Part 70

3.5K 86 5
                                    


Awal pagi, Widya terjaga. Lengan Redza yang merangkul pinggangnya, Widya alihkan dengan berhati-hati. Merajuk macam manapun, malam tadi harus juga dia melayan keinginan Redza yang tak pernah kenal erti penat kalau berkaitan dengan nafsu.

Duduk di birai katil, Widya menggeliat. Membetulkan urat saraf yang terasa ketat di seluruh tubuh. Sejak Redza berkahwin, dia dapat rasa berat badan Redza semakin bertambah. Mahu tak lenguh di sana-sini?

Sungguh nikmat mandi di bawah pancuran air panas, segar sedikit tubuhnya Widya rasakan. Lekas-lekas dia bersiap dan berharap dia dapat keluar rumah sebelum Redza terjaga. Tak perlu kucupan selamat tinggal kerana hujung minggu nanti, Widya akan menemani Redza ke Phuket.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Memasuki Menara 2 Geogis Wilson Freight Management Sdn Bhd, Widya memakir kereta hitamnya di visitor parking. Jam baru menginjak ke angka 10.00 dan bahagian lobi syarikat daddy Widya ini kelihatan agak sibuk dengan para pekerja yang keluar masuk.

"Good morning," sapa Widya di depan meja penyambut tetamu.

"Morning. Can I help you miss?"

"I datang nak jumpa Iqbal. Maksud I, Encik Iqbal Hazwan."

"Nama Cik? Cik ada buat appointment ke?"

Sejenak, Widya terkelu. Kena buat appointment dulu ke? Baru dia tahu tentang protokol kerana dia tak pernah bekerja di pejabat.

"Er.... boleh tak you beritahu Encik Iqbal, I nak jumpa dia sekarang. Sekejap pun tak apa. By the way, my name is Widya. Widya Aruna Willis."

Berkerut dahi penyambut tetamu yang memakai tag nama Zaty di dadanya.

"Widya Aruna Willis? Cik ni anak arwah Mr. Willis Wilson? Adik tiri Encik Iqbal?"

Lambat-lambat Widya anggukkan kepala. "Boleh I jumpa dia sekarang?"

"Sure! Cik pergi sebelah kanan, terus naik ke tingkat lapan. Keluar dari lif, Cik terus jumpa pejabat pengurusan."

"Thank you, Zaty." Setelah merenung sekali lagi tag nama di dada penyambut tetamu di depannya, barulah Widya mengucapkan terima kasih lalu bergerak ke pintu lif.

Dengan pantas, Zaty mendail interkom pembantu peribadi Encik Iqbal untuk memaklumkan kedatangan Cik Widya.

Setelah mendapat tunjuk arah bilik pejabat abang tirinya tidak jauh dari meja P.A. Iqbal, Widya melangkah ke depan pintu dan mengetuknya perlahan.

"Come in!" Iqbal yang sudah dimaklumkan tentang Widya yang mahu berjumpa dengannya, segera dia menyuruh tetamunya masuk.

Nampak saja tubuh Widya di sebalik pintu, bergegas Iqbal mendapatkan adik tirinya. Pintu dia tutup rapat lalu meraih Widya ke dalam pelukan.

"I'm very happy to see you here. Wid apa khabar?"

Widya membalas pelukan Iqbal. 

"I'm good. Kalau tak sihat, takkanlah Wid boleh sampai kat pejabat abang ni?"

Iqbal ketawa lepas. Sangat-sangat gembira dapat berjumpa dengan Widya setelah sekian lama. Bukan dia tak boleh mencari Widya tapi Uncle Wildan berpesan tak usah ganggu Widya buat sementara waktu. Satu masa nanti, Widya yang akan datang mencari mereka. Memang betul firasat Uncle Wildan. Tiba-tiba saja Widya muncul hari ini.

"I miss you so much, adik!"

Widya telan liur. Panggilan 'adik' itu menyentuh sanubari. Sudah lama dia kehilangan 'abang' yamg pernah dia miliki satu masa dulu.

Terpejam mata Widya bila Iqbal mengucup ubun-ubunnya. Rasa.... amat disayangi.

"Sayang! Kenapa lambat sangat? Abang kata nak keluar minum dengan Dhiya - "

Tiga pasang mata saling bertatapan. Kemudian Iqbal menunduk ke wajah Widya. Barulah dia sedar yang dia masih memeluk adik tirinya. Pantas, pelukannya dileraikan.

"Dhiya.... er.. abang...." Iqbal mati kutu mahu menerangkan apa yang telah disaksikan bakal tunangnya.

"Dhiya tak sangka perangai abang macam ni,"

"Dhiya.... abang boleh explain,"

Dhiya Sorfina merengus marah. Dia tarik pintu lalu menerpa keluar. Dengan sekuat hati, daun pintu dihempaskan. Berdentum bunyinya sampaikan Widya tersentak.

Ms. Lim, PA Iqbal turut terkejut dengan bunyi dentuman itu Iqbal. Lagi dia terperanjat bila mendapati Dhiya Sorfina yang meluru meninggalkan pintu yang baru dihempaskan.

Eh! Bila Dhiya masuk? Mungkin sewaktu dia ke pantri tadi untuk membancuh minuman. Tak sempat dia memberitahu yang Iqbal ada tetamu.

"Dhiya.... tunggu!" Iqbal mengejar kekasihnya.

"Get lost!" tempik Dhiya hinggakan beberapa orang staf menjenguk dari kubikal masing-masing. Dah macam adengan dalam filem Bollywood pulak!

ESCORTWhere stories live. Discover now