan saja dia mampu berada di langit cinta. Biarlah kasih yang disemai hanya untuk sementara, dia harus menerima takdir yang Redza tak akan dia miliki untuk selamanya.
"Turn left," arah Redza.
"Left, why?"
"Ikut je apa yang I cakap." Serius Redza menjawab. Tak berapa senang bila Widya banyak bertanya.
Widya ketap bibir tapi dia pulas juga stereng ke kiri. Jalannya lurus melalui kawasan perumahan yang tak pernah Widya lewati.
"Kita nak ke mana?"
"Drive until end of the road, then turn left again."
"Redza..... tolonglah beritahu. Kita nak ke mana?"
"Party," sepatah Redza membalas.
Party lagi? Di hari bekerja ini ada lagi majlis? Pelik betul kehidupan manusia-manusia yang banyak duit ini.
"Party buih ke?" bersahaja mengusik memandangkan Redza sangatlah kejung sekarang ini. Di rumahnya tadi, berlainan betul watak Redza. Sempat jugalah dia dan Redza 'ringan-ringan' selepas dia mandi. Hampir saja dia menarik tali pinggang di seluar Redza tetapi Redza menepis tangannya.
Tak suka betul!
Redza yang menggodanya, Redza juga yang menolak untuk pergi lebih jauh."You ada terasa nak buat ke?"
"Buat apa?" terlayang fikirannya hingga terlupa pada soalannya seketika tadi.
"Okey, slow down. You nampak kereta I tu. Berhenti belakang my car."
"Kenapa kereta you ada dekat sini?" Widya bertanya lagi. Banyak sangat kejutan yang dia dalam sehari. Ini... rumah siapa pula? Kata Redza, mahu ke party. Tapi... tak nampak banyak kereta pun? Betul ke tidak, ada party ni?
Handbrake, Widya tarik tapi dia tidak segera mematikan enjin kereta. Kepalanya di paling ke sebelah, memandang wajah Redza.
"Siapa yang hantar you balik tadi?" lain yang Widya tanya, soalan lain pula yang Redza usulkan. Ada riak cemburu di situ.
"Kawan lama I. Fiqri."
"Macam pernah dengar nama tu. Ooo.. budak muda yang masuk paper sekali dengan you tempohari? Boleh tahan orangnya."
"Yes, dari kecil kami berkawan. Dia, student my late mum juga."
"Hopefully he wasn't had feeling for you,"
"Actually..... he had, but....." Widya telan liur. Rasa gusar mahu menerangkan. Sudahlah Redza pernah beri amaran yang dia tidak suka berebutkan Widya dengan lelaki lain.
"But..." Redza mengulangi patah terakhir yang Widya ucapkan.
"He confessed selepas kita balik dari Cameron. After we made love for the very first time."
"So, Fiqri tahu you dah tidur dengan I?"
Widya angguk lemah. Malam itu jugalah mereka bertengkar hebat sehinggakan dia sangka Fiqri akan memusuhinya.
"Good! Normally guy macam dia tak boleh terima gadis yang dah tak virgin. You, milik I dan I tak akan biarkan siapa-siapa cintakan you selain dari I."
"I tahu. You pernah cakap the same thing before."
Redza senyum. Kepala Widya, Redza sauk dekat kepadanya. Hujung kening Widya, Redza kucup.
"Your turn now jawab soalan I. Rumah siapa ni? Dan kenapa kereta you ada kat depan tu?"
"Rumah I."
"Your house? Party apa dekat dalam sana? Tak nampak siapa-siapa pun yang datang?"
"Come, let's go in. Jacuzzi dah menunggu. Ada party buih macam you nak. Just for few couples."
Redza lebih dulu menarik picu pintu kereta.Hampir ternganga Widya di tempat duduknya. Tergamam!
Biar betul Redza ni? Ada gangbang ke? Isyhhh! Tak mungkinlah Redza sanggup buat macam tu?Widya tersentak apabila cermin kereta di sisinya, Redza ketuk.
Dengan dada diamuk pelbagai rasa, dia menekan punat enjin automatik sesudah melepaskan seat belt."Kenapa sejuk tangan you, takut ke?" saat Redza menyentuh tangan Widya dia dapat rasakan kelaianan genggaman Widya.
Dia ketawa dalam hati. Mesti Widya kecut perut sekarang."Sikit," jawabnya dengan jujur.
"Betul ke ada party buih?" tanya Widya sekali lagi.
"You will find out yourself," panjang senyuman Redza.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...