Chapter 87

62 1 0
                                    

Syazwan melangkah masuk ke dalam sebuah kafe secara paksa. Matanya pula pantas memandang ke segenap ruang untuk mencari susuk tubuh yang ingin dijumpanya. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang gadis sudah mengangkat tangan dari jauh menunjukkan isyarat. Lalu, Syazwan terus melangkah ke arah gadis itu yang berada di hujung kafe.

Syazwan cepat-cepat mengambil tempat di hadapan gadis itu. "Kenapa you nak jumpa I ni?" Soal Syazwan kepada gadis di hadapannya iaitu, Farah. Jejaka itu tidak mahu melengahkan masa. Rasa tidak selesa bila duduk berduaan dengan gadis itu. Tambahan lagi, dia sudah ada ikatan pertunangan dengan Maya. Farah yang tadi sedang menyedut minumannya itu menghentikan tindakan tersebut secara mendadak. "You tak nak order apa-apa ke dulu? Air ke?" Soal Farah secara baik.

Sengaja dia mahu berborak lama dengan Syazwan. Meskipun perkara tersebut tidaklah terlalu penting. "Tak payah lah. Just straight to the point. Kenapa you nak jumpa I?" Syazwan berdalih lagi sebelum diakhiri dengan soalan. Farah mengeluh seketika sebelum merapatkan diri ke meja. Kemudian, dia cuba pula untuk menatap mata Syazwan. Namun, jejaka itu pantas mengalihkan pandangannya.

"I dengar, you dah bertunang." Sepatah ayat keluar dari mulut Farah. Kelihatan reaksi gadis itu agak tenang buat waktu ini. Syazwan menoleh semula ke arah Farah dengan wajah hairan. Dia harus mengakuinya juga, topik perbualan yang cuba Farah kemukakan itu dapat menarik perhatiannya. "Ya, I dah bertunang. Kenapa?" Balas Syazwan ringkas. Mahu dilihat juga jawapan yang mungkin diberikan oleh Farah. Farah tersenyum tipis tatkala mendengar jawapan itu. Kali ini, dia lebih yakin kerana Syazwan sendiri yang mengakui tentang perkara tersebut.

"Congrats." Ucap Farah ringkas. Namun, Syazwan hanya mendiamkan diri. Lidahnya seakan-akan kelu apabila mendengar ucapan itu. Kali ini, gadis di hadapannya itu tidak bertindak di luar jangkaan. Malah, keadannya lebih tenang dari sebelum ini. Syazwan masih lagi tidak memberi jawapan selanjutnya memandang ke arah tempat lain. Ucapan 'Terima kasih' pun susah untuk diungkap oleh Syazwan kerana perasaan curiganya. Farah sekali lagi hanya tersenyum sambil menggaul minumannya menggunakan straw.

Situasi mereka berdua agak sunyi sekarang ini. Belum ada lagi pertelingkahan seperti sebelum ini. Farah kembali membuka mulut untuk memecahkan kesunyian. "You bertunang dengan perempuan tu?" Soal Farah sebelum menyedut minumannya. Syazwan menoleh semula ke arah Farah dengan pandangan yang tajam. Kenapa lah perlu menyoal soalan yang sudah tahu jawapannya. "Perempuan mana ni? Dalam dunia ni banyak perempuan." Balas Syazwan slumber. Sengaja dia mahu bermain tarik tali dengan gadis di hadapannya itu.

"Dengan tunang you tu lah. Si photographer tu. Tak akan lah dengan I pula kan?" Balas Farah lagi dengan sindiran di hujung ayatnya. Sempat juga dia tergelak kecil dengan sindiran tersebut. "Ouh, ya. She is my fiance. My only fiance. Kenapa? You dah sedar ke yang tiada lagi tempat untuk you dalam hati I?" Respon Syazwan. Sengaja jejaka itu menekankan nada suaranya tatkala menyebut perkataan 'my only fiance' itu. Sempat juga dia mengajuk percakapan Farah sebentar tadi. Rasa puas bila dapat melihat reaksi Farah yang mula tidak keruan.

Farah pula cuba untuk menahan amarahnya yang semakin menyala. Rasa sakit hati betul apabila Syazwan berkata sedemikian rupa. Gadis itu cepat-cepat menenangkan dirinya dan menukar riak wajah yang kelihatan tegang sebentar tadi. Tangannya pula mengusap perlahan perut di mana terletaknya bayi yang sedang dikandung. Meskipun, dia tidak mahu bayi itu ada di dalam hidupnya, tetapi dia tetap perlu menjaganya supaya tidak menerima apa-apa kesan dari tindakannya sendiri.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now