Part 32

8.7K 226 0
                                    

MALAM terakhir di Cleat Condominium setelah 4 hari menjalani pelbagai aktiviti dari snorkling, menikmati sunset di Phuket, kembali ke Krabi mandi manda di Emerald Pool, menaiki gajah di Elephany sanctuary. Siang tadi Redza membawa dia mencuba go-kart tak jauh dari Ao Nang Beach.

Sekarang ini, Redza mengupah sepasang tukang urut ke kondo bagi membetulkan segala urat sendi yang lenguh-lenguh sejak beberapa hari lepas.

Tukang urut lelaki mestilah untuk Redza dan yang perempuannya untuk Widya. Berkerut-kerut dahi Widya bila sendi lututnya dilipat sesuka hati. Gila punya sakit, hampir terjerit dia. Mujurlah Redza diurut di tengah ruang tamu, berasingan darinya. Jika tidak, pasti Redza akan mentertawakannya. Maklumlah, inilah kali pertama seumur hidup kena urut sebegini rupa.

Hummm! Apa jua aktiviti bersama Redza, boleh dikatakan kesemuanya adalah pengalaman pertama yang Widya tempohi. Termasuklah...... kehilangan permata berharga miliknya diragut lelaki kacak itu.

Tanpa sedar, Widya mengeluh perlahan.

"Sakit miss?" tiba-tiba tukang urut yang pandai berbahasa Melayu itu menanyakan Widya.

"Oh tidak! Saya fikir perkara lain."

Tukang urut Thai itu akhirnya menyudahkan urutannya lalu mengemaskan tilam nipis yang dibawanya sekali.

"Thank you so much, miss." Ucapnya sambil menunduk dengan kedua-dua tapak tangannya bertangkup. Kebiasaan bagi penduduk di situ.

Widya mengangguk.
Setelah pintu bilik ditutup rapat, dia meluru ke kamar mandi. Tidak selesa dengan tubuh yang berminyak.

Entah berapa banyak gel mandian yang dia gunakan bagi menghilangkan aroma minyak urut di badannya.
Sedang mencucur air separa panas bilasan yang terakhir, kedengaran pintu gelangsar kamar mandi dibuka. Widya memalingkan wajah ke sisi juga walau sudah pasti yang masuk itu tak lain tak bukan adalah Redza.

"Mandi tak tunggu I," separa merajuk suara Redza.

"Sorry sayang, I tak tahan bahu minyak urut lama-lama. Rasa nak muntah!" Widya buat-buat tutup hidung bila tubuh Redza makin mendekat. Segera dia mencapai botol shower gel dan menuangkan ke dada Redza.

"Bau perfume I, boleh pulak you tahan?" Redza mengusik sambil tertawa kecil.

"Perfume you lain. Bau... maskulin. Buat I tergoda. Dan..... jatuh cinta!" Mengggunakan span, tangannya tak berhenti menyabun ke serata kulit Redza hingga ke pinggang.

Sengaja dia alihkan anak matanya dari terus memaku ke bawah pinggang Redza. Widya sedar 'kepunyaan' Redza sudah 'bangun' dari kedudukan asalnya. Lekas-lekas dia alihkan badannya. Mengelus buih sabun yang wangi ke bahagian belakang Redza pula.

"Widya....." Seru Redza berlagu lembut.

"Ya?"

"Kalau hari-hari you mandikan I macam ni, kan bagus?"

"Hari-hari?"

"Yup. Balik Shah Alam esok, you pindah rumah I?"

"You mean, Casa Suria?"

"Of course lah Casa Suria. Infact, you dah ada bilik sendiri dekat sana."

"How about your future wife? Tak lama lagi you nak kahwin dengan Nelly? You nak I tinggal serumah dengan wife you? I don't think so," Widya cuci tangannya yang berlumuran buih sabun. Tak jadi dia meneruskan pekerjaannya. Tuala kecil dia balut ke kepala dan mencapai bathrobe lalu menyarungkan ke tubuhnya.

Di tengah-tengah bilik tidur, Widya biarkan rambutnya kering sendiri di bawah kipas siling. Rambut panjangnya dijaga sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu menggunakan alat pengering rambut kecuali kalau terpaksa dan mengejar masa untuk keluar.

Widya buat tak endah saja pada Redza yang sudahpun keluar dari kamar mandi. Dia mengirai rambutnya dengan jari agar cepatlah ianya kering kerana sekejap lagi mereka akan ke Marina Centrepoint untuk makan malam di The Captain's Galley Restaurant.

Sepi antara mereka.
Redza yang sudah siap berpakaian menunggu Widya di ruang tamu. Sedondon serba putih mereka berdua malam ini.

"I dah siap. Jomlah! I dah lapar," ajak Widya melihat Redza masih leka dengan telefon di tangan. Malam-malam macam ni pun, tak habis-habis dengan urusan bisnesnya.

Redza senyum sekilas lalu bangkit dari sofa. Jari-jemari Widya digapai lalu menyulamkan jarinya ke situ.

"Jangan campur-adukkan hubungan kita dengan Nelly. I tak akan bawa Nelly tinggal di banglo I." Setelah mengunci pintu rumah, dia memimpin Widya ke depan lif.

"You nak I jadi mistress you? You lupa pada contract deal kita sebelum ni? I'm your paid escort. I temankan you hanya bila diperlukan." Sambil berjalan kaki ke Marina Centrepoint, Widya membincangkan tentang hubungan mereka yang tidak nampak akan kesudahannya.

"Itu.... sebelum I jatuh cinta pada you. We fell in love for each other. Salah ke you jadi mistress I?"

"Sorry Redza. Kalau bermadu secara 'halal' dalam agama you pun, ramai isteri yang makan hati, apatah lagi 'berkongsi' kasih sayang you tanpa ikatan? I tak sanggup!"

"But.... you're in love with me."

"Cinta? Kadang-kadang bibir mudah melafazkan. Tapi untuk kekal mencinta tu..... bergantung pada keadaan juga."

"Maksud you?"

"Beri peluang untuk I selama dua bulan ni sebelum you jadi suami orang. Dua bulan untuk I mencintai you. Selepas you nikah, biarlah takdir yang menentukan."

"Are you breaking up with me?" Redza tak percaya. Payah untuk dia menerima yang tak lama lagi dia bakal kehilangan Widya.

"Not now. I said..... lepas you nikah."

"After that, you nak buat kerja apa? Jadi escort untuk lelaki lain?"

"Urmmm.... bagus juga idea you tu. Mana tahu I boleh dapat payment lebih tinggi dari yang you bayar? Kaya lah I lepas tu."

"Widya....." terhenti langkah Redza. Tak suka dengan apa yang dia dengar. Widya mahu tubuhnya diratah lelaki lain bersilih-ganti?

"Kenapa? I can choose my own life kalau you bukan lagi bos I."

"I tak benarkan you jadi pelacur."

"Apa bezanya I pada you sekarang? Escort a.k.a. 'hooker'?"

"Don't you dare to say that to me. It's better being paid rather you make love to a useless boyfriend for free. Got what I mean?"

Terdiam Widya dengan kata-kata Redza. Ada kebenarannya di situ. Sekilas dia terkenangkan kawan-kawan lamanya semasa di sekolah menengah. Berapa ramai yang seronok bercerita tentang seks dan pergaulan bebas dengan kekasih mereka? Rata-rata kawan perempuannya menyerahkan 'dara' secara rela. Atas dasar cinta!
Yang hairannya, gadis-gadis itu berbangsa Melayu, beragama Islam seperti Redza.

Dalam mengelamun itu, mereka tiba di depan restoran The Captain Galley. Redza lepaskan tangan dan menarik sebuah kerusi kayu di bahagian luar galley mempersilakan Widya duduk. Perbualan mereka sebentar tadi ditamatkan setelah seorang waiter menghampiri meja mereka.

Mungkin bakal bersambung di tempat tidur nanti.
"We will discuss the matter after dinner. Or should I say.... in our room. While your body on top of mine." Redza kenyitkan matanya.

Widya tersipu-sipu bimbang pelanggan di sebelah mencuri dengar. Mulalah dia membayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini.
Huh! Redza ni, tak tahu penat ke? Setiap malam mengulit tubuhnya tak kenal erti puas.

Tak mengapalah!
Hanya dua bulan saja lagi untuk Redza dan dia menikmati asmara cinta yang memabukkan. Hinggakan Widya juga diamuk ketagih?

Alangkah bagusnya kalau Redza jadi miliknya seorang sampai bila-bila.

ESCORTWhere stories live. Discover now