Chapter 48

51 2 0
                                    

Maya masuk ke dalam rumah sewa miliknya dan Liya. Dari tadi dia asyik memasamkan muka. Kemudian, dia melepaskan tas tangannya ke arah sofa sebelum melabuhkan punggung di situ. Dia memegang kepalanya seketika. Macam mana lah dia boleh terserempak dengan Darwish di pusat membeli belah tadi.

"Hah, Maya. Dah balik pun. Kau nak air?" Soal Liya yang menjengah dari dapur. "Boleh lah." Jawab Maya ringkas. Kemudian, Liya mencapai gelas dan membuka peti ais. Dia mengambil sekotak jus epal lalu menuangnya ke dalam gelas yang dipegangnya. Setelah selesai, dia menuju ke arah Maya.

"Nah." Liya berusara spontan sambil menghulurkan gelas yang berisi air itu. Maya lantas menyambutnya dan meneguk sedikit demi sedikit. Liya pula sudah duduk bersebelahan rakannya itu. Liya menongkatkan kepalanya pada sofa sebelum bersuara lagi. "Eh, kau ni okey tak? Macam risau je aku tengok." Setelah soalan itu diberikan, Maya meletakkan semula gelas yang dipegang ke atas meja kopi dan memandang ke arah rakannya.

"Erm, aku tak okey sedikit." Balas Maya ringkas. "Hah, ni dah kenapa pula? Masalah dengan Syazwan?" Soal Liya lagi. Maya lantas menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin lah dia akan bertelingkah dengan Syazwan lagi. "Habis tu kenapa?" Satu lagi soalan yang diajukan oleh Liya. Maya mengeluh seketika sebelum menjawab.

"Darwish. Aku terserempak dengan dia tadi." Liya berkerut kening pula. Dia membetulkan kedudukannya dan mengadap Maya. "Hah?! Kau terserempak dengan dia? Dia buat apa dis situ?" Soal Liya pantas. Apa kena mengena pula dengan Darwish kali ni. "Ya, aku terserempak dengan dia. Aku pun tidak sangka boleh jumpa dia di situ. Dia kata dia saja jalan-jalan untuk cuci mata." Balas Maya lagi.

"Apa jadi lepas itu? Syazwan ada?" Soal Liya lagi. Maya mengangguk memberi respon yang amat ringkas. "Syazwan cakap apa?" Soalan demi soalan yang di beri Liya. Mana tidaknya. Maya pun bercerita sepatah demi sepatah. Bukan hendak cerita sekali gus.

"Syazwan okey je. Tapi aku tetap risau. Aku takut dia fikir lain. Lagi satu, Darwish tu. Lain macam je tadi aku tengok. Dia macam paksa aku cakap sesuatu." Balas Maya untuk menjawab persoalan rakannya itu. "Dia paksa kau cakap apa pula ni? Cuba cakap terus. Senang sikit aku faham." Soal Liya semakin hairan. Maya meneguk kembali jus epal di dalam gelasnya.

Dia seperti was-was sahaja ingin mengeluarkan apa yang bermain di fikirannya tentang Darwish. Dia memandang ke hadapan seketika sebelum meletakkan gelas itu kembali. Entah apa yang bermain di lamunannya. Liya yang dari tadi menunggu jawapan terus menepuk peha Maya. "Maya. Jawab lah. Aku tanya ni."

Maya memandang semula ke arah rakannya. Dia menundukkan pandangan seketika sebelum menjawab. "Dia macam paksa aku untuk beritahu hubungan aku dengan Syazwan. Aku pelik lah. Kenapa pula dia tiba-tiba macam itu." mendengar sahaja jawapan itu, Liya lantas menggelengkan kepala.

"Aku dah agak dah. Mesti ada yang tidak kena dengan si Darwish tu. Dari dulu aku kata. Jangan layan sangat dia tu. Tapi kau boleh pula beri nombor telefon pada dia. Sampai alamat rumah pun dia tahu." Balas Liya tidak puas hati. Maya mengherotkan bibirnya seketika. Rasa menyesal pula dengan tindakannya itu.

"Eh, sudah lah. Kau jangan fikir sangat. Nanti terbawa-bawa pula ke tempat kerja." Liya bersuara lagi apabila melihat Maya yang terdiam itu. "Tapi aku risau lah. Macam mana dengan Syazwan pula nanti." Maya menyuarakan lagi kerisauannya. Liya memandang ke arah siling untuk memikirkan jawapan yang akan di beri. "Aku rasa, tu mungkin kau kena tanya Syazwan sendiri. Ataupun, lambat-laun dia yang akan tanya kau."

Jawapan itu membuatkan Maya tertunduk sekali lagi. Apa pula dia hendak cakap dengan Syazwan nanti. "Dah, sekarang ni aku nak kau naik tukar baju." Liya bersuara lagi. Maya memandang ke arah rakannya dengan wajah yang risau. "Hah, yalah." Balas Maya ringkas. Kemudian, dia terus berlalu ke kamarnya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now