Part 38

7.2K 208 4
                                    

Pin! Pin!
Widya tersentak dari menungan panjangnya di sofa. Dia berdiri lalu mencapai sling bag berwarna hitam lalu bergerak ke pintu dan mencapai kunci rumah di tempat gantungan.

Dari dalam kereta, Redza memerhatikan setiap perilaku Widya dari dia mengunci pintu hadapan sehinggalah langkah-langkah yang diatur ke pintu pagar dan seterusnya mendekati keretanya.

Comel sangat Widya yang bergaya ringkas dengan pleated skirt separas lutut, blous t-shirt lengan panjang berwarna kelabu dan sepasang jodpur boots hita. Dilengkapi dengan seutas rantai manik berjurai di lehernya. Sesuailah dia mahu membawa Widya makan malam dan seterusnya ke pub kegemarannya untuk bersantai-santai di malam sabtu begini.

"Hai!" senyum Widya seraya mengenakan tali pinggang keselamatan setelah dia menutup pintu.

"Hai darling! You nampak comel," Redza sengetkan tubuhnya ke kiri lalu hujung kening Widya, Redza kucup Kalau boleh, dia mahu melumati bibir Widya terus akibat teramat rindu setelah lama tak berjumpa tapi dia tahankan. Pasti Widya marah jika liptik nipis di bibirnya pudar warna.

"I miss you!" Kerinduannya di zahirkan dengan kata-kata pula.

Widya ketawa. Lunak lagi manja.
"Siang tadi dah jumpa, kan? Nak rindu apa lagi?'

"Tak puas. Lepas discussion, you ada kelas dan I pulak, kena balik ke pejabat. Tak dapat nak kiss you, nak peluk you. Tonight, you tidur rumah I, okey?"

"Hurmmm.... okey!" Balas Widya diiringi senyuman yang paling manis dia hadiahkan. Dia juga sudah terlalu rindu untuk memeluk tubuh sasa Redza.

"Masih awal lagi ni. Sebelum kita ke pub, you nak makan dekat mana?"

"You yang ajak I keluar, you sajalah yang pilih."

"Western or Thai Cuisine?"

"Redza....."

Meletus tawa Redza. Mula-mula berkenalan dulu, memanglah Widya suka mencari gaduh dengannya apabila dia selalu memaksa Widya makan malam. Tapi apabila mereka sudah semakin rapat 'luar dan dalam' ini, baru dia sedar Widya bukanlah jenis yang banyak ragam. Apa saja yang dia cadangkan, Widya tak akan membantah.

Sedang menikmati makan malam, Widya cuba bangkitkan tentang tawaran Redza di Kiwi Arts Studio siang tadi.

"Redza, boleh kita discuss sikit pasal tawaran you nak melabut dalam my studio?"

Terhenti suapan Redza. Wajah cantik Widya yang hanya bersoleh tipis itu dia renung.

"Why? Is it still wondering in your head? Maslina pun sokong dengan deal kita dan dia bersungguh-sungguh suruh you terima my offer?"

"I tahu.... tapi kenapa you buat semua ni? I gave my virginity to you. Lepas tu kereta I dan sekarang, my studio pulak? Tak cukup ke lagi you nak raspas apa yang I ada?"

Redza hembus nafas perlahan.
"Ini bukan pasal rampas atau apa. I nak you, I mahukan cinta you. Bila I ajak you kahwin, you menolak sebab you fikir you masih muda. Jadi.... apa yang I buat ni, semuanya untuk mengikat you supaya you tak akan pergi dari hidup I."

"You bakal jadi suami Nelly, Redza. Suatu hari nanti, you akan ada family yang lengkap dan apa akan jadi pada I nanti?"

"Didn't you love me, Widya?" tangan Widya di atas meja, Redza ramas dengan lembut.

"Of-course I did love you. But....."

"Syhhhh... dah berapa kali I cakap, jangan sebut the word "but' or 'tapi'. Jangan degil! I kahwin atau tak dengan orang lain, you tetap milik I seorang."

Tangan Widya dilepaskan seketika. Redza keluarkan sebuah kotak baldu kecil dari kocek seluarnya.

Widya terpempam sehingga membulat anak matanya. Apa yang Redza cuba buat ini?

"I faham kalau you kata you tak bersedia lagi nak jadi isteri I. Jadi, tak salah kalau you jadi tunang I sampailah hati you terbuka untuk kahwin, kan?"

Widya tak terkata takala Redza mengacukan sebentuk cincin berlian yang sangat cantik ke jari manisnya. Entah mengapa, dia merelakan saja ikatan tidak rasmi ini termetri tanpa sebarang bantahan.

ESCORTWhere stories live. Discover now