Tergesa-gesa Fiqri cuba mengejar Widya yang sudah jauh meninggalkan pintu gerbang Galeri Shah Alam. Sejak pertengkaran semalam dan sejak pengakuan cintanya, gadis itu seolah-olah cuba menghindar darinya
"Widdd!!" laung Fiqri. Ketika itu Widya sudah pun membuka pintu keretanya.
Widya berpaling. Tak jadi dia masuk ke dalam Vivanya.
"Ada apa Fiq? Aku ada banyak urusan nak buat ni." Dia bukan berbohong. Semalam dia menguruskan pembayaran bil-bil yang melambak dan hari ini dia mahu ke bank bagi menyimpan baki wang bayaran lukisan yang sudah dibeli Redza. Termasuk mahu menyelsaikan upah membaiki Vivanya di bengkel Yusman.
Fiqri renung wajah Widya tajam hingga gadis itu rasa tidak senang.
"Encik Baha bagitau kau dah berhenti kerja. Betul ke?"
"Ya. Hari ni last day aku. Aku... sah dapat offer kerja dekat tempat lain."
"Kerja dengan siapa? Dengan buyer lukisan kau?"
"Maaf, aku tak boleh bagitahu. Semalam aku dah cakap kan? Tolong jangan campur hal peribadai aku. Kau, bukan abang aku, bukan penjaga aku." Fiqri ni, tak reti bahasa ke?
"Aku tak sangka kau mata duitan. Materialistik!" Fiqri menyelar.
"Cakap lah kau nak cakap apa pun. Ya... aku perlukan duit yang banyak untuk survive. Aku tak macam kau, masih ada family yang boleh support hidup kau. Aku... aku sebatang kara, Fiq. Kau ingat elaun bertugas kat galeri tiga kali seminggu, cukup ke?"
"Aku boleh beri semua elaun aku pada kau," Fiqri menawarkan. Dia bekerja di Galeri ini pun, sebab dia mahu bersama Widya selalu. Kalau Widya berhenti, apa maknanya?"
"Sampai bila? Sampai papa kau suruh kau kerja dekat kompeni dia dan aku terkontang-kanting sendirian? Dahlah Fiq! Aku malas nak bertekak dengan kau lagi. Apa-apa pun, aku tetap kawan kau sampai bila-bila."
Pintu kereta, Widya buka seluasnya dan meloloskan diri ke dalam.
"Widd!!!" Fiqri ketuk cermin kereta Widya.
"Aku nak baliklah Fiq. Malam nanti, kau call aku." Widya bertegas. Sekarang bukan lah waktu yang sesuai untuk mereka bertegang urat. Lebih baik dia dahulukan apa yang perlu dia selesaikan hari ini.
Kereta kecilnya, Widya undur dari petak parkir. Dalam hati sangat berharap agar Fiqri tidak mendesaknya tentang kerja yang ditawarkan Tengku Redza Naufal.
@@@@@
Dia sudah berada di depan ruang mesin ATM tapi tidak beratur di dalam barisan yang menunggu. Sekejap-sekejap telefon yang berada dalam genggamannya, Widya belek. Ishhh!! Kenapa Yusman ni tak reti-reti nak jawab watsapp dari dia? Dari pagi Widya sudah meminta nombor akaun Maybank Yusman, tapi hanya tanda dua blue tick tertera.
Kalau dia beratur dulu untuk depositkan baki lebihan semalam, buang masa pula. Nanti kena beratur sekali lagi.
Isyhhh!!Akhirnya, dia keluar dari ruang kaca ATM kiosk. Bil yang berlipat tertera nombor workshop dan juga nombor handphone Yusman, Widya tarik keluar pursenya. Handphone mahal pemberian Redza, Widya skrin kacanya.
"Hello!" suara di sana kedengaran.
Widya lega. Nak juga Yusman menjawab panggilannya.
"Hello.... Abang Yusman, Widya ni. Ingat lagi tak?"Widya? Jap... oh, yang dengan Redza malam tu?"
"Ha... ingat pun! Abang tak tengok watsapp ke? Dari pagi saya tunggu nombor akaun abang. Saya nak bayar baki repair Viva saya."
"Viva? La.... Redza dah settle semua sekali. Dia tak bagitau Widya ke?"
"Betul ke Redza dah bayarkan?" Widya termanggu-manggu.
"Takkan abang nak tipu pulak?"
"Tak apalah kalau macam tu. Nanti Widya tanya Redza."
"Okey girl. Kalau ada apa-apa problem lagi dengan kereta Widya, call aje abang,"
"Thank you abang. Bye!" talian, Widya putuskan. Dia masuk semula ke ruang ATM dan deposit duit tunai ke dalam akaun peribadinya. Ada aje perkara yang Redza buat tanpa berbincang dengannya dulu. Widya mengeluh geram di dalam hati.
Sebaik saja dia rebahkan kepala ke tilam, baru Widya teringat tentang hutang repair Vivanya. Elok-elok dia mahu menyelesaikan baki yang belum dia lunaskan, kini dah merebak kepada hutang lain. Hutang pada Redza! Jadi, apa guna Redza Naufal membayar dia sejumlah wang lagi? Lebih baik diberikan bakinya sahaja.
"Hello..." melompat Redza mendapat panggilan dari Widya. Baru sehari berpisah, Widya sudah mahu memberi jawapan tentang tawarannya? Bagaimana dengan tempoh seminggu seperti yang dijanjikan?
"Redza... kenapa you bayar semua kos repair kereta I?"
Terngadah Redza sebentar. Oh! Salah tanggapan rupanya dia.
"I fikir, you tak sabar nak kerja dengan I.""I'm talking about my car, Redza." Tegang suara Widya.
"Yeah. Listen here. Yusman tu, kerja sendiri. Barang-barang spare parts, semua dia kena beli dulu sebelum dapat payment. Cuba you fikir, kalau sepuluh pelanggan macam you, yang bayar tak sampai half dari hari harga repair, macamana owner workshop nak cari makan? Jadi... sebagai kawan, I bayarkanlah,"
Terdiam Widya seketika. Betul juga kata Redza. Tapi nak buat macam mana? memang masa tu, dia tengah kering betul.
"Now what? I pulak yang berhutang dengan you?" hilang marah tadi, lain pula yang Widya persoalkan."Well my dear..... I rasa, sampai bila-bila pun you tak boleh lari dari I."
"I ada duit, I promise I akan bayar you semula." Sungguh-sungguh Widya membuat janji.
"You can keep that money. Anggap saja, you dah terima kerja yang I tawarkan. See you next week, Widya. Be my guest at 8.00pm. My house."
"Redza..... I need...." Widya mengeluh kerana dia belum habis bercakap, Redza sudahpun tiada di talian sana. Bika dia cuba mendail semula nombor Redza, terus masuk ke voicemail.
Arghhhh!!!!
Widya menumbuk-numbuk bantalnya dengan geram.
'I hate you, Redza!' dia melaung sekuat hati tapi malangnya tiada siapa yang sudi mendengar.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...