Chapter 37

94 2 0
                                    

Syazwan dan Akim lantas pergi ke arah Maya yang sudah terduduk menahan sakit. Kelihatan Maya sedang mengusap dahinya. Akim lantas mencapai semula bola sepak raga miliknya. Syazwan pula sudah melutut menghadap Maya.

"Maya, Maya. Awak okey tak? Saya minta maaf. Saya tidak sengaja." Syazwan mengungkap kata. "Betul tu kak Maya. Maafkan kami." Sambung Akim. "Tidak apa, tak teruk sangat ni." Maya membalas sambil tangannya masih mengusap kepala.

"Sini saya tengok. Teruk sangat ke?" Syazwan bersuara sebelum mengalih tangan Maya. Kelihatan dahi gadis itu agak merah. "Alamak, dahi awak merah ni. Maaf, Maya." Balas Syazwan lagi. "Tidak apa. Saya sudah cakap saya okey." Balas Maya sebelum mengukir senyuman yang agak pilu.

Kemudian, Maya cuba untuk berdiri semula. Syazwan lantas menyambut tangannya untuk membantu Maya. Maya melihat hairan ke arah Syazwan. "Awak, tidak perlu susah kan diri awak. Saya boleh jalan sendiri." Balas Maya lagi. Risau pula dia melihat jejaka di hadapannya itu.

Baru sahaja ingin berjalan, badan Maya sedikit melayang. Nampak sangat kepalanya masih pening dek terkena bola sepak raga tadi. Syazwan yang nampak reaksi Maya itu lantas menyambut gadis itu. "Dah, sini saya tolong awak." Balas Syazwan sebelum perlahan-lahan memimpin Maya naik ke rumah.

"Amboi, habis siapa nak pimpin Akim ni?" Soal Akim tiba-tiba ingin mengusik. "Alah, Akim kan tidak cedera. Akim boleh jalan sendiri. Ni abang nak tolong kak Maya. Kesian dia." Mendengar sahaja balasan dari Syazwan, Akim lantas tergelak kecil. "Tidak lah, Akim bergurau sahaja."

Syazwan hanya mengukir senyuman dengan jawapan yang diberikan. Tanpa dia sedari Maya sedang memerhatikannya dengan senyuman yang membawa 1001 maksud. Syazwan tersedar tindakan Maya itu sewaktu ingin naik ke tangga.

"Awak kenapa tengok saya macam tu? Cium baru tahu." Syazwan sengaja mengusik gadis itu. Maya tergelak kecil sebelum menepuk lengan lelaki itu. "Hey, mengada ya. Awak jangan macam-macam." Balas Maya ringkas.

Namun, dia masih menahan malu dengan ungkapan yang di keluarkan oleh Syazwan. Hingga merah pipi di buatnya. "Hah, yelah. Dah kahwin baru boleh ya?" Syazwan mengusik sekali lagi. Kali ini, Maya hanya mampu mengukir senyuman yang manis.

--------------------

Farah duduk di cafe sambil menyebut minuman ice blende coffee. Dia berkerut kening seketika apabila teringat bahawa hari Ahad adalah hari perlawan bola sepak. Namun, yang mengelirukannya, sehingga sekarang setiap panggilan dan mesej yang di hantar kepada Syazwan langsung tidak di balas.

"Kat mana dia ni. Sudah berapa lama aku tak jumpa dia. Dia buat apa je hilang hampir seminggu ni?" Soal Farah bersendirian. "Kalau aku pergi rumah parents dia. Kena halau pula. Habis, kalau macam ni. Sampai bila-bila pon aku tak dapat jumpa dia." Farah bersuara lagi.

"Ataupun, memang betul dia cari perempuan photographer tu balik !" Bentak dirinya. Tiba-tiba, Farah rasa seolah-olah di cabar. Dia mengeluh seketika. Kemudian, dia terfikirkan sesuatu. "Kalau aku dah dapat kerja, rasanya dia pandang aku tak? Aku kena lah cari kerja yang lebih besar dari photographer tu."

Farah bersuara lagi. Dia perlu memikirkan sesuatu yang boleh menarik perhatian Syazwan. Doktor? Jauh sekali. Wedding planner? Sudah
terlambat. Photographer? Memang tidak lah. Farah terdiam seketika sebelum menggigit bibir. Tanpa di sangka, satu idea muncul di kepalanya. "Daddy!" Getus hatinya.

PETANG ITU

Farah masuk ke dalam pejabat ayahnya tanpa meminta kebenaran. Dia lantas duduk di kerusi di hadapan meja kerja ayahnya. Kebetulan pula, Encik Fairul dan setiausahanya tiada di pejabat , ada mesyuarat yang sedang di sidangkan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now