Chapter 74

25 2 0
                                    

Hari ini adalah hari bagi keluarga Syazwan dan keluarga Maya untuk pergi bercuti bersama ke Korea. Pasti pelancongan tersebut dapat memberikan kegembiraan buat masing-masing. Namun, mungkin tidak bagi Syazwan. Kepalanya asyik terfikir tentang bagaimana cara untuk dirinya berhadapan dengan Maya.

Syazwan menuruni anak tangga perlahan dengan tangannya yang menjinjing beg tarik. Dia memberhentikan langkahnya seketika di muka pintu utama rumah. Dia meletakkan bagasinya yang dipegangnya ke lantai. Jejaka itu kemudiannya menyeluk poket jaket yang di pakainya dan mengeluarkan sekotak cincin. Syazwan memandang kotak bewarna merah baldu itu dengan pandangan kosong.

"Macam mana lah aku nak lamar dia dengan keadaan aku yang macam ni." Syazwan bersuara sendirian lalu mengeluh. Puan Sofia pula muncul di belakangnya secara tiba-tiba. "Wan, kenapa ni?" Soal ibunya itu hairan. Syazwan yang sedar dengan kehadiran ibunya itu lantas memasukkan semula kotak cincin yang dipegangnya ke dalam poket jaketnya semula.

"Tidak ada apa lah ibu. Letak beg ni sekejap. Berat pula rasanya." Balas Syazwan dengan mereka-reka alasan dengan senyuman tawar yang diberikan. Puan Sofia pula hanya mengangguk faham dengan penjelasan palsu itu. Kemudian, Syazwan sambung mengangkat bagasinya keluar dari rumah. Kemudian, dia meletakkan bagasi tersebut di bonet kereta ayahnya.

Tindakannya itu pula disusuli oleh Puan Sofia. "Wan, tolong ibu angkat beg ini." Puan Masyitah bersuara sambil menghulurkan salah satu beg pakaian yang di pegangnya. Syazwan hanya menoleh ke arah ibunya dengan senyuman sebelum mengambil beg tersebut.

Setelah selesai memasukkan semua keperluan di dalam bonet kereta, Syazwan terus menutupnya dengan rapi. Puan Sofia pula sudah bercekak pinggang kerana masih tidak nampak susuk tubuh suaminya. Syazwan yang hairan dengan tindakan ibunya itu lantas menyoal. "Kenapa ibu?" Soal jejaka itu ringkas. Puan Sofia memandang seketika ke arah anaknya sebelum membalas. "Ayah kamu ni hah. Mana pula dia? Kalau terlambat susah pula nanti." Jawab wanita itu.

Tidak lama kemudian, baru kelihatan Encik Shamsul keluar dari pintu rumah. Kemudian, Encik Shamsul menarik daun pintu utama dan menguncinya. Lalu, dia menghampiri ke arah ahli keluarganya. Puan Sofia pula menjadi semakin hairan dengan suaminya yang keluar dari rumah dengan tangan kosong. "Hah, sampai pun. Abang, mana beg abang?" Soal isterinya itu.

"Saya dah suruh Syazwan angkatkan sekali tadi. Tak perlu lah risau." Balas Encik Shamsul sambil membuka kunci kereta. Puan Sofia pula hanya menganggukkan kepala tanda faham. "Awak tu bawa ke tidak tiket penerbangan kita?" Soal Encik Shamsul pula sambil membuka pintu kereta bahagian pemandu. "Eh, mesti lah saya bawa." Balas Puan Sofia ringkas.

Encik Shamsul mengalihkan pandangannya pula pada Syazwan yang sudah bersandar pada badan kereta sambil termenung. "Wan." Panggil Encik Shamsul. Syazwan lantas memalingkan wajahnya kepada Encik Shamsul. "Ya, ayah." Balasnya ringkas. "Cincin bawa tak? Ayah tak sanggup nak berulang alik kalau cincin itu tertinggal." Soal Encik Shamsul sebelum menyuarakan keluhannya.

Syazwan menjadi terdiam dengan soalan itu. Kenapa lah perlu tanya sekarang dengan keadaan kepalanya yang sedang kusut sekarang. Baginya tidak kira lah ke mana dia pergi, jadi atau tidak untuk melamar Maya, pasti sahaja dia akan membawa cincin tersebut. Puan Sofia pula lantas menepuk bahu anak lelakinya yang tidak menjawab soalan. "Wan, ayah tanya tu." Tegur ibunya.

"Ouh, ya. Wan bawa." Balas Syazwan ringkas yang baru sahaja keluar dari lamunannya. Kemudian, dia cuba untuk mengukir senyuman. "Hah, bagus lah tu. Dah, jom kita gerak." Balas Encik Shamsul spontan. Lalu, tiga beranak itu terus masuk ke dalam perut kereta. Encik Shamsul menghidupkan enjin kereta sebelum memandu kereta keluar. Selepas pintu pagar elektrik ditutup dengan betul, baru lah Encik Shamsul meneruskan pemanduannya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now