Part 33

8.7K 232 4
                                    

HAMPIR seminggu meninggalkan rumah, Widya terasa sungguh lega apabila kembali ke bilik sendiri. Tilam besarnya diterkam dulu. Ah! Enaknya berguling ke kanan dan kiri sesuka hati.

Memanglah katilnya ini tak sebesar katil di cleat condominium kepunyaan Redza, tapi tetap juga selesa dan empuk buat diri sendiri.
Dia memberi amaran kepada Redza agar tidak mengganggunya hari ini dan juga esok kerana dia mahu berehat sepuasnya. Telefon mahal pemberian Redza juga dimatikan. Biarlah sesiapa tak dapat menghubungi buat masa ini.
@@@@@@

Petang keesokan harinya, Widya menjinjit paper bag, menjenguk Kiwi Arts Studio yang sudah agak lama dia tinggalkan.

"Wahhh!! Lamanya adik Kak Mas ni bercuti? Pergi mana?" Kak Mas menyambut beg yang dihulurkan Widya. Dia menjenguk isinya tanpa sabar.

"Oh... Krabi. Patutlah muka dan lengan habis kena sunburn," usik Maslina bersama hati yang sedikit curiga. Widya pergi bercuti dengan siapa sebenarnya? Kalau tak silap dia, kelmarin dia nampak Fiqri di 7-e berdekatan.
Setahunya, Widya bukan jenis ramai kawan.

"Haah kak Mas. Lama berjemur dekat pulau, sampai senja."

"Eeii.. mesti Wid seronok kan? Kak Mas tak pernah ke sana,"

"Seronok tu, mestilah seronok. Tapi penat badan, boleh tahan jugak."

'Penat melayan kerakusan nafsu Redza yang lebih utama.' Tambah Widya di dalam hati.

"Kelmarin, Kak Mas jumpa Fiq dekat bawah. Bila Kak Mas tanya kenapa dia tak ikut Wid bercuti, berubah terus muka dia. Korang berdua bergaduh ke?"

Tergamam Widya dengan pertanyaan Kak Mas. Aduh! Dia beritahu Kak Maslina yang dia bercuti bersama kawan-kawannya.

"Tak adalah bergaduh. Ada salah faham sikit je. Fiq tu, macam nak kongkong Wid. Wid tak sukalah!" rungut Widya. Mudah-mudahan Kak Mas tak akan bertanya lebih lanjut tentang percutiannya ke Krabi.

"Kak Mas tak rasa yang nak mengongkong. Dia ambil berat sebab dia sayangkan Wid."

"Wid tahu Kak Mas. Tapi Wid tak selesalah. Kami bukan ada apa-apa ikatan pun. Hanya kawan."

"Mungkin Wid anggap Fiq sebagai kawan, tapi Fiq.... ada perasaan lain pada Wid."

"Maksud Kak Mas?"

"Kak Mas rasa, Fiq dah lama cintakan Wid."

"Isyhhh... mengarutlah Kak Mas! Fiq dengan Wid mana boleh bercinta?"

"Siapa kata tak boleh bercinta? Sebab Wid dan Fiq berlainan agama?"
Widya angguk perlahan.

"Kalau hati dah suka, semua perkara boleh dipermudahkan. Wid boleh peluk Islam. Ramai apa gadis bukan muslim yang berkahwin dengan lelaki Melayu."

"Bukan pasal agama je, Kak Mas. Wid.... sebenarnya Wid dah ada someone special."

"Siapa orang tu? Lelaki kaya yang hantar dress mahal untul Wid hari tu?"

Sekali lagi kepalanya Widya anggukkan.
"Memang Fiq ada luahkan perasaan dia pada Wid, Kak Mas. Tapi... dah terlambat. Sebabnya, Wid dah involved with this guy. Kami... sama-sama suka dan jatuh cinta dalam sekelip mata."

Maslina hembus nafas perlahan. Dia mula faham kini.
"Jadi.... Kak Mas boleh andaikan, Wid bercuti ke Krabi tu, lelaki tu yang bawak? Apa nama dia?" ingin juga Maslina ambil tahu.

"Tengku Redza Naufal."

"Lelaki Melayu?" Maslina beristighfar di dalam hati. Jika Widya menghilang bersama lelaki bukan Melayu, tidur sebilik dengan pasangannya itu tak adalah dia kesalkan sangat. Ini..... lelaki Islam yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, sudah terang-terang membawa Widya ke lembah kemaksiatan.

ESCORTWhere stories live. Discover now