AKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantung. Dari urusan jual-beli 2 buah lukisan, satu demi satu tawaran yang Widya terima dari Tengku Redza Naufal hingga Widya tak mampu menolak demi kelangsungan hidupnya. "Stay with me for one more night. I tambah lagi dua ribu ringgit." - Redza. "What? I bukan pelacur." - Widya. "I tak cakap you pelacur. For now, I might say escorting me. You will be my 'Escort Girl'." - Redza. Lama-kelamaan, Redza berjaya menawan Widya ke kancah asmara tanpa sempadan. Saling jatuh cinta itu memang mengasyikkan! Dalam diam, sepupu Redza juga menyintai Widya. Tapi apakan daya, hati Widya telah terikat mati oleh Redza. "I don't care about your job title. Bukan Redza sorang saja yang pasang mistress." -Tengku Harraz Arrian. "I'm not his mistress. I... 'Escort Girl' yang jatuh cinta pada lelaki yang bayar I untuk ditiduri. Pelik tak?" - Widya. Hubungan terlarang mereka, di mana nokhtahnya setelah Redza dikehendaki mengahwini Tengku Nelly Zehra? Dan apakah ada insan lain mampu mengisi kekosongan jiwa ketika seringkali dibiar sepi? 'Kerana Cinta Tak Seharusnya Memiliki Pasrahkan Pada Sang Pemilik Hati...............'