Selepas mendapatkan rawatan dan dibekalkan beberapa paket ubat berserta pil penahan muntah, Redza membawa Widya pulang ke Trefoil Service Aparment.
Dalam perjalanan, sempat dia singgah ke McD membeli semangkuk bubur dan set BigMac untuk diri sendiri. Cukuplah sekadar alas perut malam ini.
Keluar dari kereta sehinggalah masuk ke bilik, Redza memapah Widya. Redza juga yang menemankannya mandi di bawah pancuran air panas, bimbang Widya bakal pitam lagi.
"Redza...."
"Ya, sayang?
"I.... lapar!" beritahunya. Dari dalam kereta Widya terbau-bau wanginya bubur McD. Redza ketawa perlahan.
"I tahu, sayang...... I pun dah lapar jugak. Mari, I ada belikan bubur untuk you. You kena habiskan, sebab sekejap lagi you kena makan ubat."
Mendengar perkataan ubat itu, Widya cemikkan muka. Dah berumur 23 tahun lebih pun, perangainya masih macam dulu. Sungguh culas mahu makan ubat.
Redza mengeleng kecil dengan telatah Widya. 'perangai macam budak-budak!' getusnya di dalam hati. Tapi... yang macam budak-budak inilah yang dia gilakan dari dulu.
Kalaulah Harraz tak ambil kesempatan ke atas kepercayaannya dulu, kemungkinan kini Widya sudah menjadi isterinya yang sah!
Agak-agaknya Widya mampu tak untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kembarnya? Melihat betapa canggungnya Widya berdepan dengan Rara dan Raiqal siang tadi, dia sendiri agak sangsi dengan keupayaan Widya. Widya anak tunggal, tidak biasa dengan kanak-kanak.
Ah! Semua itu boleh belajar. Dia sendiri pun mulanya agak kekok mendukung bayi-bayinya. Lama-kelamaan, jiwa seorang ayah itu tetap ada pada setiap lelaki yang mempunyai zuriat.
Rara dan Raiqal adalah nyawanya. Redza tak akan mampu hidup tanpa mereka.
%%%%%%%%%%%
Widya terjaga ketika jam di dinding bilik hampir menginjak ke angka 9.00 pagi. Berhati-hati dia menuruni katil dan mencapai tuala. Baru dia sedar, tubuhnya masih lengkap berbalut dengan pijama tidur dari malam tadi.
Widya hela nafas. Rasa-rasanya inilah kali pertama dia lena dalam rangkulan Redza tanpa berbuat apa-apa. Tanpa Redza melunaskan kehendaknya.
Redza tiba-tiba berkalih mengiring ke dressing table ketika Widya sudah siap berpakaian.
"You nak pergi kerja jugak ke?"
"Semalam I dah ambil cuti. Kesian Reene. Hari minggu, ramai customer. Macamana pun, I kena jenguk galeri. Raihana, dia susah sikit nak berurusan dengan customer yang suka mintak diskaun."
"Kalau macam tu, tunggu I mandi. Kita sarapan dekat mana-mana dulu, lepas tu I hantar you ke Mall. Lepas tu, I ambil grab to Casa Suria."
Widya hanya perhatikan sahaja langkah Redza ke bilik air.
"You tak nak join I mandi?"
"No thanks!" balas Widya bersama jelingan. Dia cukup faham makna pelawaan Redza. Kalau dia buat begitu, harus dia kena menyambung cuti lagi hari ini.
"O.k.," Redza tergelak. Memang sudah dapat dia agak jawapan itu, tapi tak mungkinlah dia mahu memaksa Widya seperti yang sering dia lakukan terhadap Widya 2 tahun yang lalu. Widya sudah mandi pun, dia sanggup pikul Widya ke bilik air dan pastinyalah berakhir dengan persetubuhan yang hebat.
Menunggu nasi lemak di pinggan Widya habis, Redza keluarkan Vertu dari poket seluar, menguis e-mail yang baru masuk. Widya hanya biarkan saja. Dia tahu Redza sentiasa sesibuk dengan urusan bisnes yang tak pernah habis. Mujurlah di syarikat peninggalan daddy, dia hanya pemegang saham terbanyak, tapi tak dibebankan dengan tanggung jawab pengurusan. Malahan, gaji yang diperolehi Iqbal Hazwan lebih tinggi dari pendapatan bulanan Widya memandangkan abang tirinya dan Uncle Wildan lah yang lebih banyak menaikkan nama syarikat.
Widya hanya perlu ke HQ Geogis Wilson seminggu sekali atau dipanggil jika ada mesyuarat penting dengan para pemegang saham.
Keutamaan Widya lebih kepada galeri miliknya. Minat terhadapa arts & paintings tak akan dia biarkan berkubur begitu saja. Kerana kasih sayang terhadap mendiang mummylah yang menjadi pendorong Widya untuk terus kekal dalam bidang pilihannya.
"Widya!"
"Hah?" tercantas lamunan Widya. Dia senyum segarit buat Redza yang sudah pun habiskan roti bakar sedangkan dia masih belum selesai makan.
"Termenung apa tadi?"
Widya geleng. "Entahlah! I rasa macam mimpi. Tiba-tiba I ada dua orang anak ekspres. Bukan I yang lahirkan pulak tu? Itu dikira apa? Anak tiri atau anak kandung?"
"Anak kandung. Anak-anak kita yang ditumpangkan dalam rahim orang lain."
"Anak tumpang?" Widya bertanya kembali seolah payah untuk menerima hakikat tersebut.
"Disebabkan mereka ke, you dengan Nelly bercerai?"
"Alasan utama, disebabkan mereka lah! Yang lain-lain tu.... macam biasa. Masalah kecil pun boleh jadi besar. Maklumlah, hati mana yang tak sakit bila dapat tahu yang Rara dan Raiqal bukan anak kandung dia."
"Your family macamana? Bonda you tahu ke?"
"Hurmm.... you tahulah Nelly macammana? Kalau dah mengamuk, satu dunia akan tahu."
"Apa yang jadi lepas tu? Your bonda tak marah? I tengok family Hasya, o.k. je dengan anak-anak you?"
"Anak kita, Widya. Anak kita....."
"Sorry, I..... masih belum boleh terima...."
"Kalau family Hasya boleh terima mereka, kenapa you tak boleh?"
Widya diam sejenak. Dia tak rasa dia punya jawapan untuk itu. Jam di pergelangan tangan kirinya dia kerling.
"Dah sampai masanya, I masuk kerja." Widya bangun dari kerusi selepas menghirup kesemua jus orennya. Dia mahu menunggu Redza di kereta saja.
"Widya....." tangan Widya, segera Redza capai.
"We've talked almost about everything the past hour, but we haven't talk about us."
Widya tunduk, merenung anak mata Redza yang sangat menawan itu.
"Maybe because there is no 'us'." Widya rentap tangannya yang berada dalam genggaman longgar Redza. Laju dia melangkah keluar restoran dan menunggu di tepi keretanya.
Widya dilanda seribu rasa. Inikah yang dia harapkan selama ini? Melepaskan lelaki yang dia cinta begitu saja?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...