Part 63

7.3K 232 31
                                    

Widya yang sedang tekun mencalit cat minyak di kanvas berpaling bila pembantu galeri menyeru namanya.

"Ada apa Akma?"

"Er... ada orang nak jumpa Cik Widya. Katanya kawan Cik,"

"Siapa?" Widya berfikir sejenak. Kawan yang mana pula? Kalau Fiqri atau Amira, takkanlah Akma tak kenal?

"Hello Widya," suara garau lelaki di belakang Akma mematikan lamunan Widya.

"Terima kasih Akma. You bolehlah ke depan semula."

"Sama-sama." Akma mengangguk bersama senyuman. Dia mengerling seketika kepada lelaki yang dikatakan 'kawan' pemilik Kiwi Arts Gallery ini.
Handsome sungguh! Purrrrr!
Takkan kawan saja kot? Kalau lah dia di tempat Cik Widya, dengan senang hati dia tukarkan istilah 'kawan' itu kepada 'kekasih'.
Tapi .... lelaki kacak yang pernah menjemput Widya pulang itu siapa pula?

"Harraz? Mimpi apa malam tadi, tiba-tiba je muncul?" Pallet di tangan, Widya letakkan di meja bersebelahan stand frame. Tetamu, haruslah diberi keutamaan.

"Kena ada mimpi dulu ke, baru I boleh datang jumpa you?" Harraz membalas diiringi senyuman semanis gula. Matanya tertancap pada lukisan bunga kemboja yang hampir siap. Kagum dengan bakat semulajadi yang ada pada Widya.

Jawapan Harraz mengundang tawa kecil Widya.
"Tak ada lah sampai macam tu. It just..... I wonder ke mana you menghilang,"

"I'm still around. Masih di Alampuri. Sorry, boleh tak I kidnap you untuk hari ni?"

Widya senyum senget.
"Don't tell me, Redza yang suruh you jemput I untuk dia?" Widya tak akan lupa akan trajedi di malam pernikahan dan semasa majlis resepsi Redza. Harraz hanya dijadikan 'kambing hitam' untuk menutupi hubungan gelap kereka.

"No, but I ada mintak permission Redza nak bawak you ke satu tempat."

"Where is that?"

"You akan tahu nanti. Shall we?"

"Ok... I masuk opis kejap, ambil handbag. You tunggu kat depan la. Sini bau varnish dan cat."

Harraz senyum. Dia tak kisah pun, berlama-lama dalam studio kecil ini.

♡♡♡♡♡♡♡

"Harraz, kita dah sampai mana ni?" tubuh Widya teroleng-oleng kerana terlalu banyak selekoh yang mereka redah dan Ford Ranger yang dipandu Harraz mendaki jalan yang curam. Sudahlah kiri kanan seperti berada di dalam hutan dan ada kalanya mereka lalu di lereng bukit.

"Up to Fraser Hill, ada small family gathering. Tomorrow is Hasya's birthday so dia mintak I jemput you sekali. And off course, Redza tak kisah I bawak you. If just two of us, Iainlah!" sambil berbual itu, Harraz cekap mengendalikan stereng kenderaan 4 x 4 itu.

"Esok birthday adik you? Meaning, kita kena overnight dekat atas sana? I tak bawak baju spare."

"Bukan hanya kita. The rest of the family too. You jangan risaulah. Ada banyak bilik dekat banglo family I. I don't mind you nak share bilik dengan I."

"What?" membuntang mata Widya .

"I gurau je lah! You nak kita kena pelangkung dengan bonda dan nenda I?" Harraz tergelak di hujung kata-katanya. "Actually, Yazid already packed some clothes from Casa Suria." Harraz menyambung lagi.

Widya tarik nafas lega.
"I baru je nak tanya, you dah biasa ke share a room with other girls?"

Harraz geleng dan ketawanya juga belum lagi surut. Ford Ranger kini sedang menyusuri jalan rata. Tidak lagi berliku-liku seperti waktu mendaki tadi.

"Kita dah hampir sampai. Nak tak I bawa you pusing-pusing dulu? Boleh tengok the famous clock tower."

"Boleh! I suka sight-seeing. Err... can I ask you something?"

"Go ahead,"

"You family memang anggap yang kita ni........er-" tak tahu macamana dia mahu describe perkataan yang sesuai. Pasangan kekasih? Kawan rapat?
Entahlah! Susah untuk Widya menyusun ayat.

"Loving couple, maksud you?"

"Hurmm.... lebih kurang macam tu lah," baguslah kalau Harraz faham dengan apa yang ingin dia sampaikan.

"Sejak wedding Redza, Hasya tak sudah-sudah usik I. Everytime kami jumpa, mesti dia tanya pasal you. You nak tahu kenapa?"

Widya angkat bahu. Penting ke alasan Hasya untuk dia ambil tahu?

"Sebab, I tak pernah bawa any girls ke mana-mana majlis. You are the first, you know?"

"Sebab tu aje? But, you brought me there on purpose. What do you mean I'm the first one?"

Harraz senyum saja. Dia tarik handbrake setelah memakir pacuan empat roda itu berhampiran bulatan clock tower.

"Kita jalan-jalan dulu. Malam nanti, after barbeque dinner, kita cerita panjang."

Widya angguk dan menunggu Harraz bukakan pintu untuknya.

"After you, young lady." Harraz menunduk, memberi laluan untuk Widya mendahuluinya. Bila dia menyaingi Widya di sebelah, jari-jemari Widya dipaut dan Widya tidak menolaknya.

Bagaikan pasangan yang cukup serasi mereka berdua. Harraz tegap dan tinggi, kacak sudah tentulah! Bergandingan pula dengan Widya yang cantik hinggakan beberapa orang pengunjung bukit peranginan itu menoleh dua tiga kali.

Harraz, tersenyum bangga. Alangkah bertuahnya jika Widya benar-benar menjadi miliknya?

ESCORTWhere stories live. Discover now