Farah memandu keretanya masuk ke dalam kawasan perumahan Syazwan. Dia terus memberhentikan keretanya di hadapan rumah itu. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. Kemudian, dia keluar dari kereta dan terus memberi salam.
"Assalamualaikum!" Ucap Farah. Kemudian, kelihatan pintu rumah di buka. "Waalaikumussalam." Jawab Puan Sofia sebelum menuju ke pagar utama. "Ya, cik cari siapa?" Soal Puan Sofia. "Syazwan ada tak auntie?" Soal Farah sebelum menjengah ke dalam.
"Cik ni siapa?" Soal Puan sofia pula. Farah tersenyum sebelum membalas. "Saya girl friend Syazwan." Jawab Farah ringkas. Puan Sofia lantas tersenyum. Mudah sahaja dia percaya kata-kata itu. "Oh, ya ke? Jemputlah masuk." Pelawa Puan Sofia dengan senyuman. "Terima kasih." Ucap Farah sebelum mengikut langkah Puan Sofia.
Kemudian mereka duduk di sofa. Farah lantas menyoal. "Syazwan mana?" Selepas soalan itu diajukan, Puan Sofia lantas menjawab. "Syazwan keluar sekejap dengan kawan dia. Kejap lagi dia balik lah tu." Jawab Puan Sofia.
Farah hanya mengangguk mendengar jawapan itu. "Kejap ya, auntie buat kan air." Puan Sofia memberi kata putus sebelum berlalu pergi. Farah hanya memberi riaksi senyuman. Kemudian, Farah memandang di segenap ruang. Perabot-perabot di rumah ini semuanya cantik belaka. "Boleh tahan kaya juga family ni." Farah bersuara sendirian.
---------------------
Maya duduk di halaman rumahnya sambil minum jus oren yang terdapat pada gelas. Fikirannya sedang berfikir untuk membuka studio. Tapi bagaimana? Dia memerlukan banyak modal untuknya. Kemudian, Liya menghampirinya dan duduk di sebelah rakannya. "Kau dah ada cadangan untuk buka studio?" Soal Liya. "Belum lah. Aku dah buntu." Jawab Maya sebelum menongkat kepalanya.
"Susah juga ya. Ataupun, kau nak kerja part time dulu?" Soal Liya memberikan cadangan. Maya menegakkan badannya semula. Dia memandang tepat pada Liya. "Macam mana pula?" Soal Maya.
"Kau buat lah blog ke apa ke. Promosi. Macam kerja sambilan. Untuk wedding ke, modelist ke. Lepas itu charge lah. Dari pendapatan itu, kumpul lah. Boleh buat modal untuk buka studio." Terang Liya panjang. Ada sahaja idea yang muncul di kepalanya.
Maya tersenyum seketika mendengar cadangan itu. Dia terfikir sejenak. Ada betul juga cadangan itu. "Hmm, betul juga! Bila nak start ya?" Soal Maya pada dirinya. "Suka hati kau lah. Cepat lagi bagus." Balas Liya. Maya hanya mengangguk mendengar jawapan rakannya.
"Eh, kau macam mana dengan pemain bola tu?" Soal Liya tiba-tiba dengan senyuman nakal. Maya lantas mengerutkan kening. "Kau ni dah kenapa? Kami macam ni jelah. Mana ada apa-apa." Jawab Maya ringkas. Liya tersenyum seketika. "Ada kan lah. Baru best." Balas Liya lagi.
"Haish, kau ni! Nantilah! Aku tengah fikir pasal kerja, kau cakap fasal ni pula. Kau tu, dah ada kerja ke?" Maya cuba berdalih sebelum diakhiri dengan soalan untuk mengubah topik perbualan mereka.
Liya lantas menggeleng. "Tidak ada lagi. Aku ingat nak kerja kat butik pakaian. Tapi, tidak ada masa nak pergi tanya ada kosong atau tidak." Balas Liya sebelum memandang ke bawah. "Hah, tulah kau. Sibuk tengok drama korea kau tu sampai tidak ada masa untuk cari kerja." Maya membalas dengan tergelak kecil sebelum meneguk jus oren
----------------------
Apabila Puan Sofia dan Farah sedang berborak, kedengaran Syazwan memberi salam. "Assalamualaikum." Ucap Syazwan di muka pintu. "Waalaikumussalam." Jawab Puan Sofia. Farah lantas menoleh ke arah Syazwan sebelum melemparkan senyuman plastik.
Langkah Syazwan bagai di paku di situ. Dia amat terkejut dengan kehadiran Farah di dalam rumah keluarganya. Lagi-lagi apabila dia berbual mesra dengan ibunya. "Wan, sini duduk dengan ibu. Ada tetamu ni." Puan Sofia bersuara dengan senyuman. Syazwan terus melangkah ke arah ibunya sebelum duduk di sebelah ibunya. "Ibu pergi ke dapur sekejap ya." Puan sofia bersuara sebelum berlalu pergi.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...