Chapter 89

37 2 0
                                    

Pada hujung minggu ini, jalan raya agak lengang kerana kerana tidak ramai yang keluar bekerja dan semuanya akan menghabiskan masa di rumah bersama keluarga setelah penat bekerja sepanjang minggu. Pada hari ini juga, Syazwan dan Maya telah bersetuju untuk berjumpa dengan designer baju pengantin mereka untuk mencuba busana tersebut.

Nasib baiklah pada hari ini Syazwan tidak ada latihan bola sepak. Jadi, dia ada masa lapang untuk keluar bersama Maya. Itupun, di atas urusan perkahwinan mereka. Mana tidaknya, mereka perlu siapkan persiapan terakhir sebelum perkahwinan tersebut berlangsung kerana hari yang di nanti itu semakin tiba.

Sewaktu keluar dari kereta, sempat juga Maya membuka bicara. "Nasib baiklah awak free hari ini. Kalau tak, siapa lah nak teman saya." Mendengar sahaja Kata-kata itu, Syazwan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Kenapa awak cakap macam tu? Saya dah ada sekarang dengan awak. Awak jangan lah risau. Kalau saya tiada halangan, saya memang akan selesaikan semua ni. Lagipun, ni kan majlis kita." Balas Syazwan sambil menekan butang pada kunci keretanya untuk mengunci kereta.

"Awak asyik busy je sejak-sejak ni. Saya risau lah. Majlis dah nak dekat. Apa pula kata parents saya nanti kalau nampak saya keluar sana-sini seorang diri." Tambah Maya lagi sambil mencebikkan bibir. "Maaf lah. Perlawanan akhir team saya dah dekat. Itu yang coach bagi latihan lebih sikit. Tapi, kalau ada masa free, saya memang akan ambil peluang." Balas Syazwan lagi.

Maya hanya menundukkan pandangannya sambil mengeluh perlahan. Syazwan mengherotkan bibirnya apabila sedar dengan respon dari Maya itu. "Awak jangan lah macam ni. Kita datang sini kan nak briefing baju. Senyum lah sikit. Awak jangan lah risau. Saya tinggal satu je lagi latihan lepastu dah tiada." Pujuk Syazwan. Jejaka itu seolah-olah hilang kata-kata apabila cuba untuk memujuk Maya.

Lambat-lambat, Maya akhirnya mengukir senyuman sambil memandang ke arah Syazwan. "Okey, tak apa. Saya tak marah pun. Lagipun, saya sendiri suruh awak focus juga untuk training awak. Kalau tak, prestasi awak menurun nanti." Balas Maya lembut. Syazwan sekadar mengukir senyuman dengan respon itu. Lega rasanya apabila dapat tahu yang Maya tidak terlalu ambil hati. "Hah, macam tu lah. Keep your smile. Baru manis." Tambah Syazwan lagi. "Saya senyum untuk awak je tau!" Balas Maya sebelum tergelak kecil.

"Ya, saya tahu. Lepas briefing baju, saya bawa awak keluar makan ya?" Balas Syazwan sambil mencuit perlahan hidung Maya. Maya pula sekadar tersenyum dengan tindakan Syazwan itu. Kemudian, Syazwan dan Maya melangkah ke arah pintu butik di hadapan mereka. Syazwan menguak pintu masuk utama butik yang diperbuat daripada kaca itu untuk memberi laluan masuk kepada Maya. Setelah Maya melangkah masuk, barulah Syazwan turut melangkah masuk ke dalam butik pakaian yang mewah itu.

Dua pasangan sejoli itu memandang keadaan sekeliling yang penuh dengan busana pengantin. Sesekali, Maya membelet sebahagian pakaian yang berada di situ. Syazwan turut sama sambil menemani bakal isterinya itu. "Kita datang sini untuk briefing baju nikah tau. Baju bersanding next week." Syazwan bersuara tatkala melihat Maya sedang leka melihat bermacam-macam busana di situ.

"Ya, awak. Saya tahu. Saya cuma tengok-tengok sahaja." Balas Maya sambil menoleh ke arah Syazwan yang berada di belakangnya. Syazwan tergelak kecil sebelum membalas. "Saya bergurau je lah. Saya tidak kisah pun. Kalau awak nak pilih sekarang pun tak apa. Nanti senang sikit minggu depan." Balas Syazwan. "Tidak apa lah, lepas ambil baju nikah baru kita tengok baju untuk bersanding." Balas Maya ringkas. Syazwan hanya mendiamkan diri tanda akur.

Tidak lama kemudian, seorang gadis yang bertugas sebagai pelayan butik tersebut menghampiri mereka berdua. "Ya, cik. Boleh saya bantu?" Soal gadis itu dengan sopan dengan senyuman. Sejurus itu, Syazwan dan Maya masing-masing memandang ke arah gadis itu. "Kami ada buat appointment untuk briefing baju kahwin hari ini." Jawab Maya dengan sopan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now