Puan Faizah berulang-alik di ruang tamu sudah banyak kali. Di tangannya pula masih lagi tidak lepas memegang telefon pintarnya. Muka wanita itu amatlah risau. Bermacam-macam sekarang ini perkara yang bermain di mindanya.
Mak Finah meletakkan hidangan terakhir di atas meja makan untuk dihidangkan bagi makan tengah hari. Setelah seselsai, wanita separuh usia itu melangkah ke arah Puan Faizah. "Puan, makanan saya sudah hidangkan. Puan nak makan? Saya boleh cedukkan." Sapa Mak Finah dengan tenang tatkala mengukir senyuman.
Puan Faizah mengalihkan perhatiannya kepada pembantu rumahnya itu. Muka Puan Faizah masih lagi kelihatan risau. "Tidak apa lah, nanti saya makan. Kalau kak Finah nak makan dulu boleh je. Saya tidak kisah." Balas Puan Faizah dengan senyuman yang tawar. "Baik lah, puan." Balas Mak Finah ringkas. Sebelum berlalu pergi, sempat juga pembantu rumahnya itu menyoal.
"Puan okey ke ni? Dari tadi saya tengok puan macam risau je." Soal Mak Finah hairan. "Sebenarnya, saya sedang tunggu Farah. Sepatutnya, pagi tadi dia dah balik. Tapi, sehingga sekarang tidak muncul-muncul lagi. Dia ada balik ke kak Finah sebelum saya sampai rumah tadi?" Soal Puan Faizah ingin kepastian.
Mak Finah menggangguk faham dengan kerisauan yang melanda majikannya itu. Mana tidaknya, Farah itu lah satu-satunya anak perempuan yang Puan Faizah ada. Pembantu rumahnya itu kemudian mengerutkan wajahnya sambil memandang ke arah lantai apabila mendengar soalan di hujung ayat Puan Faizah. Beberapa ketika kemudian, baru lah dia menjawab.
"Tidak ada pula, puan. Dari pagi tadi saya masuk kerja. Memang Farah tidak ada. Saya ingat kan dia balik tengah hari nanti ataupun petang." Balas Mak Finah dengan bersungguh-sungguh. "Saya risau lah dengan dia. Entah apa agaknya yang jadi. Dari tadi saya call dia. Tapi, satu pun tidak di jawab." Balas Puan Faizah sambil memandang skrin telefon pintarnya.
"Tidak ada apa lah puan. Mungkin, kapal terbang yang diambil oleh Farah delay. Itu yang dia lambat." Balas Mak Finah cuba menenangkan wanita di hadapannya itu. Dia juga sempat melemparkan senyuman kepada Puan Faizah. "Terima kasih ya, Kak Finah." Ucap Puan Faizah dengan senyuman.
"Tidak mengapa lah, puan. Baiklah, saya masuk semula ke dapur ya." Mak Finah meminta izin untuk menyambung tugasnya yang belum selesai. Puan Faizah hanya menganggukkan kepala dengan senyuman sebagai respon. Lalu, Mak Finah terus ke dapur semula. Puan Faizah pula sudah memikirkan semula tentang Farah. Namun, dia cepat-cepat memadamkan semua pemikirannya yang negatif.
----------------------
Syazwan keluar ke balkoni biliknya sambil menghirup udara segar di luar. Suasana di situ agak redup kerana balkoninya dilitupi oleh sepohon pokok yang besar. Jadi, cahaya matahari hanya dapat menembusinya secara samar-samar sahaja. Tidak lah terasa bahang jika berada di situ.
Syazwan meletakkan lengannya pada besi yang dijadikan tembok bagi balkoninya. Kemudian dia menyeluk pula kocek seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Setelah menghidupkan skrin telefon, dia terus mendail nombor telefon Maya. Lalu, dia meletakkan telefonnya pada telinga. Syazwan hanya tersenyum saat menunggu panggilan itu dijawab.
Sementara itu, Maya pula sedang duduk bersama Liya di sebuah restoran. Mereka sedang menjamu selera bersama. Maya menyedut minumannya seketika untuk membasahakan tekak. Tiba-tiba, telefonnya pula berdering, dia lantas melihat ke arah skrin telefonnya pula. Sama juga tindakan yang dilakukan oleh Liya.
Sebaik sahaja mengenal pasti siapa yang menelefon, Maya memandang ke arah Liya. "Siapa?" Soal Liya pantas. "Syazwan." Jawab Maya pula. "Hah, cepat lah jawab. Terlepas pula nanti. Kesian dia. Cepat!" Balas Liya dengan tergesa-gesa. Seperti dia pula yang perlu menjawab panggilan itu. Maya lantas menganggukkan kepala dan menjawab panggilan itu.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...