Habis mengemas alatan melukisnya, Widya ke singki mencuci tangan yang berlumuran cat akrilik. Dia senyum puas merenung stand frame di tengah ruang. Lukisan batik bermotifkan bunga 'Exotic Orchids" yang ditempah oleh delevoper untuk hiasan di dinding rumah contoh berjaya juga dia habiskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ada 8 type rumah contoh yang sudah siap sepenuhnya dan setiap ruang tamu dan juga ruang menonton akan dihiasi lukisan batik hasil tangannya. Bermakna, ada 16 lukisan yang sudah dia siapkan dalam perlbagai variasi corak, warna dan jenis bunga.
Dari dalam studio mini miliknya, dia dapat melihat beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati lukisan yang terpamer di galeri. Ada yang datang berseorangan, ada yang bersama pasangan. Ada yang hanya menilik sebentar dan kemudiannya keluar. Ada juga bertanyakan beberapa soalan kepada pembantunya, Raihana dan pergi begitu saja.
Macam-macam ragam dan perangai. Widya faham, harga lukisan yang dipamerkan, paling murahpun, berharga RM150.00. Tak semua pelanggan yang datang mahu membazirkan wang untuk lukisan yang bukan terdiri dari barang keperluan. Maklumlah, ketika ini harga barangan mencanak naik.
Kadang-kadang kehendak itu terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada keperluan untuk meneruskan hidup.
Setelah galeri kosong, Widya menapak ke sana. Raihana senyum kepada bosnya yang masih muda dan cantik itu.
"Hari ni cuma ada dua sales je, Cik Widya." Beritahu Raihana sedikit sedih. Selalunya di hari minggu pelanggan galeri amat ramai. Paling minimum, 5 buah lukisan terjual.
"Never mind, tak ada rezeki kita hari ni. Lagipun, tengah bulan sekarang, orang tengah berjimat. Kalau you nak balik sekarang, pergilah! Dah dekat pukul tujuh ni. I pun nak balik dah kejap lagi."
"Terima kasih. Saya balik dulu,"
Widya mengangguk dan Raihana menghilang ke belakang untuk mengambil beg tangan dan seterusnya berjumpa dengan rakan-rakan sekerja di Kid's Centre bersebelahan galeri.%%%%
Widya mengunci pintu kaca dan berpaling untuk ke pejabat kecilnya. Seketika, langkah kakinya terhenti di depan lukisan pemandangan bot Catamaran 'Princess 65' yang Redza telah menawarkan sekali ganda daripada harga yang ditampalkan di bawah bingkai gambar.
Widya hela nafas. Kenangan bercuti kali pertama ke Krabi bersama Redza, tak mungkin lupus dalam ingatannya. Di atas bot pelayaran mewah inilah dia mendengar ungkapan 'I Love You' dari bibir Redza. Sungguh dia tak sangka, womanizer seperti Redza itu kenal juga erti cinta.
Dia mendail nombor pekerjanya di sebelah.
"Helmy, boleh datang galeri sekejap?"
"Boleh Cik Widya."
Muncul saja Helmy, terus saja jarinya menunding kepada frame gambar bot Catamaran yang sudah lama tergantung di dinding.
"Boleh tolong turunkan gambar ni dan bawa ke kereta I?"
"Gambar ni? Kenapa Cik Widya. Dah ada buyer ke?"
Widya mengangguk lalu tersenyum.
"Sekejap lagi I nak hantar ke rumah dia." Widya masuk ke pejabatnya dan mengemaskan barangan peribadi. Beg tangan dia capai lalu kembali semula kepada Helmy yang sudah siap membungkus frame gambar dengan kertas tebal.
"Dah siap? Jomlah!" Widya mengajak Helmy ke tempat letak kereta. Bonet belakang HRV miliknya, Widya buka luas untuk memasukkan frame besar itu."
"Thansk Helmy. Esok, I belanja you lunch, o.k.?"
"Isyhh... sikit hal je ni, Cik Widya. Tak perlulah sampai nak belanja semua."
"I ikhlas. Sebelum you keluar lunch esok, datang jumpa I,"
Helmy senyum dan kerdipkan matanya. Senang sangat dengan sikap murah hati bosnya. Dahlah cantik! Kalau dia ada abang yang masih bujang, mahu sahaja dia padankan dengan abangnya.
############
Hendak tak hendak, dia ceritakan juga apa yang telah berlaku malam tadi hingga dia nekad pulang ke Shah Alam tanpa sempat makan malam terlebih dahulu bersama keluarga Hasya.
"You'd better not let your pride get in the way of your future," Hasya membebel panjang seminit yang lalu di dalam telefon.
Redza renung refleksi wajahnya di dalam cermin hiasan besar di atas meja konsol.
"I faham maksud kata-kata you, Hasya. But I need you to mind your own business." Redza membalas dalam cuba bertenang semampu yang dia boleh. Apa yang dia rasakan saat ini, mahu membaling pasu besar di atas meja ke cermin biar ianya pecah berderai.
"Mind my own business?" Hasya meengulang semula ayat yang dilemparkan Redza. "You beruntung sebab kita semua dah keluar dari Rompin House. I rasa nak tempeleng muka you sekarang, Redza."
Redza senyum tipis. "I'm glad you mentioned that. I'll call you later," sebelum Hasya membebel lebih banyak lagi, Redza putuskan talian.
Dia kembali henyakkan tubuh ke sofa.
Arghhh! Widya Aruna Willis.
Nama itu kembali bergema di minda Redza. Masih terpenjara dalam hatinya. Tak ada gunanya dia menafikan yang dia masih menyayangi Widya tetapi sikap dingin Widya terhadapnya tetap berlanjutan walau sudah puas dia memujuk rayu dengan cara zahir mahu pun dengan hubungan intim.
Buat apa dia kembali ke sini, sebenarnya? Kan lebih elok dia teus menetap di Krabi, daerah kecil yang sangat disukainya itu? Dua tahun di sana, membesarkan kembarnya berseorangan setelah bercerai dengan Tengku Nelly Zehra.
Dia membawa diri jauh dari Widya setelah mendapat tahu Widya curang di belakangnya. Yang paling dia terkilan, lelaki itu adalah Harraz Arrian. Sepupu yang sangat dipercayai. Sungguh dia tak sangka yang Harraz memang berniat untuk meniduri Widya.
Kenapa Widya tak menolak? Atau.... sepanjang dia beri peluang untuk Harraz berbaik dengan Widya, menemani Widya di kala gadis itu kesunyian, terpercik bibit-bibit cinta antara mereka berdua?
Salah siapa sebenarnya?
Dia yang bodoh terlalu percaya dengan Harraz;
Widya yang naif, terlalu lemah dengan godaan dan pujuk raju Harraz;
Atau.... Harraz yang bijak mengambil kesempatan?
Ah! Ego lelakinya yang tak mahu mendengar setiap penjelasan Widya, nekad dia menghukum gadis itu dengan segala maki hamun. Sudah menjadi prinsipnya, dia tak akan berkongsi perempuan dengan lelaki lain.
Jadi.... yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini, apa? Dia sudah tiduri Widya lebih dari sekali. Di mana hilangnya prinsip yang dia pegang selama ini?
'Perhaps because you're still stuck on that half-breed ex-mistress of yours, Redza' – kutuk Redza buat diri sendiri.
Namun ianya tidak mencukupi. Tak cukup bagi membolehkan Widya kembali kepadanya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...