Chapter 5

212 4 0
                                    

Maya masuk ke galeri seni. Tidak sabar rasanya untuk memberi gambar-gambar yang ditangkap di stadium kelmarin. Apabila pensyarah masuk ke galeri seni, kelas fotografi berjalan seperti biasa. Hari ini hari terakhir mereka di kolej sebelum keluar untuk mencari kerja atau meneruskan kerjaya sebagai photographer.

Semua pelajar itu mendapat pujian daripada pensyarah mereka. Pensyarah itu juga tidak henti-henti memberi kata-kata semangat. Selepas tamat kelas, pensyarah itu memanggil Maya. Maya lantas pergi ke arah pensyarahnya.

"Ya, prof. Ada apa?" Soal Maya. "Ermm, sebernanya saya ingatkan nak recomment kamu ke studio kawan saya. Sebab sekarang ni dia tengah cari photographer. Kamu nak tak?" Terang pensyarahnya sebelum diakhiri dengan senyuman.

Maya tersenyum seperti kerang busuk. Dia membetulkan kedudukan beg galasnya sebelum membalas. "Ermm, rasanya tak kot prof. Sebab saya nak buat business sendiri. Harap prof faham. Maaf ya." Selepas memberi respon, Maya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pensyarahnya tersenyum tanda faham. "Tidak apa. Saya faham." Balas pensyarah itu ringkas. Maya menggangguk sebelum berlalu pergi.

Maya berlalu pergi ke kafe kolej. Kelihatan Liya sedang menunggunya di situ. "Sorry late, Liya. Tadi prof jumpa aku." Maya bersuara sebelum duduk berhadapan dengan rakannya. "Tidak apa, kenapa dia nak jumpa kau?" Soal rakannya.

Maya meletakkan beg galasnya di atas meja sebelum membalas. "Dia recomment aku untuk kerja dengan kawan dia. Kebetulan pula, kawan dia tengah cari photographer." Maya menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi. Liya hanya mengangguk sebelum menyoal lagi. "Habis tu. Kata nak jadi photographer. Macam mana sekarang?"

Maya menghembus nafas seketika. "Aku rasa nak buat studio sendiri. Barulah best! Berdiri atas kaki sendiri katakan." Maya memberi pendapatnya sebelum tersenyum lebar. "Ooo. Baguslah tu. Boleh berdikari." Jawab Liya ringkas.

"Kau macam mana pula Liya? Nak kerja apa?" Soal Maya pula. "Entahlah,Maya. Aku pun tak tahu. Nak cari kerja macam malas. Tapi, kalau duduk rumah buang masa pula." Liya membalas sebelum memuncungkan bibir. "Kau kerja dengan aku jelah nanti." Maya bersuara sebelum tergelak. "Aku? Aku ni pandai buat apa je?" Soal Liya seolah-olah pasrah.

"Entahlah, aku berangan je. Tapi, kalau ada rezeki. Tak mustahil." Maya membalas dengan senyuman. Liya hanya mengangguk.

"Eh, Liya." Panggil Maya. Liya memandang rakannya sambil menjongket kening. "Bila ada game lagi?" Soal Maya dengan senyuman. "Amboi, amboi, amboi! Wey. Game hari itu baru lepas tiga hari. Kau dah kenapa?" Liya bersuara sebelum menggelengkan kepala. Maya ketawa kecil. "Relaxlah. Aku manalah tahu. Aku baru nak ambil tahu fasal bola." Maya membalas.

"Kejap. Kenapa tiba-tiba kau minat bola sepak ni? Mesti ada apa-apa." Liya cuba menduga sambil menjenggilkan mata. Maya tersenyum seketika sebelum menggeleng dan menundukkan pandangan. "Hah, aku tahu. Ni mesti sebab player nombor enam tu kan?!" Soal Liya lagi ingin kepastian sambil menunding jarinya ke arah Maya.

Serta-merta Maya mengangkat wajah dan memandang tepat ke mata Liya. "Betullah kan." Liya bersuara lagi.

Maya hanya mendiamkan diri. Kemudian, dia menongkat pipinya dan memikirkan tentang kerjaya yang bakal dia kecapi. Liya lantas menepuk meja itu. "Dah, dah. Jangan berangan. Jom balik. Ke nak pergi makan dulu?" Soal Liya. "Ermm, balik jelah. Penat." Maya membalas ringkas. "Ok jom." Balas Liya. Kemudian, mereka berdua lantas bangun dari situ dan pulang ke rumah.

--------------------------

SEMINGGU KEMUDIAN

Selepas makan malam, Maya terus masuk ke kamarnya. Dia duduk di meja belajarnya. Kemudian, dia membuka laci. Secara tidak sengaja,
dia ternampak sehelai kain key bewarna hitam pemberian Syazwan dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now