Part 98

3.9K 106 0
                                    


Redza bangkit dari sofa dan mendaki tangga ke biliknya. Casa Suria ketika ini masih sunyi kerana anak-anaknya masih berada di rumah keluarga Tengku Atiqah. Pinta bonda saudaranya, mahu Rara dan Raiqal barang sehari-dua lagi di rumah mereka.

Baru sejam tadi, Budriz dan Naim menghantar BMW 530e hitamnya ke sini. Jenama kereta yang diminati Redza sejak dulu, dan dia tak terasa bermewah dengan jenama yang lebih gak. Dia juga amat terkilan kerana Widya sudahpun menukar BMW 118iM hatchback yang pernah dihadiahkan dulu kepada Honda HRV.

Dari hiasan dalam unit Trefoil Service Apartment dan selepas itu kereta yang dipandu Widya, semuanya sudah ditukar ganti. Sama juga dengan Widya yang sudah punya pilihan lain.

Alexander Mirza Pratama yang juga anak kacukan Indonesia-Belanda. Pastinya Wildan Wilson yang padankan mereka berdua kerena mereka serumpun. Atau mungkin bapa saudara Widya itu tak mahu anak saudaranya bertukar agama apabila berkahwin dengan lelaki Melayu?

Berada dalam kamar mandi yang sangat besar, Redza merenung tubuh tanpa seurat benang di cermin tinggi. Tubuh sasanya jadi habuan mata sendiri. Dia tersenyum lagi terkenangkan rengekan Widya yang mengadu tubuhnya semakin berat sekarang.

Kerapkali dia ke gym dan membina otot-otot baru dan kini tubuhnya lebih tegap dari dulu. Lain pula dengan Widya. Dua tahun berpisah, bila berpeluang mendekati Widya semula, dia dapati tubuh Widya bertambah susut.

Kemungkinan Widya sengaja menyibukkan diri dengan lukisan bagi melupakan kesedihannya?

'Apa yang sudah aku buat? Sebab itukah Widya tak mahu menerima cintanya kembali?'

Dalam tak sedar, dia mendengus kasar sebelum penumbuknya hinggap di cermin kaca. Serpihan kaca berderai dan ada sebahagiannya jatuh di kaki sendiri. Tangannya berlumuran darah. Kesakitan langsung tidak dirasai Redza. Di kepalanya, dia sedar besar luka di tangannya. Tetapi, luka fizikal seribu kali lebih baik dari luka emosi.

Darah yang mengalir di celah jari seolah payah untuk berhenti dan menitis ke lantai berwarna krim. Redza mencucuri tangannya melalui air separa hangat di pili sinki. Tuala muka digantungan, Redza lilit menutupi lukanya. Tak jadi dia mandi memandangkan lantai bilik air dipenuhi dengan kaca.

Tuala besar pula dia capai dan membalut tubuh sendiri di bawah pinggang hingga ke betis.


#########

Casa Suria sudah ada di depan mata. Widya hela nafas. Setelah dua tahun, baru sekarang dia gagahkan diri untuk mampir ke banglo mewah ini. Kalau tidak kerana lukisan bot Catamaran 'Princess 65', kemungkinan besar dia bakal hindarkan Casa Suria terus dari hidupnya.

Loceng pintu dibunyikan dan muncul Yazid dengan riak yang sungguh terkejut.

"Cik Widya?"

"Yes I am. Yazid, Tuan Redza ada?"

Senyuman manis Yazid lemparkan. Serasakan tak percaya yang Cik Widya ini masih tak lupa akan namanya.

"Tuan ada di biliknya."

"I ada bawa paintings untuk Tuan Redza, Boleh you tolong bawa masuk?" Widya hulurkan kunci keretanya dan Yazid mengangguk. Kunci HRV milik Widya bertukar tangan.

"I naik jumpa Tuan sekarang. Thanks, Yazid." Tanpa lengah, Widya melalui ruang tamu besar bersiling tinggi ke tangga. Segalanya masih sama seperti 2 tahun dulu. Tak bertukar langsung susur-atur perabutnya. Pasti Yazid dan pembantu banglo ini menjaganya dengan baik.

Dua aras Widya mendaki tangga, bunyi kaca berserakkan kedengaran begitu kuat dari dalam bilik besar Redza. Ketika itu, jari-jemari Widya baru mahu mengetuk pintu dan terperanjat besar dia.

Lantas, bertalu-talu dia mengetuk pintu dengan hati yang cemas. Apa yang sudah berlaku di dalam sana?

Mata Redza teralih ke pintu apabila bunyi ketukan bertambah kuat. Cermin kaca yang pecah, mungkin kedengaran sampai ke luar hinggakan Yazid datang untuk bertanya.

"All right, all right!" Redza melaung, mengiringi langkah kakinya ke pintu. Memulas tombol dan menguak daun pintu dengan kasar.

"Yazid, I don't need –,"

Widya terus menerpa, memeluk Redza erat lalu mendongak. Kakinya dijingkitkan. Bibir Redza yang setiap saat diidamkan, Widya lumati penuh perasaan.

Bagaikan anak muda yang baru belajar bercinta, ghairah Redza terus bangkit dengan aksi terlebih Widya. Widya yang begitu dingin sejak dia kembali ke daerah ini tiba-tiba saja berubah laku. Hantu apa yang sudah merasuk?

Pintu bilik, Redza sekadar tendang dengan kakinya dan ianya tertutup rapat. Dengan tenaga yang ada, dia angkat tubuh Widya sehingga kaki Widya terapung ke udara. Redza mengundur ke katil lalu menjatuhkan belakang tubuhnya ke tilam dan Widya terbaring di dadanya.

"Wait!" Widya ambil nafas selepas tautan bibir mereka terlepas. "I nak tanya you something," Matanya menangkap tangan kanan Redza yang berbalut dengan tuala. Ada kesan tompok darah merah juga di situ.

"Tangan you luka. Apa dah jadi?" susasana romantis tadi tiba-tiba bertukar corak. Widya mencerlung geram.

"Don't worry about it," Redza membalas, lalu mengucup leher jinjang Widya.

Widya larikan kepala lalu menarik pergelangan tangan Redza. Membeleknya depan dan belakang.

"Did you get into a fight?"

Redza kerut dahi. Pastinya Widya tak akan puas hati jika dia tak menjawab dengan jujur. Itulah perangai Widya. Suka buat dia terangsang, kemudian boleh alihkan cerita hingga menjadi gaduh.

"No.... I didn't,"

"Dah tu, apa jadi? At least, you cucilah dulu luka ni." Widya mula membebel. Dia turuni katil dan bergerak ke kamar mandi. Memang dia tahu di sana terdapat kotak first-aid kit.

"I'm a grown man, Widya. Luka sikit bukan masalah besar pun!"

"I nampak kaca pecah dalam bathroom. You've must been pretty pissed off." Dia menjeling geram.

"I still am," beritahu Redza sambil mengetap bibir. Pedih juga bila antiseptik, Widya lalukan di serata lukanya. Widya melakukan kerjanya tanpa sebarang bunyi. Akhir sekali, mengunakan bandage, dia membalut kembali 3 jari Redza yang luka dengan berhati-hati.

"O.k. dah siap," senyum Widya dan mengemaskan baki alatan yang digunakan tadi dan menyimpan semula di dalam kotak putih.

Redza membelek tangannya yang kini berbalut kemas. Darah juga sudah berhenti mengalir. Dia merenung Widya yang kembali duduk di birai katil. Keinginan untuk ber'sama' Widya kembali berleluasa. Lantas pinggang Widya ditarik rapat kepadanya.

"Can we just... talk?"

"That's definately overdue." Redza membantah. Memberitahu akal 'Willy' di bawah sana tidak boleh memikirkan perkara lain. "Although, talking can wait," Redza menambah.

Widya tak berdaya buat apa-apa lagi setelah satu persatu pakaian di tubuhnya, Redza leraikan. Selepas itu, hanya kedengaran nafas berat memenuhi ruang bilik, menenggelamkan bunyi dari penghawa dingin yang terpasang.

ESCORTWhere stories live. Discover now