Chapter 24

80 2 0
                                    

Syazwan memakai earphone dan memasang lagu melalui aplikasi Joox. Kemudian, dia duduk di sofa. Dia mengeluh seketika sambil mendengar lagu itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi hon moto dari luar rumah. Dia terus menjengah dari sofa.

"Siapa tu Wan?" Soal Puan Sofia dari dapur. "Post laju, ibu. Kejap, ya. Syazwan tengok." Syazwan membalas sebelum keluar rumah. Selepas keluar, Syazwan terus ke pagar rumah. "Syazwan Akmal?" Soal postman itu. Syazwan terus mengangguk. "Hah, ni barangnya." Postman itu membalas sambil menghulurkan bungkusan.

Syazwan agak hairan juga. Dia tiada pula membeli apa-apa. "Sila tanda tangan kat sini." Arah postman itu sambil menghulurkan laporannya. Sewaktu dia ingin menanda tanda tangan, dia sempat membaca, isi di dalam bungkusan itu ialah 'sweater'. "Terima kasih, ya." Ucap Syazwan. "Sama-sama." Jawab postman itu sebelum berlalu pergi.

Syazwan masuk ke rumah dan duduk di sofa. "Apa tu Syazwan?" Soal Puan Sofia. "Sweater ibu. Setahu Wan, Wan tak ada pun order apa-apa." Jawab Syazwan sebelum memandang ibunya. "Betul ke alamat rumah ni?" Soal ibunya lagi ingin kepastian.

"Ya, ibu. Semua betul." Jawab Syazwan lagi. "Hah, tak apa lah. Ibu nak sambung masak ni." Balas Puan Sofia sebelum berlalu ke dapur semula. Syazwan pula memandang bungkusan itu semula. Dia terus membelet-belet bungkusan itu. Dia lantas membuka bungkusan itu dengan cermat.

Apabila Syazwan mengeluarkan isi kandungan bungkusan itu, mata lelaki itu terus terbeliak. "Eh, serious lah!" Teriak Syazwan. Kerana, di tangannya sekarang ada keluaran sweater jenama 'Nine Tee One' yang terbaru itu. Kemudian, Syazwan terus meleraikan lipatan sweater itu.

Dia tersenyum lebar tatkala melihat sweater itu. Tiba-tiba, sepucuk surat jatuh ke kakinya. Syazwan lantas mencapai surat itu. Dia membuka lipatan surat itu. Dia lantas membaca.

"Assalamualaikum, Syazwan. Hah, ni untuk awak sebagai hadiah dari saya. Tidak ada apa lagi yang saya boleh beri selain sweater ni. Lagipun, awak memang nak sweater ni kan. Harap awak suka, lagi satu lepas dapat sweater ni, call saya. Malam ni kita jumpa. Awak ambil saya. Pakai sweater ni tau!, MAYA"

Syazwan tersenyum apabila membaca surat itu. Apatah lagi apabila tahu kiriman itu daripada kekasihnya sendiri, Maya. Dia terus mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor Maya.

"Assalamualaikum, Maya." Ucap Syazwan di talian. "Waalaikumussalam." Jawab Maya di corong telefon. "Awak, terima kasih untuk sweater ni. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya suka sangat." Ucap Syazwan sambil tersenyum manis. Kedengaran Maya tergelak kecil di talian.

"Oh, tidak perlu cakap terima kasih. Ni hadiah untuk awak." Balas Maya pula. "Okey, so malam ni nak pergi mana?" Soal Syazwan. "Ermm, awak datang dulu rumah saya. Nanti saya beritahu." Balas Maya. "Oh, okey. See you later. Love you." Balas Syazwan. "Allright. Love you too." Balas Maya sebelum tergelak kecil kerana malu. Kemudian, mereka terus memutuskan panggilan.

Syazwan tersenyum lagi sebelum bersandar pada sofa sambil memeluk sweater itu. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan Maya.

-------------------

Farah memberhentikan keretanya di hujung jalan kawasan perumahan Syazwan. Kelihatan, Syazwan keluar dari rumah dengan membawa motosikalnya. Dengan itu, Farah terus mengikut motosikal Syazwan dari jauh.

Dalam 15 minit juga perjalanan. Akhirnya, mereka sampai di kawasan perumahan lain. Bagi Farah, dia tidak pernah pula pergi ke kawasan perumahan ini. Kemudian, dia perasan Syazwan memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah rumah. Jadi, Farah memberhentikan keretanya dan memerhati Syazwan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now