Chapter 25

87 3 0
                                    

Syazwan memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah Maya. Maya turun dari moto dan menanggalkan helmet di kepalanya sebelum menyerahkan semula kepada Syazwan.

Syazwan mengangkat cermin pada helmetnya. Dia mematikan enjin motosikalnya. "Maya, sorry fasal Farah tadi. Saya tak tahu pun dia ada kat situ. Maafkan saya ya." Syazwan bersuara untuk meminta maaf. Dia rasa amat bersalah dengan perbuatan Farah tadi.

Maya hanya tersenyum. "It's okey, Syazwan. Bukan salah awak. Saya faham dengan sikap Farah tu. Awak tak perlu risau." Balas Maya. "Tapi, awak pasti awak okey?" Soal Syazwan lagi kerana risau. "Ya, saya okey. Lagipun, awak pertahankan maruah saya." Balas Maya. Syazwan tersenyum walaupun senyuman itu tidak dapat dilihat.

"Okey, lah. Saya masuk dulu ya." Maya memberi kata putus. "Okey, Assalamualaikum." Ucap Syazwan sebelum menghidupkan semula enjin motosikalnya. Selepas Maya masuk ke rumah, Syazwan terus berlalu pergi.

-----------------

Farah masuk ke dalam kamarnya dan menghempas pintu dengan kasar. Dia terus mencampakkan tas tangannya ke atas katil. Dia mencampakkan bantal dan selimut yang berada di atas katilnya ke bawah sambil tidak henti-henti menyebut perkataan 'BENCI'.

Kemudian, dia menekup wajahnya menggunakan tangan. Dalam masa yang sama, pintu kamarnya di ketuk dari luar. "Farah? Farah. Kenapa ni? Okey ke?" Kedengaran suara Puan Faizah dari luar. Encik Fairul pula ada di sisi isterinya. Namun, soalan itu langsung tidak di jawab oleh Farah.

"Farah, kamu okey ke? Mommy risau ni." Puan Faizah bersuara lagi sambil mengetuk pintu. Sekali lagi, tiada jawapan yang diperolehi. Encik Fairul terus memegang bahu isterinya. "Dah lah tu. Dia perlukan masa tu." Encik Fairul bersuara.

Puan Faizah mengeluh seketika. "Esok, kalau dah reda, awak tanya dia." Pujuk Encik Fairul lagi. "Baiklah." Jawab Puan Faizah sebelum berlalu pergi dengan suaminya. Farah hanya mendiamkan diri. Sekali lagi, dia menangis. "Kenapa lah aku yang dapat semua ni." Farah bersuara sendirian.

-----------------

Syazwan dan Mukriz memecut laju menggunakan motosikal mereka di kawasan pergunungan. Kemudian, mereka berhenti di kawasan yang mempunyai pondok rehat berhampiran dengan sungai. Mereka berdua duduk di situ untuk menenangkan fikiran.

Bunyi air sungai yang mengalir itu seperti membelai perasaan Syazwan. Bunyi kicauan burung-burung di situ amat mendamaikan. Syazwan menyandarkan kepalanya di tembok pondok itu. Kemudian, dia melepaskan nafas yang berat. Mukriz yang perasan tindakan rakannya itu lantas bersuara.

"Eh, Wan kau okey tak?" Soal Mukriz. Syazwan lantas menggelengkan kepalanya sambil mengerutkan kening. "Kenapa ni? Cerita lah. Aku boleh dengar." Balas Mukriz lagi. Syazwan mengeluh seketika. "Farah." Jawab Syazwan ringkas. Mukriz lantas menggelengkan kepala mendengar nama gadis itu.

"Kenapa pula dengan dia? Buat hal lagi?" Soal Mukriz ingin kepastian. "Yalah, dia tak habis habis kacau aku lagi. Kelmarin, dia marah marah Maya. Kau ingat aku suka? Dah lah depan orang ramai." Beritahu Syazwan hingga timbul urat di dahinya. "Aduh, masalah dia tu. Kau buat apa kat dia?" Soal Mukriz lagi.

Syazwan memandang sekeliling sambil menghembus nafas. Kemudian, dia membalas. "Aku lempang dia. Sebab dia cuba buka tudung Maya. Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh tak tahan sabar." Syazwan membalas sambil memandang bawah dan menggelengkan kepala.

Mukriz lantas menepuk dahinya. "Dia dah melampau sangat tu. Tapi, bagus juga kau buat macam tu. Biar dia serik." Balas Mukriz sebelum tergelak kecil. Syazwan juga sama. Kemudian, mereka terdiam seketika. "Tapi, aku rasa macam nak cepat-cepat dapat kan Maya. Aku nak jaga dia. Aku tak sanggup tengok dia tanggung semua ni." Syazwan bersuara tiba-tiba.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now