Maya masuk ke dalam rumah dan terus berlari ke arah Liya yang sedang duduk di sofa. "Liya!" Teriak Maya sebelum melompat ke sofa. Tindakan itu membuatkan Liya tidak senang duduk. Lalu, dia terus bersuara.
"Maya! Kau kenapa?! Masuk rumah dengan tak beri salam." Bebel Liya. Mana tidaknya, dia sedang elok berehat, tiba-tiba ada orang terjah. "Sorry lah. Ni, aku nak cerita." Balas Maya sebelum tersenyum. "Hah, apa dia?" Soal Liya. "Syazwan ajak aku jumpa!" Ucap Maya secara riang.
Apabila mendengar pernyataan itu, Liya terus terpinga-pinga. "Wey, serious lah?! Bila dia nak jumpa?" Soal Liya sambil menggoncang-goncang bahu rakannya. "Dia nak jumpa esok." Balas Maya ringkas.
"Ooh, nak ikut." Liya mengungkap kata. Maya lantas mengerutkan wajah. "Eh, tak ada maknanya! Ni antara aku dengan dia." Maya membalas gelak tawa sebelum naik ke kamar. Liya hanya membiarkan rakannya dengan senyuman.
----------------------
Syazwan pergi ke arah kolam renang di tepi rumahnya. Dia merendamkan kakinya. Kemudian, dia menggoyangkan kakinya cuba menenangkan fikiran. Dia mendongakkan kepala melihat bintang-bintang di langit.
Tanpa disedari, Encik Shamsul datang dari belakang. "Syazwan." Panggil ayahnya. "Ya, ayah." Jawab Syazwan selepas membetulkan kedudukan memandang ayahnya. "Ayah ingat, esok nak bawa kamu dengan ibu keluar jalan-jalan." Encik Shamsul memberitahu hajatnya.
Mendengar jawapan itu, kening Syazwan lantas berkerut dan dia memandang ke bawah seketika. "Kenapa?" Soal ayahnya. "Ayah nak bawa kami pergi mana?" Soal Syazwan ingin kepastian. "Saja, nak bawa kamu dengan ibu kamu tu tengok wayang." Balas Encik Shamsul sebelum diakhiri dengan senyuman.
"Pukul berapa?" Soal Syazwan lagi. "Ermm, dalam tengah hari." Jawab Encik Shamsul. "Tapi Syazwan ada.." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Encik Shamsul lantas memotong. "Alah, Wan ada masalah ke? Sebab, ayah sudah tempah tiket." Balas Encik Shamsul.
Syazwan terdiam seketika, tidak mahu pula kecewakan ayahnya."Okey, Syazwan ikut." Balas Syazwan dengan senyuman. Kemudian, Encik Shamsul menggangguk dan berlalu pergi. Syazwan memandang ke hadapan semula. "Aduh, tidak boleh lah jumpa dia esok. Kena beri tahu dia awal ni." Syazwan bersuara sendirian sebelum masuk ke rumah dan menuju ke arah kamarnya.
Syazwan lantas mencapai telefon pintarnya di meja belajar sebelum merebahkan badan di katil. Dia terus memberi pesanan kepada Maya melalui laman Instagram. "Assalamualaikum, awak. Maaf ya. Esok kita tidak dapat jumpa. Saya ada hal. Maaf ya. Kita jumpa lain kali." Selepas menaip, Syazwan terus menghantar pesanan itu. Tetapi, pada waktu itu Maya tiada di dalam talian.
Syazwan meletakkan telefonnya ke tepi sebelum memandang siling bilik. "Ada sahaja halangan aku nak jumpa dia." Syazwan bersuara sendirian. Kemudian, dia cuba melelapkan mata.
KEESOKAN HARINYAMaya yang sedang bersarapan dengan Liya hanya menjamu selera. Tiba-tiba, Maya tergerak hati untuk melihat laman Instagram miliknya. Dia terus membuka aplikasi tersebut.
Matanya terbeliak melihat mesej yang dihantar Syazwan. Sesekali dia tersedak. Dia terus meneguk susu di hadapannya."Kenapa Maya? Sampai tersedak kau dibuatnya." Soal Liya. Maya mengerutkan kening sebelum menjawab soalan rakannya. "Syazwan tak jadi jumpa." Liya lantas mengeluh. "Lah, kenapa pula?" Soal Liya lagi. "Dia kata ada hal." Balas Maya ringkas sebelum meletakkan telefonnya ke tepi.
"Tidak apa lah, Maya. Tidak ada rezeki." Balas Liya sebelum menyuap cornflake bersusu ke dalam mulutnya. "Tu lah, kalau nak jumpa tu. Ada sahaja halangan." Maya bersuara sambil mengacau perlahan isi mangkuknya. "Habis, kau free lah sekarang?" Soal Liya. Maya hanya menggangguk. "Kalau macam tu, jom ikut aku.... " Kata-kata Liya terputus apabila telefon Maya berdering.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...