BAGI meredakan otak yang sarat tentang berita yang baru dia perolehi dari Harraz, Widya menghadap kanvas lukisannya hingga ke malam. Telefon bimbit pemberian Redza juga dimatikan. Dia tak mahu mendengar suara Redza apalagi mahu bercakap dengan lelaki itu. Hatinya sakit. Kalau dari awal dia tahu yang Redza sudah ada tunang, tidak sesekali dia biarkan dirinya terjebak dalam kemelut yang sebegini hebat.
Jam melewati 12.00 malam, Widya berhenti dan mengemaskan pallete warna dan mencuci berus lukisannya. Dalam keletihan, dia panjat tangga dan terus hempaskan tubuhnya le katil.
Rasanya baru sekejap dia tidur, pagi sudah menjelma semula. Widya kerling jam di meja sisi katil. Sudah 9.00 pagi. Patutlah dia terjaga dan perutnya pedih sebab malam sebelumnya dia lupa makan.
Usai mandi dan memakai pakaian santai, dia mencapai kunci kereta. Bila pintu pagar dia buka, barulah dia perasan BMW hitam berkilat milik Redza elok terparkir di belakang Vivanya.
Ah! Redza berjanji mahu menjemput dia malam nanti. Kenapa sekaramg sudah terpacak di depan rumahnya?
Redza yang sedang bersandar di pintu keretanya bergerak ke pintu pagar.
"Kenapa off handphone?" soalan itu yang mula-mula menyergah sebaik saja Widya berhadapan dengannya."Bateri kong, tak sedar." Pantas otaknya berfungsi mencari alasan.
"Dah breakfast?"
"Nak keluar cari makan lah ni. I lapar,"
"Okey, list barang-barang yang I hantar, you dah beli semuanya?"
"Almost done. Tinggal satu dua je lagi."
"Beri I kunci kereta you?"
"Untuk apa?"
"You masuk dalam rumah semula, bawa keluar semua barang yang you beli semalam, lepas tu kunci pintu. I park kereta you dalam pagar. I nak you ikut I keluar, then you tidur rumah I malam ni." Arahan tegas diberikan. Tak boleh kata tidak, Widya harus akur pada perintahnya.
Widya tayang wajah cemberut. Bibir dia ketip dengan geram seperti selalunya.
Redza makin mendekat.
"You gigit bibir tu, jangan sampai I buat kerja gila cium you sekarang." Redza memberi amaran. Amaran yang selalu buat Widya jadi tak tentu arah.Widya lepaskan gigitan bibirnya lalu berpaling ke pintu rumahnya semula. Decitan kecil terhambur keluar.
Gerammm!!!Dah alang-alang Redza mahu membawanya keluar, Widya menukar pakaian yang lebih sesuai. Jeans dan kemeja denim lengan tiga suku dia sarungkan ke tubuhnya.
Redza senyum menyambut beg-beg kertas yang Widya hulurkan kepadanya. Senyum bertambah lebar bila mendapati Widya sudah menyalin pakaian dan mengenakan solekan tipis. Rambut panjang Widya biarkan beralun di bahu, mengikut citarasa Redza.
Cantik lagi memikat! Desis hatinya.Jika diikutkan, Widya mahu terus mempersoalkan tentang status Redza sebagai tunang orang tapi dia tak mahu memanjangkan cerita. Tentu Redza akan menyoal banyak dan akan berkait dengan Harraz pula.
Ah! Boleh ke dia berpura-pura berlakon seolah-olah dia tidak tahu apa-apa?"Diam je, kenapa? Tak puas berehat ke semalam?"
"I tidur lewat, melukis."
Redza mengeleng kecil. Baru sehari balik dari Cameron Highlands, letih pun tak hilang lagi sudah mengadap lukisan.
Hurm... kalau kanvas dan juga warna-warna akrilik sudah sebati dalam diri, begitulah agaknya."Bila you nak lukis gambar I?"
"Gambar you? Sorry, potrait is not my forte. I lebih suka pada bunga. Any kind of flowers."
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...