Perlahan-lahan, Syazwan melangkah ke arah halaman rumah kedua ibu bapanya. Di situ juga lah dia pernah membesar sewaktu umurnya 9 tahun.
"Assalamualaikum!" ucap Syazwan sebelum membuka kasutnya. Kemudian, dia terus melangkah ke arah pintu masuk. "Waalaikumussalam." Jawab kedua ibu bapanya serentak. Baru saja ingin menyalam ayahnya, dengan tiba-tiba, Encik Shamsul terus menerpa ke arah anaknya dan mendakap Syazwan sepuasnya sambil menepuk-nepuk belakangnya.
Tindakan itu membuatkan pegangan beg di tangan Syazwan terlepas. Dia terus membalas pelukan itu sebelum memandang ibunya. Namun, Puan Sofia hanya tersenyum. Selepas Encik Shamsul meleraikan dakapannya, dia terus bersuara "Ayah bangga dengan kamu Wan! Tidak sia-sia ayah hantar kamu ke sekolah sukan! Maafkan ayah juga kerana lambat sangat faham apa yang kamu mahu."
Syazwan hanya tersenyum. "Tidak apa ayah. Wan faham. Semua ayah nak yang terbaik untuk anaknya. Mungkin dulu ayah risau dengan pelajaran Wan yang tidak seberapa. Tidak sangka juga Syazwan ada bakat macam ini dan terus bawa Syazwan ke tempat yang lebih tinggi." Syazwan membalas dengan nada yang biasa. Tidak mahu pula dia mengecewakan ayahnya.
"Hmm, baguslah tu! Apa kata malam ni kita jalan-jalan sempena raikan kamu. Abang macam mana? Free malam ni? " Lantas soalan itu terpacul dari mulut Puan Sofia. Suami dan anaknya lantas memandang. "saya boleh sahaja. Minggu ni memang saya free. Syazwan macam mana?" Balas Encik Shamsul sebelum mengajukan soalan kepada anaknya.
"Emm, boleh lah. Syazwan nak rehat dulu petang ni. Ibu ayah faham kan?" Syazwan membalas sebelum menggaru kepalanya meskipun tidak gatal. "Boleh sahaja. Kita keluar selepas Isyak pon boleh." Balas ayahnya sebelum menepuk bahu anaknya. "Baiklah, Syazwan naik dulu ya." Syazwan membalas dengan senyuman sebelum mengangkat begnya dan menaiki anak tangga. Encik Shamsul dan Puan Sofia hanya mengangguk sebelum memandang antara satu sama lain dan tersenyum.
Syazwan meletakkan begnya di birai katil sebelum baring di katilnya. Dia memandang ke arah siling kamarnya. Terasa berat sangat matanya kali ini. Kemudian, pandangannya dialihkan kepada meja belajarnya. Ada beberapa frame gambarnya sewaktu kecil bersama seorang kanak-kanak perempuan. Dia lantas ke situ. Dia membelet-belet gambar yang pertama. Dibelakangnya tertulis 'MAYA, 26.1.2009' Dia terus mengingati peristiwa tersebut.
2009
Maya duduk di pondok berhampiran padang bola itu. Dia duduk bersendirian sambil menghirup udara yang segar. Syazwan yang baru sampai di situ terus terpandang kelibat kanak-kanak itu. Di tangan Syazwan terdapat sebiji bola. Dia terus menghampiri Maya.
"Hai, Maya! Seorang diri ke hari ini ?" soal Syazwan dengan senyuman. Maya memandang tepat mata Syazwan. Warna kerona matanya yang bewarna coklat itu menarik perhatiannya. "Hmm, saya seorang diri sahaja. Bosan duduk rumah. Ayah kerja, ibu sibuk kemas rumah." Balas Maya sebelum menundukkan pandangan.
Syazwan tersenyum mendengar respon Maya. Dia terus duduk bersebelahan dengan kanak-kanak itu. "Kenapa awak tidak tolong sahaja ibu awak? Kesian dia kemas seorang diri. Rumah awak tu dah lah besar." Syazwan cuba berdalih. Baginya, tidak elok perempuan tinggalkan ibunya mengemas seorang diri. "Tak nak lah. Awak buat apa pula di sini?" Maya menjawab ringkas dan diakhiri dengan soalan.
Syazwan tersenyum sambil memandang bola yang berada di tangannya. "Macam biasalah. Main bola. Nak join?" Syazwan membalas sebelum berdiri semula. "Ermm, boleh lah." Balas Maya ringkas. "Allright, jom." Syazwan membalas dengan menunjukkan isyarat 'ok' pada jarinya. Kemudian, mereka berdua terus ke tengah padang.
"ok, awak pergi jaga gol. Saya sepak tiga kali. Awak cuba tangkap tau!" Syazwan memberi penerangan supaya difahami oleh Maya. Maya hanya mengangguk tanda faham. Dia terus berlari anak ke tiang gol. "ok, sedia!" Teriak Syazwan. Maya menunjukkan isyarat 'ok' pada jarinya. Dengan itu, Syazwan terus menendang bola itu. Namun, tetap tidak dapat ditangkap oleh Maya.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...