Maya masuk ke dalam rumah sewa miliknya dan Liya. Dia melepaskan tas tangannya dengan kasar ke arah sofa tanda geram. Kemudian, dia duduk di sofa dan memangku wajahnya menggunakan tangan yang dipangku pada peha. Seketika dia menekup mukanya sendiri menggunakan tangan.
Liya pula baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu utama rumah dan menguncinya segera. Dia memandang Maya dengan wajah yang amat risau. Lalu, dia pergi ke arah rakannya itu dengan longlai. Liya mengambil tempat betul-betul disebelah Maya. "Maya, kau okey tak ni?" Soal Liya dengan nada suara yang lemah. Maya mengeluh seketika sebelum menjawab. "Aku pun tidak tahu Liya. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Aku macam tidak percaya apa yang jadi sekarang ni. Betul ke Darwish tu cuba untuk gunakan aku. Aku tidak boleh terima semua ini."
Maya terus meluahkan semua yang dirasanya. Hatinya masih borbalik-balik tentang apa yang didengarinya tentang Darwish sebentar tadi. Rasa seperti marah, sedih tetapi masih tertanya-tanya. Jika nak dikatakan Darwish menipunya, kelihatan jejaka itu amat ikhlas berkawan dengan dirinya sehingga sanggup berkongsi masalah. Tapi, itu juga boleh dijadikan alasan untuk Darwish menjadi semakin rapat dengannya.
"Itu lah kau. Aku sudah kata kan. Jangan pandai-pandai ada contact dengan orang yang tidak kenal. Tahu-tahu je, dia gunakan kau untuk renggangkan hubungan kau dengan Syazwan." Liya berleter lagi. Memang betul juga apa yang dikatakan oleh Liya. Sudah banyak kali juga dia cuba memperingatkan Maya. Tapi Maya hanya mengambilnya sambil lewa. "Kalau aku tahu semua ini, aku tidak akan dekat dengan dia." Balas Maya lemah.
Liya kembali mengeluh. "Tidak apa lah, Maya. Benda sudah terjadi. Jadi kau kena lebih berhati-hati." Pesan Liya lagi. Maya mengerutkan keningnya seketika tanda berfikir. Jika Liya kata jangan ada contact dengan orang yang tidak dikenali, kenapa dia perlu percaya apa yang dikatakan oleh Ida. Lalu, dia terus mengkemukakan persoalannya. "Tapi kan Liya. Ida tu bukan ke orang luar? Kenapa kita boleh sesenang tu je percaya dia? Kalau dia tipu macam mana?"
Soalan itu berjaya membuatkan Liya berfikir semula. Rasa termakan diri sendiri pula apabila dia menasihatkan Maya. "Tapi, sewaktu dia beritahu kita tadi, wajahnya amat kesal dan rasa bersalah. Lagipun, waktu aku gertak dia, Ida kelihatan takut." Jelas Liya mengikut pemikirannya. "Itu lah benda yang aku fikir tentang Darwish. Kalau betul lah dia cuba permainkan aku, kenapa aku nampk dia terlalu ikhlas kawan dengan aku? Sehingga hal peribadi pun dia cerita pada aku." Maya memberi pendapatnya pula.
"Entah lah, Maya. Mana lah tahu Darwish buat macam tu untuk kabur kan mata kau. Kita tidak tahu kan?" Liya cuba memutarkan semula cerita. Maya kembali meratap ke arah lantai. Rasa kusut sangat kepalanya. "Patut ke aku tanya Darwish sendiri?" Soal Maya untuk meminta pendapat rakannya. Liya lantas mencebikkan bibir dan menggelengkan kepala. "Tidak perlu. Kau tidak payah layan dia untuk sementara ini. Tengok apa yang dia akan buat. Kalau kau tanya dia sendiri, aku percaya dia tidak akan mengaku." Balas Liya untuk menerangkan tindakannya tadi.
Maya hanya mengangguk faham tanda setuju dengan rakannya itu. "Kalau betul lah dia buat benda ni. Aku kecewa sangat dengan dia." Maya bersuara lagi. "Sudah lah, jangan difikirkan sangat. Paling penting, jangan sampai Syazwan dapat tahu. Kalau tidak, masak lah kau." Liya sekali lagi memberi peringatan. Namun, ia hanya menambahkan lagi keraguan pada hati Maya. Rasa tidak sedap hati mula menyelubungi dirinya.
"Kau nak air tak? Aku nak ke dapur ni." Liya bersuara lagi setelah melihat Maya tidak memberikan sebarang respon. "Hah, boleh juga." Balas Maya ringkas. Kemudian, Liya bangun dari tempat duduknya dan terus ke dapur. Maya pula kembali memikirkan tentang Syazwan dan Darwish. Dia risau kan jika Syazwan memarahinya. Tambahan pula, peristiwa tentang Darwish yang sukar untuk dipercayainya.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...