Epilog

140 2 0
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN

Suasana di kawasan lapangan terbang itu agak hiruk-pikuk dengan kehadiran pelancong dari dalam atau luar negara yang ingin meneruskan percutian. Ada juga yang baru pulang dari negara sebarang. Maklumlah, jika tibanya hari cuti umum, pasti ramai sahaja orang yang akan membanjiri lapangan terbang.

Puan Masyitah dan Encik Mazlan masih menanti seseorang di ruangan menunggu. Hari ini, sudah cukup tiga tahun anak gadisnya merantau ke luar negara untuk mengembangkan karier sebagai jurugambar. Puan Masyitah memandang ke arah sekeliling untuk memerhatikan jika susuk tubuh anaknya sudah muncul. Tidak lama kemudian, Maya yang dinanti akhirnya muncul juga. Serta-merta, kedua ibu bapanya itu terus pergi ke arah Maya.

Maya dan Liya pula baru sahaja melepasi balai berlepas sambil menolak troli yang berisi bagasi masing-masing. Setelah mereka bertembung, Maya terus memeluk ibunya dengan erat untuk melepaskan rindu. Liya yang memerhati hanya tersenyum Manis.
Selepas meleraikan pelukan, Maya bersalaman pula dengan ayahnya.  "Ibu dan ayah sihat? Maya rindu sangat pada ibu dan ayah.." Soal Maya sebelum menyampaikan rasa rindu yang sudah lama terbuku di hatinya.

"Ibu sihat. Ibu pun rindu kan kamu. Nanti balik, ibu masakkan yang sedap-sedap ya." Balas Puan Masyitah teruja. Encik Mazlan juga sekadar mengangguk menandakan dia sihat. "Okey lah, kalau macam tu. Tekak ni pun dah lama tak rasa masakan melayu." Balas Maya sebelum tergelak kecil. "Kalau Liya nak singgah pun boleh. Makan tengah hari di rumah auntie." Tambah Puan Masyitah sambil memandang ke arah Liya.

"Terima kasih, auntie. Saya pun rasa nak rehat sekejap sebelum pulang ke kampung. Dah lama tidak jumpa mak dan abah." Balas Liya dengan senyuman. Sama juga respon yang diberi oleh Puan Masyitah. "Maya, mana orangnya?" Soal Encik Mazlan secara tiba-tiba. Maya dan Liya saling berpandangan buat seketika. "Tadi ada. Dekat departure hall lagi kot." Balas Maya yang masih mencari-cari kelibat seseorang.

Tidak lama kemudian, ada seseorang menghampiri ke arah mereka berempat. "Assalamualaikum." Ucap seseorang jejaka itu dengan senyuman. "Waalaikumussalam." Jawab Encik Mazlan dan Puan Masyitah dengan senyuman. Lalu, pantas sahaja jejaka itu bersalaman dengan Encik Mazlan. "Ouh, ini lah orangnya ya." Puan Masyitah bersuara untuk mengusik anak gadisnya itu. Maya pula sekadar tersenyum malu dengan usikan ibunya itu.

"Siapa nama kamu?" Soal Encik Mazlan kepada lelaki itu. "Nama saya Haziq, uncle." Jawab jejaka itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. "Ouh, Haziq. Macam mana boleh kenal dengan anak uncle?" Balas Encik Mazlan sebelum diakhiri dengan soalan. "Saya selalu jadi partner dengan Maya time photoshoot untuk fashion week di London. Sejak itu kami mula rapat. Lagipun, saya selesa kerjasama dengan Maya. Jadi, saya buat keputusan untuk stick dengan Maya dan tak tukar dengan photographer yang lain." Balas Haziq lagi untuk menerangkan cara dia berkenalan dengan Maya.

"Amboi, ayah. Banyak betul bertanya ya. Penat nanti dia nak jawab." Celah Maya dengan gelakan kecil. Encik Mazlan turut tergelak dengan kata-kata anak gadisnya itu. "Okey lah. Jom kita gerak dulu. Nanti di rumah uncle baru kita sambung berborak lagi." Encik Mazlan memberi kata putus. Tidak sesuai pula hendak berbual di tempat yang sesak dengan orang ramai. Dengan kata-kata itu, semua yang berada di situ bersetuju dan terus berlalu keluar dari lapangan terbang tersebut. 

-------------------

"Syazwan tunggu!"

Farah masih lagi mengejar Syazwan sambil mendukung seorang bayi yang masih kecil. Bayi itu pula masih lagi tidak henti-henti menangis. Mungkin kerana tidak selesa dengan suasana yang bising disebabkan Syazwan bergaduh dengan Farah. Untuk pengetahuan, Syazwan dan Farah sudah pun berkahwin untuk tempoh masa tiga tahun.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now