Part 7

11K 301 13
                                    


WIDYA hairan bila Redza masuk ke perkarangan hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

"Kita nak buat apa dekat sini?" berkerut dahi Widya. Mentang-mentanglah dia ada berkata dia sanggup melakukan apa saja kerja untuk mendapatkan duit, terus Redza berniat membawanya ke hotel?

"Lunch,"

"Lunch?" dia ulang semula sepotong ayat yang terbit dari bibir Redza.

"Yes..we gonna have buffet lunch here. You juga kata nak makan nasi. Apa? You fikir I nak heret you ke bilik hotel?" Redza dapat merasakan Widya berfikiran kurang enak, tadi.

"No... saya tanya je. Sebab... tak pernah lagi saya makan tengahari kat tempat mahal macam ni. Makan dekat warung tepi jalan, saya rasa lagi berbaloi dengan harganya."

"Ada I mintak you bayarkan ke?" Redza yang lebih dulu keluar lalu memberikan kunci keretanya kepada seorang jokey. Hendak tak hendak Widya juga turunkan kakinya melepasi pintu kereta mahal milik Redza.

"Come!" tapak tangan, Redza tadahkan meminta Widya meletakkan jemarinya di situ.

Widya akur lalu membiarkan Redza menggenggam tangannya dengan erat. Bak pasangan kekasih mereka beriringan ke Royale Songket Restaurant.

Perut yang sememangnya lapar, Widya makan tanpa fikirkan diet yang seimbang. Dah ada insan yang baik hati mahu membelanjanya makan, dia pulun selagi yang boleh. Lantaklah kalau Redza terperanjat dengan dirinya yang lahap.

Apa saja dia nampak, amatlah menyelerakan. Semua yang terhidang di meja buffet, dia mahu merasainya kalau boleh. Akhirnya, Widya tersandar kekenyangan.

"Dah cukup kenyang?"

"Yes... thank you very much, Redza. Awak sangat baik hati."

"You should aware something, dear. Setiap kebaikan, pasti ada balasannya."

"What do you mean?" susah untuk Widya menangkap maksud akan kata-kata Redza.

"Dah lama I tak beli baju baru. I nak you temankan I shopping hari ni. Jom...." Redza berdiri lalu tarik tangan Widya selepas waiter menyerahkan kad kredit dan resit bayaran.

"Tapi Redza... petang nanti saya ada art class."

"What time?"

"Six,"

"Should not be a problem," Redza buka pintu kereta untuk Widya dan sekali lagi, Widya harus akur dengan kehendak Redza.

@@@@


Redza memandu kembali ke Setia Alam dan membawa Widya ke Setia City Mall. Jakun sekejap Widya. Ialah, kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. Kalau hendak shopping pakaian pun,yang paling dia mampu ke SACC mall sajalah, banyak jualan murah. Tengok outlet di sini, maunya berbintang-bintang biji mata Widya.

Yang pelik, tangannya tak lepas dalam genggaman Redza. Apa kena Redza ni? Takut sangat dia larikan diri agaknya. Kalau dia laripun, dia nak balik dengan apa? Naik teksi? Huh! Membazir saja.

Apa saja yang Redza pilih dengan bantuan sales assistant di Butik Charles & Keith, Widya perhatikan saja sambil menompang dagu

"Dear, yang ni okey tak?" tanya Redza.

Widya senyum senget. 'Dear' lagi?
Ibu jari kanannya dinaikkan. Tanda bersetuju saja dengan pilihan Redza.

Sales assistant menyapu belakang bahu kot yang dipakai Redza. Kacak sekali lelaki ini. Dia mengintai pula gadis tinggi dan ramping yang sedang duduk di sofa. Sungguh cantik dan kelihatan sangat-sangat muda. Mereka adik-beradik kah? Cara renungan lelaki ini pada gadis itu, bagaikan ada sesuatu di antara mereka.

ESCORTWhere stories live. Discover now