Nak tanya tak ni? Kalau tanya, nampak sangat dia sememangnya jenis tak 'berduit'. Tak tanya kang, tiba-tiba harga major service Viva buruknya di luar kemampuan dia, masak nanti.
"Diam je, kenapa? Takut I jual you ke?" Redza senyum kecil dengan telahan gila yang Widya suarakan tadi. Ada pulak dia jual orang? Apalah sangat dengan BMW 3 series yang dia pakai ini? Ramai lagi di luar sana yang mampu beli kereta lebih mewah dari yang dimilikinya.
"Er... saya tak tanya sesuatu, boleh?"
"Shoot," lancar Redza membenarkan tanpa menunggu sesaat.
"Agak-agak you, berapa yang kawan you charge servis kereta kecik saya tu?"
"Kenapa tanya, you tak cukup duit ke?"
"Lebih kurang macam tulah. Hujung sekali sana tu, rumah saya." Tunjuk Widya. Mujurlah mereka sudah sampai. Takut juga kalau Redza bertanya lebih banyak tentang situasi kewangannya.
"Tak mengapalah, I boleh 'kawtim' dengan Yusman. Bila you dah ada duit nanti, you bayarlah." Pujuk Redza walau dia rasa agak pelik. Rumah dua tingkat yang rasanya baru siap dibina kira-kira setahun yang lalu mampu mencecah harga lebih enam ratus ribu. Dah sah-sahlah orangtua Widya boleh dikatakan orang berada juga. Takkan tak ada duit nak bayar repair kereta anak sendiri? Atau... Widya ni hanya anak pembantu rumah yang menumpang tinggal di rumah majikannya?
Hurmmm... tak mustahil kan?"Parents you tak ada dekat rumah ke? Satu kereta pun tak ada?"
"Er.. haah. Mereka tak ada. Thanks Redza, tolong hantar saya balik. Esok, jangan lupa text saya nombor akaun." Jari Widya sudah menarik picu, membuka pintu untuk keluar.
Redza mula faham akan kegugupan Widya yang malu hendak mengaku dia anak pembantu rumah. Sanggup berbohong demi menjaga status dan berlagak sebagai anak orang kaya.
"Widya...."
"Ya?" pintu yang sudah terbuka, secara automatik lampu kereta Redza menyala. Terang berderang suasana di dalamnya.
"Pipi you.... kotor."
Tak jadi Widya turunkan kaki ke tanah.
"Ye ke? Kat mana?" jarinya mahu menyapu pipi sendiri tapi cepat-cepat Redza menahan. Jari Widya dijatuhkan ke bawah semula.
"Ada minyak gris. Kalau you gosok dengan tangan, lagi tambah comot." Sehelai facial tissue, Redza tarik dari kotak dan mengelap pipi licin Widya. Selesai kerjanya, Redza masih tak puas hati selagi jarinya tak dapat menyentuh kulit mulus Widya. Dengan berani, pipi licin tanpa sebutir jerawat itu dielus perlahan.
Widya terkesima. Kali pertama seorang lelaki memperlakukan perkara seumpama ini ke atas dirinya. Terbuai dia dengan sentuhan lembut yang Redza berikan.
Mata saling berpandangan jauh menikam ke dalam anak mata. Dada Widya bagaikan dipukul gendang bertalu-talu. Perasaan apakah yang sedang melanda?
Oh! Inikah yang dinamakan CINTA PANDANG PERTAMA?"I'm usually not good in words," jari Redza terhenti di tepi bibir Widya. Menyentuh ulas yang nampak begitu ranum itu. Sungguh menghairahkan!
"I think, I kind of like you, Widya."Widya telan liur berkali-kali. Apa yang terluah dari bibir Redza tidak mampu Widya membalasnya kerana sedar dia juga sudah terbit perasaan yang sama.
Redza berikan senyum sehabis tampan melihat Widya terkesima dengan godaanya. Dia mendekatkan lagi ke wajah Widya. Nekadnya hanya satu, mahu merasai manisnya bibir asli tanpa calitan lipstik di depan matanya. Tak kiralah Widya anak pembantu rumah sekali pun!
Widya pegun. Memang dia tergoda habis dengan senyuman yang Redza hadiahkan untuknya. Langsung tak menghalang Redza menarik dagunya ke wajah lelaki tampan itu.
Baru tersentuh sedikit kulit bibirnya di bibir Widya, gadis itu tersentak. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang dia dari terus terpedaya dengan manisnya godaan lelaki yang baru dikenali beberapa jam sebelum ini.
Kepala, Widya alihkan ke belakang, membuatkan Redza begitu kecewa kerana hasratnya tidak kesampaian.
"I have to go." Widya menginjak ke sisi pintu tapi lengannya sempat digapai Redza.
"Why?" Redza tahu Widya faham dengan soalannya.
Widya geleng kepala.
"Kita baru saja kenal, Encik Redza Naufal. You pun tak tahu siapa saya. Kenapa mudah sangat suka pada saya?""I pun tak tahu kenapa I suka you. Maybe, sebab you cantik?" Redza berterus-terang saja. Buat apa berselindung kalau memang itulah kenyataannya. Dia suka pada kecantikan lebih-lebih lagi pada gadis muda seperti Widya.
"Fine... saya dah penat. Boleh saya pergi?" pintanya dengan hormat sambil menunduk ke lengan tanda meminta dilepaskan.
Redza akur lalu membiarkan Widya pergi. Setelah memastikan, Widya sudah menutup pintu pagar, barulah dia gerakkan semula keretanya.
Tak apa. Ini baru permulaan. Ada banyak peluang lagi untuk dia mendapatkan apa yang dihajatinya.'Widya! Satu hari nanti, kau akan jatuh juga dalam pelukan aku.'
Ucapnya lalu tersenyum pada diri sendiri.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...