Maya berjalan di alur gajah dengan diiringi oleh Liya dan ikuti oleh ahli keluarganya yang lain di belakang. Ibu bapanya pula sudah menunggu di dalam masjid setelah bersiap sedia bersama keluarga pengantin lelaki, iaitu Syazwan.
Sewaktu berjalan, secara tidak sengaja Maya telah tersadung dan hampir terjatuh. Nasib baik gadis itu sempat mengimbangkan badan semula dan Liya yang berada di sebelah pula cepat-cepat menyambut Maya. Ahli keluarganya yang lain di belakang agak terkejut dengan kejadian tersebut. "Maya, are you alright?" Soal Liya risau. "Yes, I'm okey." Balas Maya ringkas dengan senyuman kelat. Kemudian, dia membetulkan bajunya buat seketika sebelum mereka semua kembali berjalan.
Sewaktu melangkah ke ruangan utama masjid, kelihatan kedua-dua keluarga dari dua belah pihak sudah pun menunggu kehadiraannya. Semua hantaran turut telah disusun dengan kemas. Dan di tengah-tengah perkumpulan tersebut, terlihat jelas Syazwan sudah duduk berhadapan dengan imam. Lalu, Maya teruskan langkahnya untuk menuju ke arah tempat yang sepatutnya.
Bagi Maya, setiap langkahnya terasa amat berdebar kerana dia dapat merasa setiap degupan jantungnya yang berdegup kencang. Dalam masa yang sama, dia sendiri tidak dapat memastikan sama ada perasaan itu adalah rasa gemuruh atau risaukan sesuatu. Namun, gadis itu cuba untuk mengabaikannya kerana hari ini ialah hari bahagia milik dirinya dan Syazwan. Jadi, dia tetap cuba untuk mengukirkan senyuman.
Sementara itu, Syazwan yang duduk di hadapan imam itu tiba-tiba sahaja terfikirkan tentang Farah. Entah mengapa, fikiran tentang gadis itu pula menerpa ke arah ingatannya. Dan sekali gus, kata-kata Farah mula menerjah ke pemikirannya dan membuatkan jejaka itu rasa tidak selesa. "Kenapa aku fikir fasal dia ni?" Soal Syazwan di dalam hatinya. "Baik aku focus untuk majlis ni je. Dia dah tak penting." Sambung Syazwan lagi. "Dan tidak mungkin dia akan muncul di sini." Getus hatinya lagi. Sehingga berkerut dahi Syazwan memikirkan tentang hal tersebut.
"Kamu okey ke?" Soal imam yang berada di hadapan Syazwan. Jelas sekali raut wajah Syazwan kelihatan tidak tenang. Jadi, tidak salah jika imam itu menegur. "saya okey, imam. Mungkin berdebar sikit." Balas Syazwan dengan senyuman tipis. "Kamu jangan risau, sekejap je ni. Banyakkan selawat supaya hati kamu tenang." Pesan imam itu. Syazwan sekadar tersenyum dengan anggukkan kepala sebelum mengikut apa yang disuruh oleh imam tersebut.
Sebelum majlis dimulakan, Maya di minta untuk pergi ke arah imam untuk menandatangani beberapa borang. Sama juga dengan Syazwan. Sewaktu giliran Maya menandatangani borang tersebut, wajahnya kelihatan agak gundah. Syazwan yang terlihat serta-merta menjadi tidak senang duduk. Dan pada waktu itu juga bakal suaminya itu menyoal kepada Maya.
"Maya, is everything fine?" Soal jejaka itu. Meskipun, hatinya sendiri ada perasaan yang tidak kena. "Yes, for sure. Why?" Balas Maya sebelum menyambung semula menulis pada borang. "Your face. Macam ada yang tak kena." Balas Syazwan lagi. Maya menghabiskan dahulu penulisannya dan menyerahkan borang tersebut pada iman. Kemudian, barulah dia membalas. "Tak ada apa-apa lah. Mungkin saya yang berdebar. Obviously sebab ni hari bersejarah untuk Kita." Balas Maya sebelum cuba untuk mengukirkan senyuman. Sama juga dengan Syazwan.
"Alah, kamu ni. Biasa lah tu, pengantin. Mesti ada rasa gemuruh. Jangan risau sangat." Sampuk imam di hadapan mereka berdua itu dengan gelakan kecil. Syazwan dan Maya memandang ke arah imam itu serentak sebelum mereka berdua tersenyum malu. Kemudian, Maya diberikan arahan untuk kembali ke tempatnya kerana majlis akan bermula.
Semakin lama menunggu, semakin berdebar jantung Syazwan dibuatnya. Terasa betul degupan jantungnya. Sesekali, dia menoleh ke arah Maya untuk melihat keadaan gadis itu. Kelihatan Maya masih dalam keadaan yang tenang sambil tersenyum. Kemudian, baru lah Syazwan memandang ke hadapan semula. "Kamu dah sedia?" Soal imam itu. "Dah, saya dah sedia." Jawab syazwan yakin. Imam itu mengangguk faham lalu menghulurkan tangan untuk memulakan majlis ijab dan qabul.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...